Wednesday, June 14, 2017

Hari Ahad lepas dan Bag Viral


Ahad lepas takde plan ape sangat.
Kami ke The Curve,
nak hantar alter baju.
Almaklumlah org special size ni,
beli baju mesti nak kena potong labuh hahaha
Tak labuh besar..
ai is pasrah.
Zaf cakap elok baju tu murah ada diskaun,
jadi sama price balik sbb
bayar alter :p

Lepas dari The Curve,
Zaf tanya nak ke mana.
Ai ajak dia ke Mitsui..
lama okay tak jejak kaki kat sana.
Alang2 tu beli la baju anak2 sket.
Nak ke JPO jauh bebenor.



Kalini Zaf masuk RL
beli baju tuk bapak dia.
Tgk gak baju budak,
tp takde yg menarik.
Harga pun tak murah mana pffttt



Kami berbuka dalam food court Mitsui.
Ramai gak orang tp boleh terima la,
ruang besar,
byk tempat duduk.

Sblom balik rumah,
Zaf ajak pegi Uptown Kota Dame.
Nak mencari bag Zara.



Dah seminggu lebih
akak Zahra duk berzikir nak bag.
Dia ada minat satu bag ni,
katanya kawan2 dia ramai pakai.
Bila tanya bag ape,
dia kata tak reti sebut
tapi tau ejaannya.
Dia pun spell la perkataan tu.
QUECHUA.
Googled la tgk bag yg dia nak sgt tu.
Rupanya tu beg hiking.

Masa jejalan dalam uptown tu.
Banyak la bag yg Zahra sebut.
First time okay ai tau benda2 ni.
Masuk satu kedai,
org kedai cakap,
ni bag viral..
dah setahun lebih pasal bag ni.
Mak ai.. punya la ai tak tau ape hahaha
Masa nak beli tu ada 2 beg
ori dan bukan ori org tu jual.
Zaf amik la yg ori tuk Zara.
Harga ori dgn bukan ori pun bukannya byk.
Beza RM10 je.

Masa beli tuk Zara,
Aliah plak kata nak jugak macam akak dia.
Kebetulan plak kedai yg beli tu,
orinya tinggal satu je.
Ada yg lain tp size tak sama.
Size bag beli tuk Zahra tu just nice,
sbb tu Junior mmg tuk budak.

Pusing la satu uptown tu,
tapi kecewa tak de yg ori.
Cakap ngan dia kita beli lain hari,
dia taknak..nak jugak skang.
So Daddy dia decide beli yg fake.
Dah nak sangatkan.



Zahra punya yg warna hijau tu,
Aliah warna oren.
Byk gak beza beg tipu tu.

Yang pasti bag ni murah okay.
RM30 je yg Zara hahaha
Beli beg tuk pakai kat sekolah murah giler :p
Cakap ngan Zaf kita
tgk la bape lama tahan bag tu.

Ni gambar kat Metrojaya The Curve.
Tetiba takde kena mengena
buh dlm entry ni.



Sementara menunggu Zaf shopping seluar tido.
Dia kalau dapat voucher,
tak beli spender,
beli la ape2 yg seangkatan dgnnya :)

No comments: