Thursday, March 12, 2015

The First Day of Class

Last week Zahra dah mula kelas di Eye Level Learning Center, One Utama (OU).



Untuk hari pertama, haruslah enZaf ada bersama. Lepas ambil Zahra di sekolah kami terus ke OU. Dinner and solat maghrib di sana. Kalau balik rumah dulu, agak rushing sebabnya Zahra sekolah petang. Kelas di Eye Level start pukul 8 malam. Kelasnya selama satu jam. Sementara menunggu Zahra selesai, bagilah adik-adiknya bermain.



Huru hara jugalah melayan dua orang ini. Aktif betul ke sana sini, tak tahu duduk diam. Alang-alang tu, minta Aliah ambilkan gambar kami. Mummy daddy pun nak bergambar jugakan hihihi... Ya Allah dua-dua dah mata macam panda. Sebenarnya enZaf baru balik outstation dari JB. Itu yang nampak rabak sangat muka. Oh ya! berat ai dah naik 48kg, sekian terima kasih 😬😟.



Masa nak ambil Zahra, Aliah dan Ariq masuk dalam Eye Level. Mereka dah buat macam rumah sendiri pula. Masuk-masuk saja terus berlari main kat belakang dan ambil stiker apa entah staf situ bagi. Ya ampun anak-anakku.. dorang pun baik layankan aje. Lepas ni nak kena ikat dorang ni, buat malu Mummy je huhuhu...



Zahra dapat backpack. Besar beg dari orangnya haha.. Dalam beg itu, ada banyak homework yang perlu disiapkan 😅.



hari Selasa lepas adalah hari ke dua Zahra di Eye Level. Kelasnya sekali seminggu. Tapi kali ini ai saja yang hantar dia dan pasti ditemani dengan dua orang budak kecil hehehe.. Bawa dorang main toys dalam Parkson. Itu sajalah cara nak memenuhi masa selama sejam.



Bila dah masuk dalam Parkson, mestilah ada nak membelinya. Nak pula masuk bahagian toys. Faham-faham sajalah. Aliah tu jangan di offer, memang laju dia nak itu ini haha.. dalam membeli itu, wajib belikan untuk akak Zahranya juga. Kalau sorang beli kena beli untuk semua jugakan. Ariq pun ada juga 😆



Alhamdulillah, Zahra suka dengan kelas dia ni. Di Eye Level ni mereka diajar one to one dan selepas itu kena buat sendiri. Kena independant gitu. Tiada grouping. Buat masa ini Zahra diajar dengan level 1, kiranya yang senang dulu. Tak silap ada berpuluh level dan setiap level nak capai itu ada kuiz. Bila lulus baru pergi ke level seterusnya. Lagi satu kelas dia tidak semestinya bermula pukul 8, kalau sampai awal boleh saja terus masuk. Janji kelasnya habis dalam satu jam.

Nasib baik sekali seminggu kelas Zahra ni. Kalau tiap-tiap hari dalam OU ni, mahunya ai bankrupt. Macam-macam nak membeli terutamanya Aliah tu hahahaha.. Ariq dia mengikut je. Ada duit okay je nak beli itu inikan 🛍️. Sila tak note enZaf 📝💰🤣 hahaha..

Wednesday, March 11, 2015

Pelayaran Islamik 4.0


Yeyyy harini mak balik.
InsyaAllah malam la kot sampai.
Kalau ikutkan jadual tghari sampai Penang.

Mak ai ikut Pelayaran Islamik 4.0
dr hari ahad lepas sampai rabu ni.
Pelayaran ke Penang - Phuket - Krabi.
Syok oiiii
Gambar2 semua dr Mak Teh.

Mak pegi ngan Mak Teh dan kawan2nya.
Ni first time dlm hidup mak
keluar tanpa abah ok.
Kira abah pun first time kena tinggal hehe



Pandai Mak & Mak Teh wefie dlm bas.



Dari KL ke Penang dorang naik bas.
Pukul 6.30pg berkumpul kat KL Central.
Ai is tak hantar la,
tunggu adik ai wasap gambar je.
Sobsobsob sedih tetiba tau.

Kat Penang baru naik cruise.



Argghh bestnya makkkkk
kalau la bole ikut.
Memang ikut sama dah ;)



Bilik tido dorang
sepanjang pelayaran.



Nampak selesa and ok la not bad.



Menanti sesi taklimat.



Mak mak makkk misshhh youu..



Antara penceramah yg terlibat bersama pasangan masing2.
Ada Prof Dr Muhaya, Ustaz Asyraf, Ustaz Haslin.
Lagi 2 orang tu ai tak tau nama hihi



Bersantai tgk sunset.



