Wednesday, September 4, 2019

KL Bird Park


Pada 12hb Ogos kami pergi ke KL Bird Park. Ai saja cakap dengan enZaf nak pergi situ, tup tup dia bawa pergi esoknya. Masa sampai tu tengok ramainya orang kat area depan pintu masuk. enZaf dah bersuara macam malas nak pergi kalau dah ramai sangat dan masa tu pula bergantung keadaan pada parking. Kalau ada parking katanya kita pergi, tiada parking lain kali saja datang. Nak dijadikan rezeki, ada satu parking kosong. Maka masukla kami ke dalam Bird Park ni :)

Ai macam rasa tak banyak ambil gambar, lebih kepada video. Tapi bila tengah buat entry ni macam banyak juga gambarnya haha Gambar bukan burung yang banyak sebenarnya :p Sempat ai ambil gambar anak-anak sebelum masuk dalam.



Dalam Love Aviary ni banyak burung kakak tua.



Cantik-cantik warna burungnya. Snap dari jauh je, nak zoom in jadi blur plak gambarnya terus tak cantik huhu



Tak tahu apa nama burung belakang Ariq tu.



Tapi burung jenis tu banyak kat dalam ni, merata sana sini. Tahi burung pun bersepah di mana-mana huhu



Burung apa mulut besar ni, aduhai otak dah berkarat habis semua ai tak boleh ingat huhuhu



Snap dari belakang dia je nak ke depan ai malas sebab nak kena naik bukit sikit haha Aliah dengan burung merak, kalau merak tu kembangkan ekor mesti lagi cantikkan.



Paling banyak burung ni la kat dalam taman, jenis paruh panjang. Selamba je jalan tak tengok orang. Main redah saja. Kalau tercucuk paruh dia tu, mahu tembus badan.



Ambil sikit video burung ni, yang paling banyak dalam bird park.



Burung Enggang yang cantik.



Ariq pun nak bergambar ngan merak juga.



Ada banyak burung sebenarnya kat air terjun tu tapi dalam gambar ni tak nampak sangat la pula. Warna lebih kurang je.



Yang biru tu adik beradik dengan burung merak juga la kan. Jambul atas kepala dia lawa macam crown. Dalam gambar tak nampak lawa dia haha



Comel burung hantu ni.



Yang ni nampak otai sangat. Susah nak tangkap gambar sebab dia jauh tinggi nun di sana.. blur kalau zoom.



Dalam ramai-ramai ni, Ariq sorang yang takut-takut sikit. Mengelak selagi boleh kalau nampak burung. Takut katanya.



Ada video burung paruh tajam-tajam ni, masa tengah rekod ai ternampak burung helang. Kebetulan burung helang ni waktu makan.




Ostrich sini sedih ai tengok, banyak bulu-bulunya gugur. Dah nampak tak cantik sangat.. kesian pun ada. Macam tak terjaga pula huhu



Letih juga la berjalan dalam ni, dengan panasnya ya ampun.. nasib baik ada sungai dan air terjun. Bila dengar bunyi air tu rasa nyaman la
walaupun dalam kepanasan haha



Sejak berat ai dah naik 2kg, sampai sekarang tak turun-turun dah. Kembang dengan jayanya.



Jadi bagi chance la bergambar sorang. Aliah yang tolong ambil gambar, lepas tu dia pun nak juga gambar sorang. Mummy layan kan saje.



4 beradik. Susah betul yang kecik tu nak standing still. Nasib-nasib je la dapat gambar tak gegar.



Video



Nak gambar berdua ngan enZaf tapi ada 2 orang datang menyelit.



Yang kecik tu memang tahu dah susah berenggang tapi yang Ariq tu pula masam muka sebabnya Daddy dia tak layan minta ice cream. Kesianla anak bujang ai sorang ni.

Cantik crown atas kepala burung ni.



Dapat juga family photo.



Bergambar kat photo booth ni best sebab dia bagi kita ambil gambar guna camera phone juga. Dia tolong snapkan, banyak kali pula tu. Selalunya photo booth gini mana bagi pakai phone kita selain dari kamera dia sajakan.



Dah snap satu keluarga dapat snap gambar sorang-sorang pula dengan burung. Ariq awal-awal lagi dah cakap dengan ai yang dia tak nak pegang burung. Tengok dalam gambar pun dia menyelit jauh, takut sangat burung tu hehe



Sama warna dengan baju Aliah.



Qaireen pula jadi hairan dah kenapa banyak sangat burung kat situ.



Selesai bergambar sambung perjalanan tengok burung lagi. Masa jalan-jalan tu, ai nampak bird show baru nak mula. Terus anak-anak berlari nak tengok. Jalan dalam ni tak pegang map, jadi tak tahu ada apa. Ni kira bertuah dapat tengok bird show. Rezeki anak-anak. Ai tengok dari atas saje, Qaireen sibuk nak jalan sana sini. Tak reti duduk diam.



Sebelum balik harus la beli fridge magnet kat gift shop. Koleksi sebagai kenangan kalau pergi mana-mana kan.










2 comments:

mummy_ayu said...

wah..bird park. antara fav place Daddy bawa anak2 jalan2 dulu..Ian & Iris pun suka je. ada kot 4 or 5 kali pegi. Tapi tu la, panas & penat berjalan...

Nurhayati said...

wah.. mesti dah lama tak pergi kan.. asal anak2 suka, panas ke penat ke kita sanggupkan.