Wednesday, March 29, 2017

Hari ke-2 di HRH


Pagi2 anak2 dah bangun,
dorang mmg suka breakfast.
Lagi lagi kat hotelkan.



Kesedapan tak terhingga,
byk kali ulang amik.
Nasi ke mee ke tak sentuh langsung.



Aliah plak suka betul ngan mee sup.
Sampai hirup mangkuk cam ape haha

Sempat lagi tu bergambar.
Kat dalam hotel ni byk
spot menarik tuk bergambar.
Mcm rugi je kalau tak amik.



Masuk bilik,
harus la dorang tu laju salin baju.
Nak terjun kolam.



Cuaca pagi tu sangat cantik.



Wefie lagi seketul.
Ai sampai tido kat situ...
bangun2 dah serabai tudung hahaha



Pukul 1 camtu break jap nak gi lunch.
Zaf ajak makan kt luar.
Tak jauh pun jalan kaki je.
Pegi kedai makan arab.

Pastu singgah lagi kedai runcit,
nak beli jajan plak.



Bergambar lagi kat gitar ni.



Pastu tu kami hantar anak2 kat kids club.



Kat situ ada macam2 aktiviti
bergantung kepada waktu kita hantar tu la.
30minit dalam tu.



Sementara anak2 berseronok,
ai n Zaf wat refleksologi.



Bestnya lepas urut kaki,
pastu urut bahu...
lega sangat2.

Masa tgh urut tu
hujan turun lebat.
Alhamdulillah berhenti bila habis,
hujan lalu je.

Petang sambung lagi aktiviti mandi manda.
Kami ke pantai lagi.
Saja berjalan sepanjang pantai.



Kami ke arah ape ntah macam jeti.
Ada la nampak sorang dua memancing.
Saja pegi sana pastu amik gambar sket :)



Tak mandi laut pun,
jejalan je pastu pegi kolam.



Lepak kat kolam sampai Maghrib.
Ada stop kejap sbb tetiba hujan lebat,
pastu sambung balik.
Mmg tak masuk bilik,
lepak kat kolam je.
Mandi sampai gigil hahaha

No comments: