Sunday, January 27, 2019

Ke Forest City Mall


Sambungan entry semalam.
Ingatkan time enZaf main golf,
kami rehat2 je dalam bilik.
Sekali Sue whatsapp ajak jejalan.
Trip golf ni bercuti lagi ngan Sue.
Last kami bercuti bersama masa kat Kuantan
masa tu tahun 2016 [link]..
pergh lama dah rupanya haha

Forest City ni ada 2 hotel,
satu Golf Resort dan satu lagi Phoenix.
Kat Phoenix ni ada mall,
mallnya takde la besar mana.
Tp okay la kalau tetiba rasa nak lepak makan gitu.
Shopping takde yg menarik
selain dari beli chocolate.
Kat Forest City ni area bebas cukai.



Jalan2 ambil gambar je la kami.



Pergi waktu Krismas,
dah semestinya deko krismas sana sini.
Gambar anak2,
yang si kenit tu kemain nak tegur orang sebelah.
Ajak sembang ke?!



Gambar ramai2.



Macam lama tak bergambar
sorang diri.



Kekok tetiba nak bergambar okay.
Selalu ngan anak2.
Tak tau nak posing macamana haha

Oh yer dari hotel kami
nak ke mall ni ada shuttle van.
Tp ada waktu2nya la hantar ambil.
Ada la dalam 2jam setengah masa bole jalan2 kat sini.

Kami singgah Papa Rich makan petang.
Waktu makan tak sempat nak bergambar,
masing2 huru hara ngan anak2..
nak order pun kemain lama haha
kecoh riuh org lain
tengok kami yg bising itu.
Mak2 nak bergosip pun payah :p

Balik dari mall
kami sambung lepak lagi kat lobi hotel plak.
Berborak lagi sbbnya laki masing2
tak habis golf.
Anak2 dibiarkan la bermain
dan berlari kat lobi dengan jayanya.

Pastu anak2 ni ajak mandi swimming pool lagi.
Gigih la ai bawak anak2 ni mandi.
Nasib baik la pool budak tak dalam mana,
itu sebab bawak,
kalau tak, takde kuasanya la.
Tak cukup tangan nak handle semua.

No comments: