Kawan baik tu yg bernama Has.
Katanya ada extra tshirt nak bg.

Sgt suka okeh,
bole yati pakai tuk jogging.
Lagi satu bagi phone pouch.

Dan paling terharu,
pouch ni kait sendiri okeh.
Susah payah plak buatkan.
Cantik sgt,
warna sgt menarik.
Aliah berebut nak jugak huhuhu
Ni kira hadiah dari kawan,
thanks Has.
Moga murah rezeki
dan persahabatan kita kekal selama2nya.
Raya haji tahun ni memang ala kadar sesangat.
Pakai je apa yg ada.
Seperti biasa tiap kali raya
mmg tugas kita la mak mak ni uruskan anak.
Berpeluh2 siapkan dorang ni,
bila time kita nak bersiap dah penat hahaha..
walaupun susah nak dikejutkan,
nasib mood 3-3 org ni baik.
Dah siap2, alas perut sket
pastu sesi amik gambar.
Ha part ni pun seksa.
Nak bagi semua pandang kamera
ada la dekat berpuluh2 kali snap.
Tau la masing2 bukan reti dok diam.
Dah puas bergambar baru gerak ke umah mak pak ai.
Menu raya kali ni lontong.
Xtau dah bape round ai makan.
Giler banyak.
Lepak umah mak sampai petang.
Malam baru beraya kat umah inlaws plak.
Sana masak rendang ayam daging lemang bagai.
Start harini menu kita daging je.
Jgn sembelit sudah hahaha..



*image googled.
Selamat Hari Raya Aidiladha kawan2.
Seperti biasa kami beraya
kat Sg Buloh dan Taman Tun.
Jauh kg tau,
masuk highway jugak NKVE and Pechala Link.
Kalau nak lalu la hihi
Raya kalini kami ala kadar je.
Pakai baju yg ada.
Anak2 pun sama gak.
Belinya pakai sekali 2 je,
nak beli baru cam membazir plak.
Tahun ni tak amik bahagian,
jadi takde nak nyibuk
tgk tempat penyelembihan lembu kambing.
Sekolah Zara cuti dr Isnin sampai esok,
Khamis baru naik.
Kemain lagi skolah dia beraya hihi
Skang pukul 2:21 pagi.
Time2 camni adalah time ai
mengisi perut yg kosong.
Bancuh milo dan cicah ngan biskut kering.

Hari2 macam ni okey.
Perut tu asal kul 2 pagi je,
mula la berbunyi krok krek krok krek.
Kuat plak tu bunyinya.
Bila dah lapar ai mmg xleh tido.
Skang ni tgh makan sambil
tgk boxing ngan enZaf.
Dia pun tido lambat,
sbb nak siapkan sebut harga.
Ngilu2 tgk sukan bertumbuk2 ni.
Seyes tak paham
motip main sukan menyerah diri tuk ditumbuk haha

*pic googled.
p/s: pada yg berpuasa hari Arafah,
selamat menunaikan ibadah puasa :)