Monday, June 5, 2017

11th Anniversary Iftar


Anniversary kalini jatuh pada bulan Ramadhan.
Special sikitkan.
Seperti biasa anniversary
kami hanya keluar makan.
Sama gak dgn birthday.
Hadiah2 takde...
Lagipun ai bukan ada duit byk
nak belikan barang tuk dia hahaha
Ai pun tak kisah ada ke tak de.
Yang penting ingatan.
Dan paling terharu,
Zaf yg wish dulu anniversary.
Time dia wish ai dah tido :)
Hantar whatsapp...
sbb dia keluar jumpa kawan lewat malam.

Hari Anniversary tu Zaf ajak berbuka kat luar.
Takde plan makan mana.
Kami pegi OU,
pastu cari je kedai mana yg ada tempat lagi.
Bole dikatakan ramai dah booking.
Try tanya Chilis, Johny's semua penuh.

Akhirnya kami dpt berbuka kat Madam Kwans.
Appertizers.



Lauk2 3 jenis.
First time gak makan nasi byk lauk
sepanjang berbuka puasa.
Sblm ni kami makan sikit2 je.



Anak2 makan nasi ayam.
Ingat nak order desserts.
Tapi dah kekenyangan.

Gi OU terserempak ngan Farah.
Lama tak jumpa dia,
pastu jumpa lagi kat surau plak.
Ya ampun ramainya orang...
sesak dalam tu.
Nak solat kena tunggu giliran.

Aliah amik gambar,
xtau plak Zaf gaya gitu :p



Skang merata promote Transformers.
Puasa ni byk gak movie
baru keluar.



Sebelum balik,
sempat beli cookies kat C&C.
Kedai baru, first time jua kami nak cuba.



Not bad la cookiesnya.
Anak2 laju makan tu kira sedap la kan.
Konsepnya beli cookies ni dgn coffee skali.
Self service,
bagi paper bag..
letak la cookies sebanyak yg bole.
Sepenuh2nya dalam tu.
Tak timbang, dia charge satu paper bag tu
Tak sure berapa,
sbb sekali ngan kopi dlm RM20 gitu.

Sementara tunggu anak2 layan cookies,
lepak jap.
Alang2 tu suh la Zara amikkan gambar.
Lama tak bergambar berdua :)



Bulan puasa ni,
timing tido dah lari.
Mata pun rabak giler rupanya.
Gasak la...

No comments: