Tuesday, June 25, 2019

Birthday Dinner for Ariq Firman


Lepas balik sekolah,
terus kami keluar ke Ikea.
Celebrate birthday Ariq
dan buka puasa skali tuk enZaf.
Dia puasa 6, oh harini
last day dia puasa,
pastu boleh raya sudah hehe



Banyak sungguh la enZaf order.
Org puasa bila ambil makan
mmg semua nak.
Pastu yang kena habis ai jugak huhu



Sementara menunggu azan Maghrib.



Makan kat Ikea waktu hari biasa,
aman sket kalau hari minggu
nak dapat tempat duduk pun payah.
Itu pun boleh dikategorikan
ramai jugak la masa makan malam ni.
Cuma tak sesak je.

Lepas selesai makan malam,
enZaf ajak ke Second Cup.
Makan kek tuk birthday Ariq plak.
Perghh tak kenyang2 haha

Anak2 dara ni order rainbow cake.
Licin dorang dua ni hadap.



Qaireen sibuk berjalan dalam kedai.
Org dah dapat kaki
mmg taknak la dok diam.

Ariq dengan keknya.
Dia mmg suka carrot cake.



Bergambar sementara tunggu Daddy dia
pergi beli belon.
Dah ada belon bergambar lagi
ngan adik beradik.



Si kenit tu taknak duduk diam,
nak turun berjalan huhu



Masa nak nyanyi birthday tuk Ariq,
kedai pasang lagu.
Sweet sangat..


Lepas dah nyanyi dan tiup,
Aliah bagi Ariq hadiah.
Terkejut ai ngan enZaf.
First time okay di bagi hadiah kat Ariq.
Tak sangka ai sbbnya
dia sanggup keluarkan duit simpanan dia sket,
beli hadiah kat kedai buku sekolah hehehe

Ariq kemain eksaited bila
dapat hadiah tu.
Tak sabar nak bukak terus.



Sangat tak disangka2..
terharu ai tgh Aliah bagi Ariq hadiah.
Dah la dua orang ni asyik je gaduh hihi
Moga ikatan adik beradik ni,
sentiasa dilimpahi dengan kasih dan sayang
hingga akhir hayat.



Aliah bagi Ariq pencil box,
complete dengan stationary dalam tu.

Happy birthday abang Ariq!!
7 tahun dah kamu :)



Lepas lepak makan kek,
enZaf ajak ke ToyRUs plak.
Bagi borthday boy tu pilih hadiah.

Sebelum tu wajib la
ambil gambar ngan birthday boy.



Thank you Daddy
sentiasa menggembirakan anak2.



Lagi adik beradik hehe



Ariq dgn hadiah birthdaynya.



Tak habis2 dengan Hot Wheelsnya.
Masa masuk dalam ToysRUs,
kemain lagi bersemangat mencari
remote control car.
Dah masuk dlm rambang dah mata haha

Tak kisah la nak apekan Ariq,
janji dia happy sudah :)


No comments: