Saturday, May 19, 2018

Hari Sukan Sekolah 2018


Tahun ni huru hara sikit tuk ai,
sbb ada baby nak kena bawak :)
Kalini enZaf pegi hantar dulu
Zahra Aliah ke sekolah,
sementara tunggu ai, Ariq and Qaireen bersiap.

Alahai Zahra..
tak nampak baju dia sbb tudung tu.
Baju dia, cikgu bagi pinjam.
Punya la besar.. dia bg baju
org besar pakai ke apa.
Sbb ai pun bole pakai huhu
Suh dia pakai baju lain taknak,
nak jugak baju yg cikgu bagi.
Gasak la.



Zahra kena pegi awal
tuk preparation pembukaan sukan.
Dia masuk pancaragam sekolah
main melodian okay.
Sama macam ai kat sekolah rendah.
Ngikut mummy.

Sampai2 sekolah laju2 ai ke padang.
Elok sampai je Qaireen mengamuk.
Satu mungkin panas.
Cuaca pagi tu alhamdulillah elok tp
tue la agak panas.
Kedua mungkin bising.
Ai dpt snap gambar dari jauh. je,
xdan nak pegi dekat.
Terus lepak kat kantin sekolah.
Huhuhu sedih tak dpt tgk Zahra perform.



Suruh enZaf je amikkan gambar dan video.
Lupa suh dia transfer nak masuk dlm blog.
Dia dah habis perform,
menjerit ai dari jauh nak amikk gambar dia haha
Sambil dukung Qaireen.
Tak senonoh langsung.



Masa perbarisan pun tak dpt tengok,
budak2 ni lalu..
ai pun amik je la gambar yg ada.

Ni maskot rumah kuning (Tuah).
Spongebob.



Ni anak2 dari pra-sekolah.
Comel sangat ber"batman".



Maskot rumah biru (Kasturi).



Comel la dressnya.
Ngan riben besar kat kepala tu.



Rumah hijau (Lekir).
Ape ek nama katak tu.
Lupa plak.



Rumah merah (Jebat).
Maskot Mickey Mouse.



Lepas tu nampak Aliah ngan kekawan dia.
Nak pegi dataran.



Tahun 1,2 & 3 main game kat sana.
Yang besar2 kat padang lari2.
Zahra tak masuk satu apa pun acara.

Amik gambar Aliah lagi sblm turn nak main.
Seronok betul dia ngan kawan2.



Haru tgk cikgu2 yg handle murid2
masuk game ni.
Dorang ni bukan boleh duduk diam setempat.
Berlari sana sini,
bila cikgu panggil dah takde..
jenuh mencari hehehe
bertabahla jadi cikgu ni kan.

Zahra plak dia dah habis persembahan,
terus gi mana2 ntah ngan kawan2 dia.
Ai pun tak bole nak tgk sangat.
Badan kaki terikat ngan Qaireen.
Mengharapkan Daddy dia je la gi tgk.



Yang amik gambar ngan video pun enZaf,
pasrah je la kalau gambar tu
tak meet spesifikasi ai :p

Ni Aliah first game.
Dpt no 1 tuk acara baling pundi kacang
dalam bakul.
Bravo!!



Pastu game ke-2 dia
lari dalam guni.
Dapat no 2..
tahniah jua anakku.



Yang pasti menang ke kalah,
semua dapat medal.
Baguskan..takde la anak2 ni sedih.
No. 1-4 semua dapat senang.

Ni je gambar yg ada dan sempat ai & Aliah.
Tak larat nak posing byk kali.
Matahari pun dah tegak,
berpeluh2 lagi.
Qiareen bole sedap tido dlm peluh.



Anak2 ni dah gelap kulit.
2 minggu berturut praktis sukan.
Ha legam sungguh.
Nasib baik dorang tak demam.
Tu yang pentingkan.

Video Aliah masuk acara
baling pundi kacang dalam bakul.




Video lari dalam guni



Thursday, May 17, 2018

Lunch Date Before Ramadhan

Lama rasanya tak dating dengan Tee B. Kali terakhir kami berjumpa masa ai tengah berpantang. Tee B datang melawat baby Qaireen. Sebelum ai bersalin pun memang dah lama sangat tak jumpa sejak tahun lepas bulan 12. Akhirnya, dapat juga kami berjumpa sebelum bulan puasa. Masing-masing bersetuju berjumpa di Kenny Rogers, The Curve.



Selesai makan kami berjalan ke dalam Ikea pula. Ai nak mencari hadiah untuk cikgu kelas Ariq sempena Hari Guru. Masuk saja Ikea terus nak bergambar hahaha.. pantangkan nampak tempat cantik, laju tangan ini nak ambil gambar. Thank you akak Zahra ambilkan gambar kami.



Konon, buat-buat macam rumah sendiri. Lepas ambil gambar, sajalah send kat enZaf melalui Whatsapp. Manalah tahu kan tiba-tiba dia kata jom beli barang perabot. Tak ke nama rezeki tu :) Oh ya! tahun ini ada akak Zahra bersama bila pergi dating dengan kawan. Aliah sorang saja yang tiada sebab dia sekolah sesi petang.



Sekarang ini, setiap kali anak-anak pegang handphone ai, dorang dah pandai cari album gambar dalam phone nak tengok Mummynya ada pergi mana bila dorang kat sekolah. Lepas tu mulalah keluar pelbagai soalan, Mummy pergi mana, dengan siapa, makan apa dan beli apa. Amboi bukan main spotcheck dari A sampai Z hahahaha.. Mummy dia pun tak pernah spotcheck handphone Daddy dorang. Lagi pun tak ada rasa nak tengok handphone dia ada apa, kita letak sepenuh kepercayaan gitu hehehe..

Okay berbalik di Ikea semula :p Tak cukup dengan satu gambar bersama Tee B, ai minta akak Zahra ambilkan gambar kami lagi. Masa akak Zahra nak snap tu, tiba-tiba ada seorang lelaki lalu depan dia dengan selamba je. Mungkin dia tak perasan agaknya. Maka, begitulah hasil rupa kami yang tak ready itu. Jadi lah nak oi, akak Zahra pun lurus, dia snap satu kali je. Nak suruh ambil gambar lagi tak apa lah. Ini pun kira okay je lah hahaha..



Kalau dah masuk Ikea, keluar saja dari kaunter bayaran mesti Ariq minta aiskrim. Mujurlah ada akak Zahra nak tolong belikan. Itu pun sebab dia pun nak aiskrim juga hahaha... Mummy pun bagi lah upah sebab dorang ini tak cerewet teman Mummy jumpa dengan kawan.



Kami balik sebelum pukul 6 setengah petang, risau Aliah sampai rumah dahulu sebelum kami. Rumah tak ada orang, kunci rumah pun tak ada. Tak pasal menunggu luar pula. Qaireen sekarang dah penuh duduk dalam carseat. Sebelum ini banyak ruang sebab kurus, sekarang dah sendat hihihi.. Rambut tu pun bila entah nak lebat hahaha..



Lagi 4 hari, Qaireen berusia 3 bulan. Tak lama lagi kita pun nak sambut Ramadhan. Mencabar juga la berpuasa bila fully breastfeed. Qaireen pun agak kuat menyusu, harap-harap bulan puasa ini ai dapat puasa penuh. Selain dari menahan lapar dan dahaga, mental pun kena kuat juga. Chayok Yati!!! u can do it! :)

Wednesday, May 16, 2018

Hadiah untuk Hari Guru


Jarang ai nak planned awal-awal untuk beli hadiah setiap kali sambutan Hari Guru. Selalu bila esoknya ada sambutan di sekolah anak barulah ai terhegeh-hegeh nak mencari barang. Walaupun ianya dikatakan last minutes tapi ai suka hahaha.. ni cari pasal namanyakan. Dah lah lambat lepas tu ada hati pula nak suruh anak buat macam-macam. Jadi tibalah masanya untuk mencari barang-barang hiasan untuk anak-anak buat DIY (do-it-yourself). Kebetulan semalam keluar dengan Tee B di Curve, alang-alang di sana lajak terus ke Ikea. Masuk Ikea ini pun masih tak fikir lagi nak buat apa. Bila tiba bahagian frames terus laju ambil tapi itu pun masih tak tahu lagi nak buat apa dengan frames hihihi.. Main beli saja. Sampai di rumah ai mencari bahan apa yang boleh di gunapakai untuk anak-anak ini buat.



Gambar di atas itu hanya frames saja lah yang dibeli. Bahan-bahan lain itu semua dah ada di rumah. Alhamdulillah..dapat berjimat di situ :p Di awal Zahra dan Aliah buat ai terlupa nak ambil gambar, dah penat nak explained kat anak-anak apa yang nak di buat hahaha.. Bagi idea sikit-sikit kat anak-anak, yang lain kita serahkan pada mereka nak buat macamana. Dah hujung-hujung nak siap hadiah itu barulah ai teringat nak ambil gambar :)



Gigih anak dara sulong ai ini. Waktu ini dah pukul 11 malam. Dah lari dari waktu tidurnya. Mata pun dah merah-merah menahan mengantuk. Ai suruh dia masuk tidur kemudian Mummy sambung buatkan dia tak nak pula. Katanya nak siapkan semuanya. Gambar di bawah adalah hasil dari air tangannya. Aliah punya pun ada tapi dia dah masuk tidur. Ai ada bantu sedikit part bunga itu pun tolong ikatkan saja. Part tulis, tampal dan pasang frames semua itu dia yang buat sendiri.



Ai snap satu contoh sajalah yang anak-anak ini buat, sebelah kiri Zahra dan yang kanan dari Aliah. Tulisan nak sama je. Bayangkan hampir sepuluh frames nak disiapkan, Mummy yang pitam tengok hahaha... Sebenarnya ai jarang nak belikan hadiah yang fancy ataupun jenis dah siap seketul tinggal wrap atau masukkan dalam paper bag untuk cikgu-cikgu ini. Lebih suka anak-anak buat DIY macam ini. Macam art & craft gitu kan. Bukan apa bagi ai cara ini dapat didik anak nak buat sesuatu itu mestilah dari usaha sendiri dengan bersungguh-sungguh dan paling penting buat itu ikhlas dari diri kita. Semoga bila buat macam ini dia lebih menghargai dan dapat melihat dan menilai sesuatu benda itu bukan dari segi nilai wang semata. Wah!! Mummy bukan main buat ayat tu hahaha..

Tapikan masa anak-anak tengah buat hadiah ini, Qaireen mengamuk. Tak tahu kenapa dan apa silapnya. Bila bad mood tu mestilah dia nak berdukung. Bagi susu pun dah sampai muntah susu huhuhu.. Ai tolong anak-anak ikat bunga tu pun sambil menyusukan dia. Terpaksa buat sambil breastfeeding, kalau nak menunggu dia habis minum entah bila nak siap nanti. Nampak dia dah okay ai letakkan dia atas bouncer sekejap.



Laju-laju kemas rumah. Masa ini pun semua dah masuk tidur. Kejap lagi enZaf pun balik outstation dari Johor. Kalau tak kemas nanti terkejut pula dia tengok rumah bersepah sangat. Oh ya esok dah bulan Ramadhan. Kesempatan ini ai ucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat semua. Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan diberkati pada bulan yang mulia ini.

Tuesday, May 15, 2018

Nasi Vanggey at Taman Tun Dr Ismail


Wah baru buat entry
selepas pilihanraya.
Tahniah buat semua rakyat Malaysia.
Kita sekarang adalah Malaysia Baru.
Macam satu semangat baru tetibakan.
Sungguh tak sangka suara rakyat bersatu.
Eh citer pasal politik plak.

Okay ape pun
kehidupan tetap diteruskann seperti biasa.
Semoga kita hidup dengan aman dan tenang
di bumi Malaysia Baru.

Ni cerita hari Sabtu,
lepas amik Zahra tuisyen,
Zaf ajak makan nasi vanggey.
Baru ku tahu rupanya ada kat TTDI ni.
Sebaris ngan Dotty's.



Tak payah pegi Ipoh dah.
Kalau terasa nak makan,
terus ke sini je la.

Macam lama tak amik gambar 3 beradik ni,
Qaireen je blom join lagi.
Tunggu dia dah duduk makan,
senang sket nak bergambar.



Ini makananku, penuh satu pinggan.
Sentiasa kelaparan.
Moga puasa ni kuat la perut menahan lapar huhu



Tengah makan, tetiba hujan sgt lebat.
Ribut, kuat angin sampai tempias
hujan masuk dlm restoran.
Sampaikan kena tutup kedai la..
kalau tak habis basah.
Agak lama jua kami duk dlm
sampai hujan reda.
Nasib baik kedai baru
dan orang pun tak ramai.
Selesa la kat dlm walaupun lama :)

Hujan dah renyai sket,
terus keluar.
Kami ke OU.
Jalan2 cuci mata je.



Aliah tu tak habis2 bagi hint
kat Daddy dia nak bag smiggle.
Tp Daddynya buat tak layan hehe
kesian la dia.
Sabar ye nak..
bukan Daddy taknak beli.
Dia saja je bg anak2 ni bukan
senang2 nak dpt apa yg nak.

Saturday, May 12, 2018

Lunch at KyoChon


Dapat call dari Abah,
dia kat OU & ajak lunch
kalau free.

Orang dah ajak makan,
harusla laju je bersiap hehe

Makan kat KyoChon,
lama kot ai tak makan kat sini.



Adik2 ai Yusreena & Nani pun ada.
Suka la anak2 kalau makcik dorang ni ada
sebab rajin melayan.

Kesayanganku bersama cucu mereka
yang ke-6.



Snap makanan yang sampai dulu.



Salad ni feveret mak.
Dia sorang je bole habiskan
sekali hadap.
Bowl besar tp dlm gambar ni nampak
cam biasa.



Gambar ayam lain tak snap,
Qaireen tengah menyusu.
Kusyuk masing2 makan hehe



Lepas makan jalan2.
Masuk kedai buku, lupa nama apa.
Ariq suh amik gambar bg kat Daddy,
liverpool dia. :)



Aliah pun suh amik gambar,
suh ai whatsapp kat Daddy
dia nak bag Smiggle tu.
Tau dah dia suka sbb merelip2 bagnya.



Aliah memang bab nak barang,
mmg laju cakap nak apa.
Beza ngan akak Zahra dia,
jarang2 sgt mintak melainkan
kita yg tanya.
Ha perangai tu dia mmg ikut ai sgt.
Ai pun bukan jenis mintak2 ni hihi

Masuk H&M plak,
ni keje maktehnya.
Tetiba nampak kurus plak Ariq.



Dah puas pusing2,
gi beli cinabon bawak balik.
Lama tak makan jua menda2 manis ni.
Rasanya berat ai pun dah naik.
Malas nak timbang,
kegembiraan hanya sementara masa pantang tu haha