Thursday, May 18, 2017

Teacher's Day Gift 2017


Sebab comel kita print screen.


pic from www.google.com




Selasa lepas 16/5
Sekolah Zahra, Aliah dan Ariq
buat sambutan Hari Guru.
Serentak 3-3 sekali.

Sehari sebelum, baru cari barang.
Eh yg 3 ketul plush toys tu
beli 2 hari sebelum.
Daddy dorang beli.
Katanya tuk cikgu kelas.
Sweet je, tp kenapa tuk ai
takde beli teddy bear bagai ni huhu



Memula ingat nak bagi cikgu kelas je,
tapi cam tak best plak.
Hahaha mummy yang hover.
Tu yg pegi giant beli lagi sikit brg.
Bunga dan cokelat je pun.
Bahan yang lain tu semua dah ada kat rumah.

Ai potong kertas warna,
suh anak2 tulis selamat hari guru
dan nama cikgu yg nak bagi.
Ariq pun ai paksa tulis.
Diriku tak kuasa la nak tuliskan bagai.
Bole jer nak print tp
lebih afdal tulis tu dr anak muridkan sendirikan hihi
Takpe la buruk pun :p



Buat sama je macam tahun lepas,
ada bunga dan cokelat.
Bezanya tahun ni bagi seketul je.
Kerana bajet yg ketat hihihi
Yang bunga dan cokelat tu,
kos satu RM1.50 je.
Okay la kan.
Tapi kalau semua bahan nak beli baru,
mmg terlebih bajet la.



Ni pun amik gambar tak siap lagi.
dah keletihan...

Ariq dari malam tu dok cakap
Mummy nanti Ariq give to Teacher Wa!!
Ulang ulang 100 kali...
Eksaited sangat.



Hantar dia pagi tu,
Teacher Wa mmg dah tunggu kat pintu,
sambut budak2.
Mamat ni tak menyempat,
depan pintu dia dah bagi siap2.
Tak sempat tunggu masuk dalam hahaha
Bertuah sungguh la ko nak :)


Harini Zahra Aliah ada exam.
Moga dorang dapat jawab dengan jayanya.

No comments: