Friday, September 27, 2024

Hari Terbuka Dialog Prestasi Akademik 2024

Bulan lepas ambil result akak Zahra untuk pertengahan tahun [link], bulan ini giliran Ariq pula. Hanya Aliah saja yang tak perlu ke sekolah. Tak tahu lah ada ke tidak untuk lower form di sekolahnya. Tak pernah lagi berjumpa dengan cikgu kelasnya, hanya bermesej dalam Whatsapp saja 😬. Masa pergi sekolah Ariq ini, tak ada gambar sangat yang diambil. Itu pun ada satu saja gambar masa Ariq keluar dari kelas, nak balik dah.



Gambar di bawah ini ai ambil dari Telegram, awal pagi Ariq dan kawan-kawannya kena jadi penunjuk arah untuk para ibu bapa yang hadir ke sekolah. Punya la besar vest tu dengan dia. Kawan sebelah dia pun sama juga hahaha...



Result dia kali ini tidak memberangsangkan, terutamanya subjek Matematik dan Sains huhuhu... dia banyak tak faham kehendak soalan 😩. Cikgunya ada beritahu tahun ini Ariq sangat aktif. Sebelum ini sibuk dengan latihan dan pelbagai benda dia buat program sana sini, banyak tak masuk kelas. Mungkin sebab itu lah kan prestasinya merundum sedikit. Ini memang ai tak nafikan dan betul apa yang cikgunya cakap. Balik nanti dia tahu lah Mummy mesti membebel punya hahaha... Tak apalah Ariq kita cuba lagi untuk peperiksaan akhir tahun pula. Kali ini Mummy akan bagi latihan sampai muntah hijau 🤭.

Apa pun keputusan, kita tetap kena raikan. Itu semua adalah hasil usaha dia juga yang sudah mencuba sehabis baik. Kami ke Restoran Dolly Dim Sum, The Curve. Sebenarnya Daddy dia yang nak makan sini, patut kita makan tempat Ariq nakkan hihi..



Oh ya! Ariq ada bagi borang masa di sekolah. Dia nak join perkhemahan badan beruniform di sekolahnya. Tahun lepas dia tak pergi jadinya tahun ini dia nak sangat sebab dah last year kat sekolah ini kan. Dia awal-awal lagi dah submit nama pada cikgu, cuma borang sahaja yang belum isi. Dua hari nak berkhemah baru bagi borang ya, bertuah punya anak.



Disebabkan lusa dah nak berkhemah, jadinya ai terus ajak Ariq pergi beli sedikit bekalan makanan untuk dia. Manalah tahu nanti rasa lapar dalam khemah, bolehlah mengunyahkan.



No comments: