Saturday, October 6, 2018

Hadiah Aliah & Korean Street Food


Memang dari awal tahun lagi
Aliah dah bagitau Daddy dia
yang birthday dia nanti
nak beli barang kat Smiggle.
Untung la nak oi boleh mintak2
nak beli apa dan brand mana bagai.
Daddy dorang pun layan je,
kalau Mummy mmg tak kuasa nak janji bagai ni.

Beli hadiah dia masa kami
balik dari wedding Hafiz.
15hb tu Sabtu, birthday dia dah lepas 13hb.
Ikutkan dia nak beli tu masa 13hb jugak,
tp enZaf kat Johor maka dpt la lambat sket.



Sebelum birthday dia juga si Aliah
ni dah mintak nak beli botol air.
Memula dia nak notebook yg ada kunci,
pastu bertukar nak botol air plak.
Dah masuk dalam kedai..
dia dah konpius plak nak mana.
Rambang mata dah kan.

Kebetulan ada satu seksyen tu,
Buy 1 Free 1.
Kat situ ada botol air,
Daddy dia suruh amik dari situ je,
dan bole pilih lagi satu.
Dapat 2 barang :)



Dia dah pilih color pen,
pastu tukar nak alarm clock plak.



Habis beli terus kami gi minum petang.
Kalini try makan kat MyeongDong Topokki.
Akak Zahra amikkan gambar ni,
thank you kakak!
Pasni nak train dia suh amik gambar,
senang keje Mummy update blog je :p



Makanan yg diorder serahkan pada enZaf,
ai makan je.
Tp ayam yg blah kiri tu,
punya la pedas gilerssss...
Tak tercapai dek akal ok.
Makan satu pastu ai dah taknak haha



Yang gelap warna tu madu tak silap.
Ha tu okay just nice rasanya.

Yang bawah ni mee apa pun tak tau,
ai bab makanan korea ni failed.
Tak tahu nama.



Okay sedap jua,
tp tak habis sbb dah kenyang.
Agak besar jugak portionnya.

Bawah ni,
air teh kot tak silap,
ada campuran gel aloevera,
sotong goreng apa tak tau.
Ai tak makan seafood lg buat masa ni.
Dan fries ngan campuran daging & cheese.



Tengah makan tu,
ai pun amik gambar sorang satu.
Macam lama tak amik gambar masing2.

Kakak Zahra yg tetiba diriku rasa
dah besar plak dia huhu.



Baby Qaireen yg mintak didukung.
Tak bole nak duduk dlm baby chair lama.



Abang Ariq satu2nya hero
kesayangan Mummy.



Ofkos heroku sampai hujung nyawa,
moga ke Jannah gitu :)



Kakak Aliah birthday girl,
suka dia dapat hadiah,
senyum sampai ke telinga :)



Dan yang terakhir,
yours truly.



Hitam mata pandaku itu,
anggap je la tu mekap hahaha
Bibir tu merah gara2
makan ayam yg pedas gilers tu :p

Thursday, October 4, 2018

Resepsi Hafiz & Shida


Nak keluar ke wedding Hafiz,
sementara tunggu enZaf panaskan enjin kereta,
ada byk bunga gugur kat tempat parking.
Suruh Aliah bergambar kat situ.
Muka kepanasan nak senyum hihi



Resepsi Hafiz buat kat umah
tok belah Makcik Lenggeng, Mantin.
Lama gila kot ai tak ke sana.
Tak ingat bila last tp yang pasti
zaman sekolah la..
Sekali tu je la.

Sampai cuaca dah agak mendung.
Depan ngan umah tok tu,
ada padang pastu nampak la lembu2.
Menjerit2 anak cakap lembu lembu haha
anak bandar kira nampak haiwan tu
dah satu keseronokan mcm pegi zoo :p

Masa kenduri ai tak pegang phone,
tau tau ada gambar ni..
bila masa amik pun tak tau..
kemain Zahra & maksunya.



Ni pun masa ntah bila,
tak ingat sbb apa.
Kalau tgkkan gambar lepas tu,
rasanya ai bangun nak jumpa sedara kot.
Time tu tengah makan.



Cousins ai anak makteh.
2-2 tu doktor.
Yana dentist.. tak ingat kat klinik
kesihatan mana dia bertugas,
tp area wangsa maju melawati
area2 blah sana la.



Khairi baru bukak klinik
Klinik Al-Ansar kat Seremban 2.
Sape area sana bole la ke klinik dia :)
Bulan lepas dia buat kenduri doa selamat
kat klinik tp tak dapat pergi
sbb Zahra tuisyen huhu

Qaireen & Daddy pun ada,
sempat 2 orang tu wefie bagaikan.
Tak ajak Mummy pun.



Bergambar dengan dua pupu,
Eijah & kak Liza.
Tangan tu cover sbb comot ngan makanan.
Dorang nak balik tu tak sempat nak basuh.
Tq pada anakmu eijah amikkan gambar :)



Bergambar ngan wife cousin ai, Kiema.
Orang dah nak balik dia baru sampai.
Tak sangka kami sedondon.



Nak bergambar ngan pengantin,
tp dorang sibuk bergambar atas pelamin.
Maka bergambar la ngan adik2 pengantin.
Jadila kan.. kiri Syira kanan Syuhada.



Nak balik cuaca pun turun ngan lebat.
Sempat bergambar ngan MakChik mak pengantin.
Comot2 dah muka hehe



Tahniah MakChik PakChik sekeluarga
dapat menantu.

Tahniah sekali lagi buat Hafiz & Shida,
Selamat Pengantin Baru!!


Sunday, September 30, 2018

Bantal DAG


Tetiba enZaf bawa balik bantal.
Bantal DAG dari Das Abdul Global.
Bantal hotel gitu.

Dia beli satu je
kata nak try dulu best ke tidak.



Ada 3 jenis bantal ni.
Tak silap ai enZaf beli
M2 Microfibre RM89.70 satu.

Masa dia beli dapat keychain bantal.
Laju je si Ariq amik hehe



Sedap bantalnya.
Gebu dan lembut.
enZaf suka tapi hanya ai je kurang best.
Eh bukan salah bantal.
Sebab kurang best tu,
tengkukku sakit.
Badan ai ni kecik jadi bantal tu tinggi,
tak sesuai ngan saiz badan.
Sakit tengkuk dan bahu.

Mungkin kalau bantal tu rendah sket,
or bila dah pakai lama okay kot.
Buat masa ni mmg enZaf beli bantal tu
untuk dia pun hehehe

Tapi bantalnya memang macam bantal hotel.
Empuk sangat.
Yang penting bantal tu
anti banteria, anti allergik
dan anti pijat dan kutu.

Aish... pegi websitenya la
lagi senang.. ada byk info kat situ.
Sila la terjah [link]

enZaf ni beli kat Kota Damansara je,
sesapa yg ada area KD or dekat ngan kawasan ni
bole la roger En Haiy 018-2136340.
Ini iklan tidak berbayar.
Kita support mana tau ada rezeki untuknya kan :)

Saturday, September 29, 2018

Minum Petang di Santai


Bila dapat call dr enZaf
ajak minum petang,
ape lagi laju2 la siap.
Hati ni mudah terhibur dgn makanan haha

Kalini kami minum petang kat Santai, Taman Tun.
Lama tak makan kat sini.
Dan kalau nak makan petang kat sini,
kena sampai awal paling lambat pun pukul 4.
Lepas dari tu makanan dah habis.
Yang sedap, habis cepat la.



Buat masa ni Qaireen takde la join makan,
janji ada org layan dia main ok dah.



Ni ada la weekday squad mummy.
Aliah je takde.



Tahun depan tinggal Zahra & Qaireen je,
Ariq sekolah petang ngan Aliah plak.

Sejak ada Qaireen ni,
mmg muka dia je penuh dlm phone :p



Thank you enZafaris bawak makan petang.
Lain kali bawak lagi okay.



Skang pun dah jarang dating ngan kawan2.
Pernah message ajak keluar,
tp xde rezeki lg nak jumpa,
sibuk ngan komitmen masing2.

Harini ada wedding lagi,
cousin ai Khairul.
Musim cousin2 ai kawin sudah :)

Friday, September 28, 2018

Qaireen 6 Bulan


21hb Ogos Qaireen dah masuk 6 bulan.
Alhamdulillah setengah tahun dah.
Cepat betul masa berlalu,
tup tup dia pun dah besar.
Huhu taknak dia besar.. biar baby je pleaseee..
nanti rindu nak baby lagi haha

Si Bulat Mummy.



Alhamdulillah progress dia pun baik.
Laju dah dia pusing nak meniarap.
Dan dia pun dah pandai pusing balik.
Tidur pun dah bergolek2
pusing 360 darjah.

Sejak dah pandai meniarap,
asal letak je terus pusing.
Skang dia dah bergerak,
tp bukan ke depan..
ke belakang..gostan gitu :)

Duduk pun dah bole biarkan lepas.
Tp sekejap je la
dalam 10-15 saat.

Qaireen dah start makan,
takde la tepat2 6 bulan bagi,
seminggu lepas tu baru bagi.
First makanan dia bubur nasi kosong.
Itu je ai bagi selama 3 minggu kot.
Dia pun makan tak byk,
5-6 sudu je.

Ada sekali cuba bagi pisang,
dia taknak.. bagi pastu keluarkan.
Sabar je la.



Ni muka sblm bagi makan,
kemain suka hihi

Cuma skang ni bila manja tu makin mengada.
Sebab apa mengada.
Dia tak bole duduk dalam car seat lama2.
huhuhu payahnya la ai nak drive.
Bila hantar dan amik abang Ariq je
mesti ada drama.
Letih sungguh, stress bawak kereta.
Walaupun dah berhenti bagi minum susu,
tetap menangis nak dukung.
Bertabahla diriku ini.



Kat rumah pun sama,
nak berkepit je.
Duduk dalam walker pun kejap2.



Awal2 okay dia duk main,
pastu jangan kita lalu depan muka dia.
Bila nampak terus nangis nak mintak dukung.
Kalau ai tengah buat kerja rumah,
tetiba nak kena lalu depan dia,
ai selalu suruh akak Zahra alihkan pandangan
dia bagi tak nampak ai haha
sampai gitu sekali okay.
Kalau tak mmg tak buat kerja la jawabnya.



Kakak Aliah yang rajin melayan dia.
Dia pakai tudung ke sekolah sbb
ada kem solat bestari.