Tuesday, August 7, 2018

Street Food Festival


Sabtu lepas takde buat aktiviti apa sgt.
Lepas amik Zahra tuisyen,
kami terus pegi lunch kat Kayu Nasi Kandar.

Habis lunch terus ke Kelana Jaya plak,
enZaf nak tukar grip tuk kayu golfnya.
Ariq je ikut daddy dia masuk kedai,
kami tinggal dlm kereta
sbb Qaireen tido.



Lepas dia dah selesai ngan barang golf,
terus kami balik rumah
berehat dan solat Asar.
Lepas Maghrib enZaf ajak keluar.

Kami tak decide nak dinner kat mana.
enZaf kata jalan la ke mana2.
Nanti tgk apa yg menarik.
Masa lalu jalan ke airport Subang,
nampak la signboard Street Food ni.
Terus enZaf kata kita makan situ je la :)



Ada macam2 makanan tapi byk makanan Thai.



Bukan takat makanan je,
nak shopping barang pun ada.



Kami beli pulut mangga,
pulut durian.



Pulut ayam.



Maggi Tomyam & Bihun Sup.



Ada aiskrim gulung jugak enZaf beli.



Masa kami sampai tu tak berapa ramai sgt,
dlm pukul 9 tu baru tgk penuh ngan orang.
Nasib baik juga la sampai awal.
Kalau tak sesak dah.

Street Food Festival ni betul2 depan dengan
airport Subang.
Dekat dgn stesen terminal skypark
train ktm tu.



Tak sure la festival ni sampai bila,
tp kalau ikutkan facebook dorang ni,
sampai Ahad lepas la.

No comments: