Friday, December 16, 2016

Ke Johor


Ikut Zaf ke Johor,
dia ada golf tournament.
Kalini cuti sekolah kami takde
plan nak gi cuti sangat.
Kalau Zaf takde main golf kat Johor tu,
mmg kami tak ke mana.
Zaf tu bukan suka sgt berjalan time cuti gini.
Tau la cuti sekolah ni kan mana2 penuh.
Jalan jem tu jgn cerita la.
Ai tak kisah sbb bukan drive hahaha

Kalini nak tak dia kena jugak la pegi.
Pasal golf mmg gigih :p
Ai pun gigih gak la nak ikut.
Sblm masuk highway
kami breakfast nasi lemak dulu
dekat ngan area rumah.



Gerai tepi jalan kat Seksyen 6.
Anak2 ni pun gigih bangun awal
kalau cakap nak jalan hahaha



Pergi hari Khamis,
blom lagi cuti panjang nak Maulidur Rasul
dah byk kereta jugak atas highway.
Mmg sampai new year la merata orang berjalankan.

Dekat2 nak sampai Johor,
Zaf ajak masuk JPO...



Katanya nak beli bola golf.
Skali kedai golf dalam tu
dah tutup hehehe

Terus masuk food court,
lunch dulu.
Kelaparan sudah.
Makan Subway.



Kat JPO ni beli barang anak2 je.
Ada gak masuk kedai lain
nak tgk handbag,
tp takde yg berkenan.
Bersabar je la tuk tahun depan.
EnZaf nak pegi lagi London.
Ada urusan kerja.
Ha kita pesan kat sana je la.

Sblm balik harusla amik gambar anak2.



Gambar kami berdua pun ada,
tp hampeh gelap.
Zara bukan nak cakap tak nampak sgt
sabar je la haha.



Dah masuk JB, sblm check-in
singgah Restoran Sri Perada.
Kat Kampung Bahru.
Skang ni senang waze aje kalau tak tau.



Nak beli cakoi yg pernah diviralkan dlm fb.
EnZaf je yg keluar pegi beli.
Dia beli peanut butter, coklat kacang,
cheese dan oreo.



Semua sedap..
Tak pernah lg makan cakoi gini.
Dah macam donut plakkan,
macam2.
Ai suka makan cakoi cicah kuah durian.
Perghhh terangkat :)

Lepas tu terus gi hotel.
Kami tido kat Grand Blue Wave.
Kawan Zaf yg uruskan semuanya.
TQ En. Azli!

Lepas Maghrib Zaf & Azli jumpa customer meeting jap.
Sempat la suh anak2 ni posing
dalam bilik.
Kemain kan gaya supermodel sorang tu haha



Lama gak la menunggu,
sampai budak2 ni cakap "mana Daddy" byk kali.
Ai plak dah lapar hihi
Pukul 10 baru nak gi makan bole.

Zaf bawak makan seafood kat Permas Jaya.



Selera Senibong Seafood.



Zara nak bergambar ngan crab.



Sempat amik gambar sotong goreng tepung je.



Lauk lain tak mampu nak amik gambar satu2 dah.
Terus terkam lapar hahahaha



Azli pun join kami dinner sama.



Datang bukan weekend orang tak ramai sgt,
senang dapat menikmati suasana.
Ada byk lagi restoran seafood area situ,
tak tau la sedap ke tak.
Tp yg Zaf bawak ni mmg sedap.
Cuti sekolah ni semua kedai tutup pukul 2pagi.


Thursday, December 15, 2016

Nama Baru "The Mall"


Pergh lama giler tak pergi The Mall.
Sampai The Mall tu dah tukar nama rupanya.
Nama baru skang Sunway Putra Mall.
Cantik sgt okay dalamnya.
Beza betul sblm ni.

Tetiba terus teringat kt The Mall.
Tempat lepak zaman sekolah dulu.
Kalau pegi sini mesti tuju
kat tempat game bahagian atas skali.
Main roller coaster, masuk umah hantu semua cukup.
Memang best betul.
Skang semua tu tinggal kenangan.

Mall dah cantik.
Interior semua dah mcm mall mahal.
Hebat tul Sunway amik alih.

Aliah nampak terus laju
gi kat perempuan cantik tu.
Dapat gula2.



Nak krismas ni
mmg bersepah la sana sini dekonyakan.



Ni kat area Food Street.
Minat betul lantainya.
Kalau buat kat rumah bhgn kitchen
nampak cam menarik je.



Designnya ala2 cam kat Genting.
Nampak cantik dan tersusun.
Macam2 kedai makan ada.
Dari local sampai overseas gitu.
Ada western, middle east, asia..
pilih je la.



Last2 masuk kedai Penang ni.
Tetiba teringin nak makan laksa.



Tapi laksanya tetap tak leh lawan AhCheng laksa tu.
Ohoiii taip ni pun rasa
nak makan laksa tu skang huhuhu



Dorang bertiga ni layan pai tee je.
Zaf makan kueytiaw goreng.
Biasa2 je rasanya.



Aliah suh ai amikkan gambar.
Layan kan aje la.



Ngam2 amik gambar dia
terus tak leh amik gambar lagi.
Dah full.
Sebelum tu dorang dok record video.
Tengah seronok rekod yg slo-mo.
Sabar je la.

Blom ada kerajinan lagi nak transfer semua pic.
Tunggu enZaf buat pun ntah bila.
Mintak phone baru pun saja je wat tak dgr hahaha
Giler ke apa pic penuh nak mintak phone barukan.
Mmg tak dapat la.

Wednesday, December 14, 2016

Baju Sekolah Aliah


Rabu lepas ikut enZaf wat keje.
Cuti sekolah ni mmg best betul.
Sbb leh ikut dia ke mana saja.

Sblm dia nak gi cari barang,
kami lunch dulu kat Ikano.
Ntah berapa kali dah makan sini.
Budak2 ni kalau tak makan
nasi ayam mmg tak sah.
Suka sgt.



Ai first time makan
asam laksa Ah Cheng.
Sedap sangat,
Licin mangkuk tu hihih



Selfie satu!
Lama tak pakai Tie Rack.



Lepas makan singgah Popular jap.
Zara dah byk kali mintak
nak gi beli buku hantu.
Sejak 1-2 minggu terakhir kt sekolah lg.
Mengikut kawan dia baca buku cerita hantu ni.



Adik2 dia pun tumpang paw gak la.
Beli buku warna sorang satu.

Dari Mutiara Damansara kami ke Subang,
Zaf nak cari handphone.
Handphone tu tuk sponser golf tournament
Ahadnya kat Johor.
And ofkos la ai akan ikut skali
hahahah gelak besar gitu.

Sementara tunggu dia pegi beli phone,
harusla berwefie ngan anak2.
Kita masukkan satu keping je dlm blog.



Setel dah Zaf beli barang2 dia.
Katanya nak ke Sg Buloh.
Alang2 dah free ajak tgk baju sekolah tuk Aliah.

Sblm ni ai ada cerita kat dia.
Yang Kak Ismi ada message2 citer pasal
baju sekolah tuk anaknya Batrisyia.
Batrisyia and Aliah lebih kurang sama besar.
Orang kecik je dan dia jumpa
baju sekolah yg ngam2 dgn badan Batrisyia tu.
Yang penting baju sekolah tak perlu nak alter.
Tu yg rasa cam menarik je
dan ai bgtau kt Zaf.

Kedai Hari-Hari ni dekat ngan umah mak ai.
So pegi sini je la
sbb tempat lain tak tau kat mana hehehe



Misi mencari baju sekolah tuk budak kenit ni.



Try test baju.
Memang ngam2 dgn dia.
Senang tak yah nak alter lagi
cam akak Zara dia sblm ni.



Kualiti pun okay,
harga pun berpatutan.
Berbaloi sgt beli.

Beli dia 4 pasang baju kurung.
Zara pun ai ada beli kain dia saja
sbb tu dah senteng.

Kasut sekolah Aliah pun
beli situ terus.
Tinggal singlet Aliah je tak beli lagi.
Kalini dia sekolah mmg
mintak taknak pakai tudung.
Pujuk gak tuk dia pakai
tp taknak.
Katanya kat sekolah akak takde aircond.
Nanti panas hahahahah
Diva kan!!!

Ha gasak ko la.
Kot nanti dia tgk kawan2 pakai tudung,
baru dia nak pakai la nantikan.



Minggu ni nak setelkan buku2 sekolah plak.
Minggu lepas tak sempat nak pegi beli.

Friday, December 9, 2016

Cousins Bonding Time


Memandangkan adik ai Hana ada kat sini,
ai ajak la dia keluar jejalan.
Zaf nak bawak kami gi tgk wayang.

Sblm tu lunch dulu kat McDonalds.
Disebabkan keluar ni tuk anak2
so kita pun ikutla kehendak dorang
nak makan ape.



Wayang kami kul 1.30petang.
Tgk kat Strand Mall je.
Senang dekat.



Susah betul nak bergambar semua.
Nak nak Akid tu,
tak paham lagi suh tgk camera hihi



Amik seat belakang skali,
senang kang ape2 leh lari keluar.



Habis wayang.
Kami hantar adik ai ke Giant.
Husband dia baru sampai dari Ipoh.
Orang keje polis gitula kan,
bukan senang nak dpt cuti.

Aira je taknak ikut Mummy dia.
Nak ikut MakLong jalan katanya.
Sbb petangnya kami nak ke Cyberjaya.
Zaf ada bola kat sana.

Dan memang kami pun suh anak2
bawak roller blades dan skuter.
Ariq awal2 lagi dah bawak bola.



Seronok betul dorang main.
Alhamdulillah cuaca pun cerah dan panas.



Berpeluh melekit semua cukup.
Lencun.



Ni pun sama..lencun.
Bola besar dari tuan haha



Dah puas main baru masuk padang.
Ai pun leh rehat kejap.
Tgk dorang pun berpeluh sama huhuhu



Habis bola,
kami ke Shah Alam.
Dinner kat Nasi Lemak Cinta Sayang.
Semua kelaparan...
habis makan licin pinggan.

Lepas makan,
terus gi Sg. Buloh hantar Aira.
Tapi dia taknak balik
mak ikut MakLong.
Ai okay je kalau dia nak ikut,
tp Mummy dia tido kat umah mertua.
Esok pagi dorang nak hantar maknya
ke airport tuk gi umrah.
Sian dia habis drama meleleh air mata.
Nak ikut Mak Long..Mak Long hihihi
Next time kita jalan2 lagi ye Aira :)

Selangor cuti lamakan..
Sampai Selasa kalau tak silap.
Konpem penuh semua tempat orang berjalan.
Selamat bercutiiii....

Thursday, December 8, 2016

Ke Nu Sentral


Kalau tinggalkan handphone kat anak2.
Ni la jadinya.
Kemain berwefie bertiga.



Actually ikut Zaf wat keje.
Dia nak jumpa orang kat KL Sentral.
Bila dia ajak ape lagi
laju la kitakan.

Lepas setel keje dia semua,
kami masuk Nu Sentral.

Skangkan semua mall dah ada
deco tuk Krismas.



Ape lagi amik gambar la hehe



Toy pun bersepah kat situ.
Ariq sibuk nak beli toys bagai huhuh



Masa jalan2 tu Zaf cakap nak beli kasut tuk Zara.
Kasut yg ada dah koyak.
Dia berjalan2 pakai selipar je :)

Masuk semua kedai takde yg dia berkenan.
Last skali masuk Parkson.
Angin mana dtg,
dia mintak nak beli ballerina shoes.
Wah ai dah ada protege hahahaha



Habis berjalan kat Nu Sentral,
kami terus ke Uptown Damansara.
Pekena kari kepala ikan.
Lama giler tak makan ni.



Ariq nak amik gambar katanya.
Skali tgk,
betul2 ujung kami berdua.
Sbb dia masukkan skali gambar kete dia.



Budak dah ngantuk dan kepenatan.
Rambut pun dah serabai.



Budak mengada dan gedik.
Konon comel la posing gitu.



Gambar banker bergerak jgn dilupakan.
Penting sangat dia ni hehe



Oh yer sebenarnya bukan kasut Zara je
yang dibeli kat Parkson tu.
Harusla Aliah & Ariq tak ketinggalan.
Dia nak beg sekolah ni.



Puas pujuk suh dia tgk tempat lain,
kot nanti ada lagi cantik dan berkenan.
Taknak dia.
Mati2 nak ni jugak.
Katanya ni Princess.
Baiklah nak.

Ariq plak dapat kasut.
Kemain Transformers.



Suka sgt dgn kasut dia,
sampai pakai dalam rumah.
Tak sabar nak ajak Daddy dia keluar
nak pakai kasut tu nanti
gi jalan katanya huhuhu