Saturday, September 16, 2017

Hari Bertemu Pelanggan


Disebabkan lama tak berblog,
maka banyak juga la cerita yang tertunggak.
Takpe la janji masuk dlm blog
untuk buat kenangan.

Yang ni cerita pasal amik slip
peperiksaan pertengahan tahun
Zahra & Aliah kat sekolah dorang.
5hb Julai 2017 :)

Ai kat sekolah sorang je,
Zaf & Ariq tunggu dalam kereta.
Masuk sekolah terus ke kelas Zahra dulu.
Tingkat 3 kelasnya menggigil lutut
naik tangga hahaha

Agak lama juga la tunggu giliran.
Nasib baik ada mak2 yg kita kenal,
dapat la borak.



Masa ni Zahra bukan heran pun Mummy dia.
Dok seronok borak ngan kawan2.



Setel amik slip Zahra,
dia pun boleh ikut terus balik.
Tak lama pun borak ngan cikgu,
result awal2 lagi dah tgk online skangkan.
Diskus sket je mana yg nak ditekankan.

Lepas tu terus ke kelas Aliah.
Kelasnya tingkat 1 sama blok ngan akak dia.
Minah ni pun sama sibuk ngan kawan2 dia gak.
Tak silap best friends dia nama Ardini dan Sabrina.



Setel terus bawak dua orang ni balik.
Sebelum tu harusla amik gambar.
Aliah muncung sbb result dia merundum kali ni.
Bukan dalam top 10 pun.

Berbeza dengan Zahra ada peningkatan.
InsyaAllah kalau dia teruskan kekal result dia,
dapat la naik stage hujung tahun nanti.

Mummy tak kisah pun naik stage ke tidak,
janji korang suka pergi sekolah dan belajar.
Lagi pun untuk Aliah walaupun bukan dalam 10 terbaik,
yang pasti dia bukan yg tercorot.
Kita usaha lagi yer nanti.



Zaf ajak makan briyani kat Gombak.
First time ai ke sini.



Makanan boleh tahan sedap,
kedai dia je agak lama dan old skool.
Nasib baik anak2 ni jenis tak kisah.
Makan tepi jalan pun boleh.
Senangkan gitu tak memilih.




No comments: