Tuesday, October 15, 2019

Lawatan ke Tugu Negara


Akhirnya dapat gak jejak kaki
ke Tugu Negara hehehe
Lama dah bersuara ngan enZaf
tp tau la tempat panas camtu,
mmg lambat la nak kata Ya kan.
Ni pun satu cerita throwback bulan 8.
Kebetulan bulan kemerdekaan,
kira semangat patriotik la pegi sini.

Ni kira kali ke-2 ai ke sini,
first time pergi zaman tadika.
Lawatan Tadika Kemas.. ha amik
dah berapa tahun tu 1986..pergh..

Sebelum kami ke Tugu tu,
singgah lunch dulu kat
kedai makan area situ gak.
Tak amik gambar plak masa makan situ.
Makan nasi campur..sedap jua lauknya.

Panas lit lit okay kami ke sini.
Baru jalan sikit dah berjurai2 peluh.
Kebetulan kami sampai tu,
ada satu ke 2 buah bas sampai
bawa tourist dari China.

Nasib la anak2 kena melayan
Mummy dia suh bergambar.
Akak Zahra tak pakai spek,
kecik la mata menahan panas.



Serious ai tak ingat
masa tadika dulu ada ke menda2 alah gini.



Yang ai ingat main kat playground
sambil makan aiskrim
dan bergambar kat tugu je.
Rupa bentuk sekeliling kawasan tu
memang tak ingat langsung.

Tapi kawasannya sekarang ni cantik la.
Elok terjaga kemas bersih.

Masa dah sampai depan tugu,
laju2 kami bergambar.
Anak2 dan Daddy.



Anak2 dengan Mummy plak.



Wefie kami.
Tak mampu nak senyum weh.
Berkedip2 mata nak pandang kamera.



Tiba2 yang ramai semua dah beredar,
tak tahan ngan cuacakan.
Kebetulan plak ada seorang tourist China,
dok ambil gambar tugu,
dengan selamba enZaf mintak dia
ambilkan gambar kami semua.
Nasib baik dia ok layan hahaha

Feeling2 kita pun tourist gak la.
Dan dapat la gambar kami sekeluarga.



Aliah nak baca kisah tugu ni
sambil mulut cakap
panas panas...haha



Tak lama pun kami kat sini,
panas yang tak boleh bawa bincang.
Tp tak ingat dah kami
ke mana lepas tu.

Apa pun terima kasih la buat enZaf,
sudi melayan permintaan ai
yang nak ke Tugu Negara ni hehe
Kita tunggu berapa puluh tahun
nak ke sini lagi haha.


2 comments:

Siti Yang Menaip said...

cutenya pegi Tugu Negara. dulu pegi time uni.. menarik juga kalo repeat.. satu jeee tak tahan..!! situ panaaaih..

Nurhayati said...

Mujur la dpt suami dan anak2 rajin melayan maknya. Panas tu mmg tak boleh nak elak kalau duduk kat malaysia ni kan hahaha