Tuesday, June 18, 2019

Beraya di Sg. Buloh


Yeyyy kali ni dapat beraya
kat Sg. Buloh dulu.
Bukan senang ok dpt ke sana dulu,
selalunya mmg ke rumah mertua.
Tp ai jenis tak kisah pun,
sbbnya umah ke dua2 org tua masing2 dekat.
Boleh setel dalam raya pertama terus hehe..

Beraya kat Sg.Buloh ni pun
sbb anak kakak Zaf,
Danial kena chicken pox.
Ada kat umah mak.
So mak tak bagi balik takut berjangkit.

Tu yg laju ke Sg.Buloh lepas solat raya :)
Nak ditambahkan lagi kegembiraan raya ni,
adik ai Hana pun beraya Sg. Buloh juga.
Kalau ikut tahun2 sblm ni,
selalu clash ngan dia,
bila sampai dia dah balik..
bila dia balik kita plak takde.
Raya tahun ni adik ipar ai Omar
tak dpt cuti, kena kerja.
Raya ke-3 baru dia dapat beraya.

Gambar2 ni semua dari phone adik bongsuku.

Salam raya dgn abah.
Sengih mak ek tgk org
mintak maaf :p



Salam raya dgn mak plak.



Sebak masa salam peluk ngan dorang,
sbb raya haji nanti dorang takde,
insyaAllah pergi menunaikan rukun Islam ke-5.

Pastu ikut la turn masing2..
habis mekap adik2 ai bersalam,
menangis byk.. tu la byk buat dosa :p

Part cucu2 plak salam,
riuh rendah dibuatnya...
nak nak yg kecik mana nak paham hahaha

Akak Zahra.



Aliah.



Ariq.
Apa la Tok Abah cakap tu kan.



Qaireen.
Sampai Tok Abah mencangkung kat dia.
Blur tak paham apa sikenit tu hehe



Menantu atau hantu?



Menantu dia ni selalu bawak
Abah lepak minum kat mamak.
Pantau sket kolestrol abah tu ye..


Habis dah sesi bermaaf-maafan,
harusla bergambar.
Gambar ramai2..
Omar je takde.



Tok Abah & Mak Tok bersama cucu2nya.



Lelaki dalam rumah,
sikit je hehe



Mak bersama anak2 perempuannya.



Cousins for life :)



Butang baju melayu nak superhero.
Batman vs Spiderman.



Dan terakhir diriku bersama adik2.



Puas bergambar..
ape lagi..makan la.
Petang baru tetamu start datang.
Tak putus melayan.
Sampai ke tengah malam.
Terbongkang dibuatnya.

No comments: