Monday, November 25, 2024

KLS Junior Rugby Challenge 2024

Tahun 2024 KLS buat tournament sendiri 🏉. Seronok sebab semua player kelab dapat main. Selalunya KLS akan hantar satu kategori je kalau masuk mana-mana tournament. Bila dah ramai rasa kemeriahannya. Dan ini juga kali pertama diriku join jadi ajk. Sebenarnya tak pandai sangat tapi saja nak rasa pengalaman. Salah satu pengalaman yang ai dapat, berkenalan dengan parents ragbi dari kelab lain. Sambil buat kerja tu dapatlah berborak sekejap dengan mereka. Okay berbalik pada Aliah, buat entry ini untuk dia sebenarnya hahaha.. Pagi-pagi lagi kami dah sampai ke padang, kena awal sebab ai ajk hihi.. Coach memberi sedikit briefing sebelum bermula perlawanan.



Sarapan pagi untuk ajk. Sedap Nasi Lemaknya 😋.



Tak banyak gambar ai ambil, almaklumlah sibukkan 🤭. Tengok dia kat padang pun dari jauh je. Nasib-nasib lah kalau ada parents atau sesiapa yang ambil gambar dan video.





KLS U14 dapat Runner Up Plate. Tahniah Aliah dan kawan-kawan!🎉







Wajib ambil gambar dengan Aliah. Masa ni hujan tengah rintik-rintik. Elok pula nak dekat habis cuaca pun mula mendung.









Balik rumah ai dah mula sakit pinggang dan kaki. Banyak sangat berdiri dan berjalan sana sini. Tugasku kena pastikan toilet dalam keadaan bersih. Cleaner memang disediakan, hanya pantau saja tapi ada je ai buat sendiri sebab tak cukup tangan. Jamban semua tu okay je cuma lantai yang banyak berselut dengan tanah, almaklumlah budak-budak ni masuk dengan pakai boots. Jadi tak selesa tengok dengan tanah sana sini. Sebelum majlis habis Ariq dan Aliah join ai bersihkan kawasan padang. Lepas habis tournament ini ada orang nak pakai padang pula. Begitulah kisahnya, anak main ragbi ok je, mummy dia yang sakit badan sana sini hehehe.. Baru sedar diri ini dah tak sekuat dulu.

Oh! gambar di bawah ini dari dalam whatsapp group ajk. Bergambar dengan orang kuat KLS. Mommies ni semuanya hebat-hebat belaka. Ada yang anak-anak wakil Sukma. Terbaik 💪



Monday, October 7, 2024

Happy Happy Happy Birthday enZaf!!

Tahun ini birthday enZaf jatuh pada hari Ahad. Sehari sebelum akak Zahra dah call Daddynya wish happy birthday 😍, hari minggu itu dia tiada PB dan lawatan. Lepas solat Zohor ai ajak enZaf keluar. Nak belanja birthday boy eh?! boy ke hahahaha.. belanja dia karaoke 🎤. Kami pergi dekat sahaja di Redbox, The Curve.



Dah menyanyi mesti la nak order makanan dan minuman. Ingatkan untuk makan petang je tapi anak-anak nak makan nasi macam makan tengahari ni. Ya ampun tak kenyang-kenyang lagi rupanya hehehe..





Masa nak transfer gambar dalam pc, ada juga terselit gambar ai tengah menyanyi 🎶. Kerja Aliah lah ni, tak ada orang lain. Mujur dari belakang. Kalau depan memang taklah letak dalam blog ni 🤣.



Gambar di bawah ini pun kerja Aliah juga. Banyak pula tu gambar dorang berdua tapi ai letak satu saja. Berwefie dengan adik dia yang tengah menyanyi. Qaireen pun pandai juga nak karaoke, kebanyakkan lagu yang dia menyanyi adalah dari lagu kesukaan Daddynya hahaha.. Lupa pula nak ambil video.



Keluar dari Redbox, anak-anak baru bagi Daddynya kad birthday.



Hanya Aliah dan Ariq saja yang buat kad, Qaireen dia tak buat. Ai dah suruh dia buat tapi dia taknak hahaha.. aduhai anak bongsu sorang ni dia kalau nak buat satu benda ikut moodnya. Bila dia tengok Aliah dan Ariq bergambar dengan Daddy dia, terus merajuk sebab dia tak ada. Ai pun minta Aliah bagi kad dia untuk buat bergambar Qaireen dengan Daddy. Gitulah ceritanya 🫣.







Ai bagi hadiah juga untuk enZaf. Tapi belum sampai lagi, mampu pre order dan brand Coach saja. Nak bagi LV tabung tak penuh-penuh 😬😮‍💨 Sebab itu kita belanja karaoke sementara menunggu hadiah sampai. enZaf suka kalau ada corak Camo.



Malam pula kami makan di Rare, Uptown Kota Dame. Happy Birthday enZaf!!! 🍰🎉💕



Wednesday, October 2, 2024

Tengok Bola di Johor

Tiba-tiba enZaf cakap kawan dia beri tiket bola untuk satu keluarga. Ai ingatkan nak tengok bola Selangor, rupa-rupanya JDT. Dan perlawanan itu pada keesokkan harinya. Pergh... tahu-tahu je dah sampai Johor esoknya hehehe..



Lambat juga baru dapat masuk dalam kawasan perkarangan stadium. Dari luar lagi dah jem nak masuk ke dalam. Mujurlah masih ada parking, enZaf risau je kalau dah penuh dan kena parking jauh.



Pertama kali menjejakkan kaki ke stadium ini. Punyalah banyak kali datang Johor tapi tak pernah pun nak singgah apa entah lagi nak tengok game bola. Sebelum pagar stadium dibuka, sempatlah ambil gambar Ariq dengan bas JDT 🚌. Nak ambil gambar dengan player tak sempat dah, kami sampai pun dah agak lewat. Bergambar dengan bas pun jadilah hihihi..





Sempat juga masuk dalam kedai merchandise dan popcorn 🍿.





Cantik betul stadiumnya. Kami tengok AFC Champions League Elite antara JDT dengan Shanghai Shenhua. Best betul game dua-dua pasukan. Ai ambil gambar sebelum start lepas tu ralit tengok bola sampai habis hehehe..





Abang Ariq bila tahu Daddy nak bawa tengok bola di stadium, dia lah orang paling seronok sekali. Nak pula tengok JDT sebab dia minat sangat dengan Arif Aiman dan Bergson. Mummy suka JDT juga tapi bukan sebab bola sangat, sebabnya Johor adalah tempat lahirku hihihi..



Terasa macam tengok wayang pula bila makan Popcorn 🍿. Satu-satunya ada popcorn di dalam stadium, tak pernah lagi jumpa macam ni kat stadium lain. Paling sedap Popcorn JDT, warna merah biru 😋. Harganya pun mahal sedikit dari yang biasa.







Seronok juga ya tengok bola dalam Stadium Sultan Ibrahim ini. Banyak juga nampak kedai makan yang menarik. Tak sempat nak singgah, habis game pun dah lewat malam. Kami tak tidur di sana, pergi balik tengok bola. Kerja gila namanya hahaha.. Sekali sekala buat macam ni apa salahnya kan. Nak tunggu keluar dari stadium pun lama juga, jem teruk sampai kami dah kelaparan. Mujur ada satu kedai makan tutup lambat, dapatlah isi perut sebelum balik. Anak-anak tidur sepanjang perjalanan. Dan ai teman enZaf driving, risau juga kalau dia mengantuk atau bosan. Jadi kita teman berborak.

Monday, September 30, 2024

Perkhemahan Unit Beruniform di Sekolah

Pertama kali Ariq nak pergi camping di sekolahnya. Bila dia tahu sekolah nak buat program ini, laju saja dia daftarkan dirinya untuk sertai perkhemahan ini. Itu pun selepas dia tengok gambar perkhemahan sekolah tahun lepas, nampak ada pelbagai aktiviti menarik disediakan. Dari situlah dia tak sabar menanti camping tahun ini pula hehehe.. baru dia tahu seronok berkhemah ini, nak pula ada kawan-kawan. Lagi lah bestkan. Mummy dulu puas dah bercamping bagai masa zaman universiti. Merasa pengalaman panjat gunung, masuk gua, tasik dan laut.. satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Bila anak-anak minat ke arah ini, memang tiada halangan dari ai. Cuma Daddy dia saja lah susah hati sikit. Terbalik pula kan, selalu bab macam ini mak-mak yang rasa susah hati 🤭.



Perkhemahan ini hanya satu malam sahaja jadi dapatlah green light dari Daddynya. ✅ Barang pun tak banyak nak dibawa. Hantar Ariq di perkarangan luar sekolah sahaja. Tengok dia boleh bawa semua barang tu sendiri. Kebanyakkan parents hantar anak mereka sampai masuk dalam sekolah.