Indahnya ciptaan Allah.



Minum petang kot ke dinner skali tak sure.



Ape lagi startla program dorang.
Solat berjemaah setiap waktu,
Qiyamulail ada kuliah ceramah bagai.
Seronokkan solat dgn berlangitkan bintang2



Oh yer aktiviti lain pun ada,
kelas memasak, kelas menghias buah,
pastu ape lagi,
jalan2 kat Phuket Krabi.
Tak silap bulan 5 ada lagi wat cruise ni.
Dgn Ustaz Kazim Elias plak.
ke mana tak sure. ;)

Tuesday, March 10, 2015

Berpindah ke Tempat Baru


Akhirnyaaaa
setelah sekian lama mmg sangat lama
Zaf pasang dah magnet board ikea ni.
Dari bulan 11 2014 okey ai beli,
bulan 3 tahun 2015 tergantung sudah,
kat dinding hahahaha

Terima kasih enZaf
berjaya menghentikan bebelan ai
sepanjang 3bulan lebih :p
Bukti beli masa bulan 11 ni entrynya haha [link]



Tak tau nak gantung mana,
asal ai suggest mana,
semua dia bangkang.
Tak sesuai bagai la ape la.

Last2 gantung gak tempat ai pilih.
Kat dlm dapur.
Depan fridge je pun.

Fridge magnet semua ni,
akan di pindahkan ke tempat baru.



Tadaaaaa..
Zaf cakap penuh dah.
Itu pun tak semua magnet letak,
ada yg dah pecah :((



Pasni nak letak kat FB,
nak tag kat kekawan yg bagi FM ni
tanda menghargai mereka.
Eh dah tak bole panggil FM dah kan.
Sbb dah tak letak kat fridge.
Nak panggil ape ni.
Board magnet?!! ;)

p/s: tgk balik fridge takde fm,
nampak togel je
tak cantik la plak.

Monday, March 9, 2015

The Spongebob Movie


Jumaat lepas Zaf balik keje awal.
Ajak dia amik Zara kat sekolah sama.
Dah amik Zara nak makan roti canai.
Bawak makan kat d'Naina.

Tgh2 makan Zaf ajak gi tgk wayang.
Tgk cerita spongebob sbb Zara
pernah sebut nak tgk citer tu.
Check kat Giza dah takde citer tu,
yg ada kat Tropicana Mall
masih ada pukul 9.20malam.

Hari Jumaat kebiasaannya mmg jem,
jd Zaf terus bawak ke sana
pakai pun selekeh je.
Sabar je la.



Ariq nampak robot ni
Mummy!! Mummy!! robotttt
peaceee dia cakap haha
maksudnya suh amik gambar la tu.



Semangat nak bergambar slom masuk hall.



Nasib hall pun tak bape sejuk.



Setengah jalan movie,
Aliah tido.
Pukul 10mlm mmg dah time tido dia.
Masa tgk movie tu pun,
dia dah lemau hihihi

2 orang lagi,
sangat cergas
walaupun dah dekat kul 12pagi.



Anak2 enjoy the movie.
Nak2 Zara.
Ariq pun okay dia,
xnampak dia boring ke apa.
Aliah jgn tanya sbb tido haha

Friday, March 6, 2015

My First Pandora!


Baru berjinak dgn dunia Pandora.
Akhirnya enZaf setuju belikan.
Ofkos la kita hati berbunga girang
tak terkata hahaha

Sampai kat Pandora mmg excited habis.
Pastu lama2 jd blur,
sbb byk sgt charms,
xtau nak pilih ape.

Ai nak yg bracelets valentines ada love tu
tp takde stok dah huhuhu.
So pilih la yg classic punya.
Paling kecik size 16
ai pakai 17..
hihi baru belajar ada size2 bagai.

Seyes okay sangat blur tak tau
nak pilih ape.
Nasib SA tu baik,
layankan ai yg blur itu.
Tanya minat warna ape.
Suggestkan apa.
Kalau bole macam2 ai nak.
Org kata nak completekan habis.
Memandangkan first time,
beli la sket je.
Tu pun enZaf dah terkejut ngan harganya hahaha
Terus dia kata setahun puasa Pandora :p

Apa pun terima kasih Yang!



Wishlist dah tercapai.



Beli 2 clips.
PAVÉ HEART CLIP



MOON AND STARS SILVER CLIP WITH CUBIC ZIRCONIA



Dan satu charm.
PINK FACETED GLASS CHARM



Baru jugak belajar
charms, clips, spacer bla bla bla.
Target pasni nak beli safety chains & pendants.
Yang ni pakai duit sendiri je la.