Thursday, June 16, 2022

Ziarah Kubur


ِSetiap hari Jumaat, Mak dan Abah pasti menziarahi kubur arwah anaknya. Kadang-kadang hari lain pun kami datang juga bila ada kelapangan. Mujurlah tanah perkuburan berhampiran dengan rumah Mak jadi mudah nak ke sana.



Sayu tengok mak bila mana seorang ibu menziarahi kubur anaknya. Tak terlintas difikirankan kita kan. Kebanyakkannya adalah anak yang akan menziarahi kubur ibu bapa tapi ini sebaliknya. Arwah adalah anak yang paling rapat dengannya, yang ada di sisi hampir 35 tahun. Kesedihannya pasti meruntun jiwa, haishhh ai tak boleh tengok mak. Sunyi katanya :(



Lepas seminggu tanah kubur dah ditambak, ditambah dan dielokkan. Dalam beberapa bulan boleh lah kami mencantikkan kubur pula samaada pemasangan marmar atau jubin.



Abah pun terkesan dengan pemergian arwah Achik. Sejak dia pencen, arwah Achik lah yang selalu teman bawa Abah ke kedai untuk membeli barang. Abah pula jenis yang tak tahu duduk diam, ada sahaja nak ke sana sini. Abah cakap "driver" dia dah tak ada huhuhu..



Lebih menyedihkan bila Abah seorang yang berada di sisi arwah Achik ketika menghembuskan nafas terakhir. Allahuakbar. Setiap hari dia bercerita bagaimana saat-saat dia di sisi arwah. Kami sebagai anak hanya melayan dan mendengar sahaja ceritanya walaupun beribu kali Abah ulang. Kami semua faham yang memori itu takkan hapus dan sentiasa berulang di dalam fikirannya. Semoga Abah dan Mak dan semua adik-adikku kuat dalam menghadapi ketentuan Illahi. Kami semua redha dengan pemergian arwah Achik. Moga roh arwah tenang, damai dan berada di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Wednesday, June 15, 2022

Demam Terkejut


ِTahun 2022 banyak kejutan yang telah berlaku ke atas kami sekeluarga. Dari kita menyambut hari Raya Aidilfitri secara mengejut, pemergian adik tersayang secara tiba-tiba dan demam pun datang terkejut jua :( Empat hari selepas pemergian adikku Nurhazirah, Aliah datang mengadu pada ai yang dia tak sedap badan. Rupa-rupanya dia demam. Terasa panas sangat badannya, masa itu kami masih bermalam di rumah Mak. Laju ai ambil thermometer scanner, terus scan kat dahi.



Laju-laju juga ai ambil kain, rendam bagi lembab dan terus lap pada kepala dan keseluruhan badannya. Tanpa henti ai buat, bila kain kering basahkan semula sampai lah panas tu surut. Ai pun Whatsapp pada enZaf beritahu Aliah demam. Tak ingat ai kenapa enZaf kat luar, rasanya dia uruskan makanan untuk tahlil arwah. Hampir 3 hari juga Aliah baru kebah. Masa bawa dia ke klinik, doktor pesan jika 3 hari tak baik demam datang semula untuk ambil darah. Buat Covid test dan keputusannya negatif.

Baru je Aliah nak baik dari demam, Ariq pula demam, berjangkit pula ke Qaireen. Kemudian ai dan terakhir sekali enZaf. Habis satu keluarga demam. Bukan setakat demam sahaja, selesema dan batuk pun ada. Pakej 3 sekali. Oh! akak Zahra tak demam sebab pada waktu tak sihat ini dia di asrama. Ya Allah masa tak sihat tu ai rasa tak larat sangat, badan lemah dan terasa bisa-bisa tulang. Semua orang dalam rumah tumbang. Masa ini kami dah balik ke Kota Damansara. Tak berani nak tidur di Sg. Buloh, takut berjangkit pula pada yang lain. Walaupun tak sihat tapi ai gigih juga la bangun untuk menjaga yang lain terutamanya anak-anak lah kan. Dengan tak boleh tidur sebab risaukan dorang, temperature pun antara 47-49°C. Sentiasa lap badan mereka bergilir-gilir.



Tengah tak sihat tu, tiba-tiba bff Anis Whatsapp beritahu nak datang rumah. Rupanya dia nak hantar sup untuk kami sekeluarga. Bila tak sihat kami sekeluarga pun tak lalu nak makan, jadinya Anis siap masakkan sup untuk kami. Sup tu ada diletakkan kimchi katanya bagus sebab ianya boleh stimulate imuniti badan. First time ai makan, sedap supnya ada rasa masam-masam dari kimchi tu buat selera kat tekak. Dalam 2 minggu juga kami sekeluarga sembuh dari demam dan selesema, hanya tinggal batuk sahaja. Batuk memang lambat nak baikkan. Apa pun Alhamdulillah. Sudah sihat barulah ai hantar semula periuk Anis ni hehehe... Sebelum tu singgah beli kek sebagai tanda terima kasih. Nak masak tak rajin lagi. Lama dapur tak berasap sejak pemergian arwah.



Minta akak Zahra tolong ambilkan gambar ai dan Anis. Berdiri belakang kereta yang tengah menyala lampu break. Ha penuh warna merah satu gambar tu.. terus minta akak Zahra ambil gambar lagi sekali kat tempat lain hahaha...



Terima kasih sahabatku Anis siap hantarkan sup buat kami. Terharu sangat. Begitu juga dengan Bff yang lain Nani, Nowwa dan Elin yang tak putus-putus Whatsapp bertanyakan khabar. Semoga Allah S.W.T membalas jasa kalian dengan memberi ganjaran pahala yang banyak. Pssstttt.. masa tak sihat berat badan turun 2kg dan sekarang dah naik 2kg semula :p

Tuesday, June 14, 2022

Pemergian Yang Mengejutkan


ِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

Lama tak update blog. Hari ini baru berkesempatan dan berusaha gigih untuk membuka blog yang dah bersawang ini :) Kepada sahabat handai di dalam Facebook telah mengetahui perkhabaran ini pada bulan lepas lagi, hari ini barulah ai nak masukkan dalam blog. Disimpan sebagai kenangan yang tidak akan dilupakan sampai mati. Untuk pengetahuan semua, pada 16/05/2022 kami sekeluarga telah kehilangan adik tersayang buat selama-lamanya. Allahuakbar rasa tak mampu pula nak menaip. Bergenang dah air mata ini. Ingatkan dah kuat nak menaip. Rupanya belum bersedia lagi. InsyaAllah bila dah ada kekuatan, ai akan sambung semula detik-detik dan saat kehilangan itu berlaku. Buat masa ini ai minta pada kawan-kawan blog, mohon sedekahkan surah Al-Fatihah buat Allahyarhamah Nurhazirah binti Mohd Yusof.





*kredit gambar dari Google

Tuesday, June 7, 2022

Duit Raya dan Anniversary


Tahun ini agak awal juga anak-anak kira duit raya. Habis saja Syawal terus zass... Kalau tak dah nak masuk raya Haji baru terhegeh-hegeh mengira hihi.. Itu pun sebab anak-anak asyik ber"zikir" nak kira duit raya :p



Aliah dan Ariq saja yang kira duit raya. Akak Zahra sibuk main game tak silap ai. Dah besar tak berapa teruja sangat nak mengira duit hehehe.. Boleh tahan banyak juga duit raya mereka semua, Alhamdulillah rezeki mereka walaupun tak beraya mana sangat. Banyak dapat masa di rumah Sg. Buloh, rumah Mak tu setiap kali raya memang tak putus tetamu keluar masuk. Masa PKP duit raya tidak lah semeriah tahun ini.



Tradisi setiap kali dapat duit raya. Sebahagian kecil dari duit raya akan digunakan untuk membeli barang mereka yang diingini. Bila anak dah besar, kemahuan mereka pun dah berubah. Waktu kecil, duit raya digunakan untuk membeli barang mainan. Kecuali Ariq sahaja yang masih nak beli mainan. Lupa pula nak ambil gambar masa tunggu dia pilih mainan tu, dia pilih remote control car. Dalam rumah dah banyak remote control car, tetap nak beli lagi anak bujang tu. Manakala akak Zahra dan Aliah pula mereka berdua memilih untuk membeli komik atau apa sahaja berkaitan dengan anime.



Kami keluar ke OU, disitu ada kedai komik. Nampak air muka anak-anak dara ni gembira setiap kali masuk kedai ni. Ai dan Qaireen hanya menanti di luar kedai sahaja hehe.. Lama juga la menunggu dorang semua tu keluar, ntah apa yang dibelek :p Keesokkannya kami ke Empire Shopping Mall di Subang Jaya. Lama betul tak ke sana, tak ingat bila kali terakhir. Pusing-pusing dalam mall sekejap lepas tu singgah minum petang di Chili's. enZaf kata kita makan dessert untuk meraikan ulangtahun perkahwinan hahaha.. tarikh anniversary kami jatuh pada hari Khamis, pada hari tu tak ada buat makan-makan atau apa-apa sambutan pun. enZaf sibuk kerja tak sempat, jadinya hari minggu baru dia bawa makan.



Ai pula jenis simple, sambut ke tidak tak ada masalah. Lagi pun enZaf selalu je bawa makan-makan. Bab hadiah pun tak pernah nak minta, kalau ada Alhamdulillah. Benda wajib utuk ai adalah bergambar. Tak kiralah di mana sekali pun gambar kena ada. Semua itu kenangan untuk disimpan rapi di dalam blog ini :)



Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-16 enZaf! Semoga perkahwinan kita ini sentiasa dalam rahmat dan redha Allah S.W.T.. Anak-anak ada saja kat tepi tu tapi tak ambil pun gambar dengan dorang haha.. Mana boleh tinggal, mengekor je semuanya. Selagi boleh bawa kita bawa semua, nanti dah besar dah tak nak ikut kita pula berjalan.

Saturday, June 4, 2022

Aircond & Noodles


Awal bulan 6, bilik Mak dapat aircond baru. Alhamdulillah ai ada rezeki lebih, belanja satu :) Aircond Mak yang sebelum ini tak ada lah rosak mana cuma ianya aircond lama yang banyak makan elektrik dan bahagian compressor pun mengeluarkan bunyi bising. Suhu pun kurang sejuk juga walaupun dah servis. Kebetulan pula cuaca panas, jadi kesian pula kat Mak dan Abah. Bila dah ada aircond baru ini dapatlah beri lebih keselesaan.



Agak huru hara juga masa nak beli aircond ni pun. Rata-rata kebanyakkan kedai elektrik dapat membuat penghantaran dan pemasangan lebih dari seminggu. Jadual installer sangat sibuk disebabkan ramai juga beli dan servis aircond pada waktu panas. Puas juga kami mencari kedai elektrik dari satu tempat ke satu tempat yang dapat membuat penghantaran dengan secepat mungkin. Tak silap lebih enam kedai kami tanya, akhirnya dapat juga satu kedai dekat dengan rumah Mak. Itu pun dapat hantar dalam masa 5 hari. Lepas selesai membuat pembelian, kami singgah makan petang bersebelahan kedai elektrik ini iaitu di Boat Noodle.



Ikutkan ini merupakan kali ke-dua makan di Boat Noodle. Jarang sangat makan sini, tak silap masa dulu datang macam banyak menu. Tak berapa ingat sangat banyak ke tak hehehe.. yang ada sekarang ni noodlenya ada dua jenis iaitu Pathumthani dan Ayutthaya. Beza pada supnya ada pedas dan lagi satu kurang pedas.



enZaf juga order Grilled Chicken Meatballs. Yang ini sebenarnya untuk Qaireen, tapi semua orang pun makan juga haha..



Anak-anak tak berapa suka sangat dengan noodles ni. Tak kena dengan selera mereka. Bagi ai biasa-biasa saja, tak adalah sampai nak makan bertingkat-tingkat mangkuk :) Anak-anak paling suka Sangkayaa. Apa jenis roti dorang ni semuanya suka.



Ambil gambar Abang Ariq sebelum kami beredar, mulut kembung sebelah belum sempat habis kunyah Mummy suruh cepat ke sana hahaha..



Oh ya masa pasang aircond bilik Mak tu pada hari Jumaat, sempatlah bawa Abah ke kubur pagi tu sebelum menunggu installer ni sampai. Itu pun dorang ni lewat sehari, tak sempat sebabnya setiap hari pergi dalam 6 rumah untuk pasang aircond. Memang menduga sungguh nak pasang aircond kat Sg. Buloh ni hehe.. apa pun Alhamdulillah semuanya dah selesai. Puas hati dapat tengok muka Mak dan Abah tersenyum lebar.