Tuesday, June 7, 2016

Sehari Sebelum Puasa


Hari Ahad baru ni,
beria okay pegi Putrajaya.
Nak tgk Floria.
Sekali sampai2 dah habis rupanya hahaha
Itu la tak nak check dulu
habis bila.
Lagi pun esoknya dah nak puasakan,
mesti la hari Ahad tu
dorang dah tutup mengemas bagai.
Padan muka tak dpt lagi
gi Floria tahun ni huhu

Jadinya kami terus ke Alamanda.
Sbb dah lapar.
Masuk Johny's.



Aliah dah pandai makan steamboat.
Tp kena plain soup je la.
Tak leh letak tomyam,
sbb pedas sgt tuk dia.



Ariq pun kuat makan jua.
Berlumba ngan Aliah.
Zara je makan slow lagi.
Dan sangat memilih.
Nak suh cuba benda baru tu
ya ampun sgt menguji kesabaran.
Dah darjah 2 ayam pun taknak makan okay.



Habis makan kami jejalan kat dlm Alamanda.
Pastu singgah masuk big aeon,
nak beli cereal n sabun basuh baju.



Tapi tau la nak beli 2 barang,
jadi beli 20 barang :)
Nasib baik "banker" ok hehehe

Sblm ni dah bgtau kat 2 entry sblm,
ai tgh tunggu masa
nak periodkan.
Ramadhan pertama waktu tenghari
period pun muncul.
Confirmla tuk seminggu ni ai tak puasa,
sekian :(

Aliah plak puasa smlm sekerat hari je,
tghari dah cakap lapar.
Lagi pun perut dia meragam
masa sahur.
Kata sakit perut,
subuh cirit birit.
So bagi je la dia berbuka.
Tapi harini dia puasa lagi,
tgk leh tahan sampai kul bape plak :)

Monday, June 6, 2016

Anniversary kat Red Box


Pada hari Khamis lepas adalah hari ulangtahun perkahwinan kami. Alhamdulillah, genap 10 tahun kami bersama. Macam tak percaya pun ada. Pelbagai pahit manis kami tempuhi, naik jatuh terduduk bagai semua ada. Alhamdulillah ikatan kami masih teguh hingga kini. Semoga berterusan hingga ke Jannah. Aamiin. Setiap kali anniversary, kebiasaannya ai memang takde membeli apa-apa present untuk enZaf. Dia pun sama juga takde beli apa pun untuk ai haha. Kami memang dari dulu takde bagi bagi hadiah ni. Cara celebrate kami mesti keluar makan-makan. Itu pun dah memadai bagi ai. Janji kita happy dengan cara kita kan. Hari Khamis tu enZaf ajak pergi karaoke. Tempat selalu kami pergi Redbox The Curve. Dah alang-alang nyanyi kami terus dinner kat sana sekali.



Anak-anak ni bila tahu pergi Redbox memang suka la masing-masing. Selain dorang suka menyanyi, dorang juga suka makanan kat situ. Setakat ni makanannya memang tak menghampakan. Pelbagai pilihan juga ada, berbaloi bagi ai. Aliah awal-awal lagi dah nampak icecream. Benda pertama dia ambil. Siap ambilkan untuk kakak dia sekali.



Nak menyanyi ke nak melantak sebenarnya. Penuh makanan atas meja. Bila perut dah kenyang nak menyanyi pun dah semput haha



Tapi malam tu ai memang tengah lapar pun. Banyak betul makan. Tak toleh kiri kanan dah. Biarla anak-anak dan Daddy yang menyanyi.



Ai melayan seafood. Lepas tu makan bread pudding. Takde pula ambil gambar, yang pasti banyak kali ai repeat makan bread pudding tu.



Perut dah kenyang, hati pun banyak senang. Gambar bawah ni Aliah sedang menyanyi. Fokus sungguh sampai Mummy ambil gambar pun tak perasan.



Ariq mula-mula je malu, belum panas lagi. Lambat sikit warm-upnya haha Tapi bila dah mula menyanyi sampai taknak lepas microphone pula. Bila kita nak ambil microphone tu dia marah haha Paling banyak menyanyi malam tu ialah Zahra. Dia memang suka sangat menyanyi terutamanya lagu Try Everything dari Shakira dan lagi satu lagu-lagu dari Charlie Puth. Perghh bukan main lagi nak lagu Englis semuanya. Lirik hafal pula tu. Entah bila dia hafal pun ai tak tahu huhu Disebabkan Zahra nyanyi lagu-lagu tu, baru la ai kenal siapa penyanyinya. Ai dengar lagu pun masa kat dalam kereta je, mana nak tahu siapa nyanyi. Ai siap google Charlie Puth ni, banyak lagu-lagu yang best dia ada hahaha.

