Tuesday, September 10, 2019

Satu Petang di Bulan Julai


Cerita bulan Julai.
Masukkan dlm blog sblm nak
delete gambar.
Penuh dah gambar dalam phone huhu
Itu pun sblm delete,
print gambar siap2..
takutla hilang gambar,
at least ada dah print.
Cuma yang print tu tak masukkan dlm album.
Longgok je gitu.
Nak masukkan dlm album nak kena belek2 lagi.
Semua tu perlukan masa huhuhu

Gambar ni masa enZaf ajak lepak petang.
Mana lagi kalau bukan dalam mall.
Kekadang tu menyampah gak asyik2 masuk mall,
dah takde tempat lain nak pergi haha

Bergambar sementara tunggu enZaf beli
roti kat La Boheme.
Anak2 suka makan roti kat sini.



Beli stok malam gitu.
Lapar2 boleh mengunyah.

Susah nak suruh Qaireen
tgk camera bila bergambar.
Kalau dia pandang tu
kira nasib2 je la.



Teman Aliah masuk toilet.
Sempat lagi la snap satu.
Kenit ni nak suruh senyum pun payah.
Lepas tu tangan mesti
pegang ketat kat tudung or baju.
Takut benor la Mummy dia tinggalkan.



Aliah ni kalau masuk mall,
wajib masuk toilet.
Tak kencing berak..
bukan satu kali tapi byk kali,
bertabah la kalau gi ngan dia ni.

Masa ni lepak minum kat Coffee Bean.
Tp sblm ke sini,
kami masuk ToysRUs.
Nampak ape Aliah bei tu.



Memang lama dah dia aim nak beli
benda2 girly2 cam kuku bagai ni.
Tp tiap kali masuk kedai mainan,
mesti tak jd beli...
sbb mata dah rambang nak beli lain plak.
Kalini dia nekad beli juga kuku bagai haha

ooo beli pakai duit sendiri.
Duit belanja dia yg kumpul itu la.
Mmg ai n enZaf kalau dorang nak beli apa2
pakai duit sendiri.
Selalunya duit dorang simpan tu,
balanced dari duit poket sekolah
atau pun upah buat kerja rumah.


Ariq plak ai tak sure dia beli apa,
lupa dah sbb tak ambil gambar.
Tp rasanya dia beli Hotwheels.



Masa lepak minum ni Qaireen tidur,
aman hidup Mummy.



Akak Zahra tak beli apa dlm ToysRUs,
sbb masa ni dia nak simpan duit katanya.
Tak tau la nak beli apa.
Tp dapat free pen dari Coffee Bean.



Aliah ambil gambar ni haha
Selalu buh gambar senonoh,
ni kita letak gambar hodoh
dan tak ready lagi.



Suka la anak dara ni
dapat apa dia idamkan.



Kemain penuh jari dia letak
sampai susah dia nak pegang barang.
Runsing kena kuku dia
nanti jatuh or rosak :p
Aliah oh Aliah!


2 comments:

Umi Nazrah said...

alhamdulillah family time best nya. semua hepi ja ^_^

Nurhayati said...

umi nazrah: alhamdulillah.. takde menda gembira selain dengan keluarga kan...diriku pun berdoa agar kita semua sentiasa dalam rahmah Allah