Lepas hantar dia di sekolah, enZaf terus bawa ai dan Qaireen ke The Curve. Jalan-jalan minum petang katanya. Qaireen sekarang tengah "demam" Kuromi. Kalau nampak Kuromi ini, bukan main suka dia. Tak perasan pula sejak bila dia suka, pengaruh dari mana pun tak tahu. Mungkin dari kawan sekolah agaknya.





Keesokkannya, cikgu sekolah benarkan kami parents masuk ke dalam sekolah untuk melihat majlis penutup. Kumpulan Ariq mendapat johan kategori kawad. Kawad dan Ariq berpisah tiada hahaha.. dari tahun lepas masuk kawad sampai tahun ini mewakili sekolah 🫡.









Jumlah murid yang menyertai perkhemahan tahun ini seramai seratus orang. Ada dua puluh team kesemuanya. Terdapat lima segmen aktiviti yang dibuat. Tak ingatlah ai apa aktiviti tu. Yang pasti semua dapat medal, tiada satu pun tak dapat. Semua murid balik pun dengan perasaan gembira 👍.



Malamnya Ariq tidur awal, kepenatan sangatlah tu. Bila ai tanya dia esok pagi, tidur lewat seronok berborak dengan kawan-kawan dalam khemah sambil makan hahaha.. gitulah nak oi. Mummy pun kalau jumpa kawan memang seronok, terlupa ada suami dan anak-anak di rumah..eh!!?? 🤣 Kemudianlah, masukkan gambar Ariq yang ada dalam Whatsapp group perkhemahan. Tak rajin pula nak belek dalam Whatsapp sekarang. Rasanya tak berapa banyak gambar dia, macam biasa lah memang susah nampak muka dia ni 🙄. Kalau ada pun sisi tepi lah, belakang lah hahaha.. memang tak ada "jodoh" gambar aktiviti dia di sekolah. Geram je rasa tapi apa nak buat, pasrah dan redha saja lah 😬

Friday, September 27, 2024

Hari Terbuka Dialog Prestasi Akademik 2024

Bulan lepas ambil result akak Zahra untuk pertengahan tahun [link], bulan ini giliran Ariq pula. Hanya Aliah saja yang tak perlu ke sekolah. Tak tahu lah ada ke tidak untuk lower form di sekolahnya. Tak pernah lagi berjumpa dengan cikgu kelasnya, hanya bermesej dalam Whatsapp saja 😬. Masa pergi sekolah Ariq ini, tak ada gambar sangat yang diambil. Itu pun ada satu saja gambar masa Ariq keluar dari kelas, nak balik dah.



Gambar di bawah ini ai ambil dari Telegram, awal pagi Ariq dan kawan-kawannya kena jadi penunjuk arah untuk para ibu bapa yang hadir ke sekolah. Punya la besar vest tu dengan dia. Kawan sebelah dia pun sama juga hahaha...



Result dia kali ini tidak memberangsangkan, terutamanya subjek Matematik dan Sains huhuhu... dia banyak tak faham kehendak soalan 😩. Cikgunya ada beritahu tahun ini Ariq sangat aktif. Sebelum ini sibuk dengan latihan dan pelbagai benda dia buat program sana sini, banyak tak masuk kelas. Mungkin sebab itu lah kan prestasinya merundum sedikit. Ini memang ai tak nafikan dan betul apa yang cikgunya cakap. Balik nanti dia tahu lah Mummy mesti membebel punya hahaha... Tak apalah Ariq kita cuba lagi untuk peperiksaan akhir tahun pula. Kali ini Mummy akan bagi latihan sampai muntah hijau 🤭.

Apa pun keputusan, kita tetap kena raikan. Itu semua adalah hasil usaha dia juga yang sudah mencuba sehabis baik. Kami ke Restoran Dolly Dim Sum, The Curve. Sebenarnya Daddy dia yang nak makan sini, patut kita makan tempat Ariq nakkan hihi..



Oh ya! Ariq ada bagi borang masa di sekolah. Dia nak join perkhemahan badan beruniform di sekolahnya. Tahun lepas dia tak pergi jadinya tahun ini dia nak sangat sebab dah last year kat sekolah ini kan. Dia awal-awal lagi dah submit nama pada cikgu, cuma borang sahaja yang belum isi. Dua hari nak berkhemah baru bagi borang ya, bertuah punya anak.



Disebabkan lusa dah nak berkhemah, jadinya ai terus ajak Ariq pergi beli sedikit bekalan makanan untuk dia. Manalah tahu nanti rasa lapar dalam khemah, bolehlah mengunyahkan.