Malam tu ai tak banyak sangat ambil gambar. Lebih pada video. Nak nak part Ariq menyanyi. Tapi tak transfer lagi video. Kemudianlah, itu pun kalau rajin yang nak update entry ni balik :p enZaf tengah menyanyi lagu Ir Radzi tajuk Sempurna Waktu khas untuk ai. Cewah jarang-jarang lakiku ni romantik bagai.



Lama juga kami berkaraoke. Dalamm pukul 1 pagi baru balik. Aliah awal-awal lagi dah tumbang. Dia memang jenis tidur awal. Ariq dan Zahra pula berbeza. Dorang ni kalau tak suruh masuk tidur memang boleh tak tidur-tidur dorang dua tu. Heran tak mengantuk.



Happy 10th Anniversary encik Zafaris!!! Semoga you takkan berasa bosan hidup bersama dengan ai hihihi

Sunday, June 5, 2016

Salam Ramadhan


Yey nak puasa dah.
Harap2 dapat la puasa esok,
bukan ape.
Ikutkan tunggu masa nak period je ni.
Tu la masalah kalau org
jenis period tak regular ni.
Ikut suka dtg ke idak.
Jadi kita ni tunggu tunggu dan tunggu.

InsyaAllah kita sama2
dapat melakukan ibadah puasa dgn sempurna.
Dan diberkati oleh Allah S.W.T.

Maaf dah raya dulu hehehe.
Zaf beli lemang n rendang
kat pasar tani tadi :)



Juadah puasa cam biasa.
Takde masalah sgt la.
Sbb tak bulan puasa pun
tetap kena masak lauk pauk bagai
tuk anak2 dan suami makan.

Ni lauk kegemaran kat umah ni.
Kurma, tomyam & sayur masak lemak.



Ada lagi lauk lain,
tp tak larat la nak snap tiap kali masak.
Penat dah.
Macam kari ayam, ayam masak kicap, ayam sos,
sayur campur masak sos tiram, sup sayur.
Umah ni ayam je la manjang.
Kalau ikan ai masak asam pedas or goreng je.
Ikut ikan apa yg Zaf beli la.
lauk pedas2 ni kurang masak,
kalau rasa teringin nak makan baru buat.

Malam ni dah start tarawikh,
ai tarawikh kat umah je la huhuhu
Malam sket masak plak tuk sahur siap2,
kang bangun panaskan aje.
Kalini Aliah pun join puasa sama
yaaaa... meriah..
kita tgk bape byk hari dia leh puasa hihi
Zara dia suka nak puasa.
Tahun lepas puasa penuh :)
Dah siap request buka puasa nak makan ape haha

Saturday, June 4, 2016

Seharian di Ipoh


Sambungan dari entry laksa telur :) [link]
Lepas je dari makan laksa
kami terus ke Aeon.
Jalan2 pusing aeon
dan layan anak2 main.

Meriah giler bila semua naik bas ni.
Kecoh masing2.



Ntah bape kali round dah dorang ni.
Pun tak puas2 lagi.



MakSu ngan Akid.
Akid cuak sbb takut hihi



Dah rasa macam bawak
rombongan budak2 ke mall.
Nasib ada MakTeh control dorang.



Mari berdoa,
harap2 orang yg pegang baby tu
rasa nak baby lagi haha
Tiup tiup fuhhhh



Ikutkan Ariq sorang je
nak bergambar ngan Captain America.
Skali semua dtg menyibuk.



Ha yang ni dia dapat bergambar sorang.
Suka dia dapat gambar ngan hotwheels.



Pastu budak2 ni sambung lagi main game
yang pakai token2 tu
dalam Jusco.

Selfie ngan Akid plak.
Sblom ni dah selfie ngan Aira.
Kami warna sedondon. :)



Sebelum balik umah Angah,
sempat la singgah Chatime la,
Starbucks la menghilangkan haus.



Balik rehat solat.
Malam keluar balik
dinner dan terus balik kl.

Omar bawak makan kat Johan Classic
apentah nama penuhnya hihi.
Gambar kedai pun tak amik.
Tapi sedap2la lauk situ.



Seronok sekali sekala
berjalan2 pegi umah angah ramai2.
On the way balik kl takde jem
macam nak pegi paginya.
Dalam kul 12malam sampai umah.
Penat tapi seronok :)

Friday, June 3, 2016

For Sale: Baju Kurung Kanak2


Let go baju anak2.
Masih elok,
takde koyak.

3 Tahun



2 Tahun



1 Tahun



**eh hijau lumut polka dot atas tu 2 tahun**




**yang kanan kebaya tu 3 tahun**


Harga RM15 sepasang.
Kalau nak email k.