Monday, March 13, 2017

Basikal Baru


Semalam kami lunch kat Restoran Jamal.
Zaf nak makan wantan mee.
Petang dia ada bola.
Ai & Aliah makan mee sup,
Zara Ariq makan nasi ayam.



Kemain gedik Aliah skang bergambar,
ada je aksi dia tu huhu

Lepas makan Zaf ajak gi kedai basikal.
Lupa plak amik gambar kedai.
Tapi dekat ngan Suzway Giza.

Memula tgk basikal yg paling kecik.
Memang sesuai tuk Ariq sbb diakan tak besar.
Tp macam rugi plak beli kecik,
kang dah besar or dah pandai main,
xbest plak kecik tu kan.

Nak beli besar sket dari tu,
terlebih besar plak tuk dia.
Kira Ariq ni cam tgh2.
Pikir punya pikir,
amik jugak la yg besar sket.
Kang beli kecik kejap je pakai.
Basikal besar takpe la kan.
Kakak2 dia pun leh tumpang main skali :)



Daddy dia suh pilih warna,
Ariq konpius nak warna merah ke biru.
Memula cakap merah,
pastu tukar nak warna biru hihi

Uncle tu tolong adjust sket
handle ngan seat,
tuk Ariq nak pakai.



Tak menyempat dah nak main,
Daddy suh masuk rumah dulu,
suh anak2 salin seluar,
Zara Aliah pun nak main roller blades.



Aliah masa kat kedai basikal tu
merajuk sbb nak basikal jugak.
Daddy bukan taknak beli.
Katanya beli tuk Ariq je dulu,
nak beli 3-3 pitam nak bayar hahaha



Eh bukan 3 je..
ai pun nak jugak basikal.
Tgk basikal kat kedai tu pun geram je,
rasa nak cycling jugak.

Zaf kata next time beli tuk ai plak yeeyyy

Sebelum keluar kemain
dorang bertiga ni nak amik gambar.



Seronok dia dapat basikal.



Tak pandai lagi nak kayuh,
dan tak pernah pun dedah kan
main basikal ni.
First time tuk dorang harusla eksaitedkan.



Zaf bawak anak2 main kat playground.
Ai plak lepak kat rumah sorang2.
Bahagia je rasa,
memula je la pastu rasa sunyi.
Dah biasa dgn huru hara,
tetiba takde sorang terasa sgt.
Tp masa dorang takde la
habis satu rumah ai kemas.
Kemas masa tu je la,
bila dorang balik,
terbalik dah semua barang2 kat umah ni hahaha

Malam kami dinner kat Restoran Chilli's Crab.
Kalini order chilli crab plak.
Sblm ni makan salted egg...
Sedap pedas terangkat :)



Ni video Daddy amik
Ariq dah pandai bawak basikal.
Kejap je belajar.
Tak sampai 10minit.


video

Good job Ariq.
Dah terror nanti
bole bukak tayar kecik tu.

No comments: