Friday, June 17, 2016

SYNC: School Messaging App


Semalam Zara bagi flyer ni
dari sekolah dia.
Ada application baru utk di"install" dlm phone.
SYNC: School Messaging App.

Ai bg info sikit la ape tu SYNC ni.
Yang selebihnya gi websitenya[link]

Sync ialah satu platform komunikasi pintar
yang direka khas untuk komuniti sekolah.
Pihak pentadbir sekolah boleh menghantar informasi penting
dalam pelbagai bentuk secara terus pada bila2 masa.
Contohnya: pengumuman, jemputan aktiviti sekolah,
Jadual waktu dsbnya.




Ada 3 steps mudah nak install Sync ni.
Bukak App Store atau Play Store.
Search "sync school messaging"
then install
Selesai install click app Sync tu
pastu follow je instruction dalam tu.
Sekejap je.



Ni la rupa Sync.
Kapal terbang kertas :)



Ai bukak blom ada ape2 info dari sekolah Zara hihi
Ha gitu la skang canggih
semua hujung jari,
pasni takde la surat2 print bagai.
Ingatkan nak kurang2kan ngadap phone.
Nampak gaya phone ni kena lekat je la kat badan huhu

Tuesday, June 14, 2016

Kerja Sampingan


Orang dah puasa seminggu lebih
kita baru nak start puasa huhu
Tapikan walaupun tak puasa,
sama je mcm orang puasa.
Sahur tetap kena bangun
masak dan hidangkan org nak sahur.

Siang pun nak makan tak lalu,
nanti Zara Aliah yg puasa tgk,
tak sedap la plakkan.
Jadi kita minum air je hehehe
Dgn harapan raya kurus :p

Bulan puasa ni takde citer sgt nak citer.
Ada citer pun makan,
malas nak upload time2 puasa ni.

Jadi kita citer menda lain je la.
Sejak 3-4 bulan yang lepas.
Tak sure sgt exact month tu.
Ai ada tolong kawan buat QC tuk produk bisnesnya.
Sebenarnya mmg niat tolong,
tapi kawan tu nak gak bayar upah katanya.
Kira ai buat part time job la kan hihi

Tolong dia wat qc tuk shawl2 nya.
Ni masa sblm bulan puasa.
Banyak gak la nak qc tudung tu.
Qc dan packing skali.



Sebelum shawl tu,
ai ada wat qc tuk baju kurung dia.
Cantik okay design n material.
Bahaya gak wat qc ni
sbb tak pasal2 membeli hahaha

Ada la 3-4 kali dah wat keje ni.
Dapat duit poket sikit yeyyyy ahahaha

Baru2 ni Sabtu lepas,
kawan ai mintak tolong lagi.
Ada sikit shawl nak kena qc.



Ai pun takde la hadap buat ni semata.
Selalu buat qc ni time siang,
lepas zuhur sampai asar tu
je ada masa luang.
Lepas Asar dah sibuk nak masak
sampai la malam uruskan anak2.
Sama la gak ngan bulan puasa.
Letih sikit sbb kena bangun sahur.
waktu lain sama macam hari2 biasa.

Sapa yg ada wat keje mcm ni,
pass la ai is suka.
Tak dapat shopping,
leh cuci mata gitu :)

Friday, June 10, 2016

Amped Trampoline Park, The Club Bukit Utama


Cerita 2-3 minggu lepas.
Kami gi birthday party anak kawan Zaf.
Tapi sblm tu singgah Hamley's kat OU,
beli birthday present.



Macam biasa la
3 kenit ni pun
paw Daddy dorang.



Birthdaynya wat dalam The Club, Bukit Utama.
Dekat Amped Trampoline Park.
First time datang tempat trampoline ni.
Sebelum ni masuk The Club pegi kat
swimming pool je.

Sampai2 je,
dorang main dulu trampoline ni.
Anak2 and Zaf masuk,
ai tgk dari luar je.



Zara Aliah amik gambar ngan Fatin,
lama dorang tak jumpa.
Seronok bila dapat jumpa balik.



Birthday ni abang Fatin, Faheem.
Tapi takde pun bergambar ngan birthday boy.
Sibuk main ngan kawan2 hihi

Yang baju kuning tu
kemain okay masuk dalam
tak kisah langsung mummy daddy.
Dia wat hal sendiri je.
Nak main ape pegi mana.



Lama sket baru ai masuk dlm
join ngan dorang2 ni.



Kemain eksyen ko yer.
Suh benti amik gambar pun susah.
Melompat sana sini.



Aliah lompat2 ni suka la.
Dia kan tak reti dok diam.



Zara pun seronok gak.
Nak terjun dalam blocks tu.



Mula2 main je Zara pening cam nak muntah.
hihi nasib baik tak muntah dia dlm tu.
Dah masuk2 je lompat macam ape.
Mana tak terkejut badan tu.

Nak slide pun ada.
Tapi sorang pun tak main.
Sbb kena panjat nak naik tu
macam susah je pakai talikan.
Kalau tangga laju dah kat atas tu.



Jangan kata budak je main,
mak budak pun sama naik jugak okay.
Nampak tak senonoh di situ,
gigih gak nak try.
Tapi ai berjaya naik sampai atas okey hihi
Seriously kaki sakit pijak batu2 kaler tu.



Ada video enZaf amik ai panjat,
dgr suara Zara jerit
suh Mummy turun.
Risau maknya jatuh.
Daddy kata jatuh tak sakit.
Sbb ada blocks banyak kat bawah tu.

Sejam lebih dorang main kat trampoline.
Habis main baru start
blow candle and makan2.



Yang dorang ni makan sikit je,
ngan harapan nak sambung lompat lagi.
Tapi dah tak leh masuk balik.
Habis time.
Kalau nak main lagi kena la bayar sendiri.

Tak bergambar pun ngan birthday boy.
Happy 11th birthday Faheem.
Moga jadi anak yg cemerlang dunia akhirat.

Lepas dari Amped,
singgah mamak kat area umah.
Sempat dpt tgk sikit Thomas Cup final.
Tahniah la Denmark
juara thomas cup.



Oh yer
sesapa yang nak try melompat2
kat Amped ni,
leh la tgk kat websitenya [link]
Bukan club membership pun bole main jugak.

Thursday, June 9, 2016

Pagi Malam Dengan Kawan


Tak habis2 lagi citer sblm puasa.
Dan ingatkan dah habis
date ngan kawan2.
Rupanya ada lagi hihi

Ni breakfast ngan Anis hari Sabtu lepas.



Katanya nak makan roti canai melayu buat.
Seyes ai tak tau mana.
Jadi kami try je redah
kat restoran sayang salmah seksyen 4.
Situ ada org melayu wat roti canai.



Rasa biasa2 je.
Bole la makan.
Anis kata lagi misi tuk dia
naik berat 2 kg.
Choiii.. orang nak turun berat ada la.
Dia nak menambah berat pftttt

Bawak anak bujang je breakfast.
Akak2 dia tido
sekali ngan Daddy dorang la hehehe
Thanks Anis belanja breakfast.



Malam plak dinner ngan kawan Zaf.
Kami decide makan kat uptown.
Jauh couple ni datang dari Kota Bharu :)



Byk melantak malam tu,
macam la puasa tak leh makankan.



Wednesday, June 8, 2016

Last Date before Ramadhan


Yezza dpt lagi
keluar makan ngan kawan2 sblm puasa.
Plan je keluar tapi
tak decide nak makan kat mana.
Ai amik Nani kat rumah dia.
Dari situ baru pikir makan apa.
So call Tee dan decide
gi The Curve.
sampai The Curve pun tak tau nak mkn apa gak.
Last2 Aliah yg pilih.
Dia nak makan Kenny Rogers hehe

Makan borak makan borak.
Seronok bila tak ramai orang.
Kalau kecoh pun takde la rasa kacau sesapakan.

Ni gambar Zara amikkan,
nampak ai n Aliah je yg ready :p



Yang ni staff KR amikkan.
Baru semua pandang camera :)



Tee tak dpt lepak lama lagi,
lepas makan terus dia kena
gi jumpa client.

Ai & Nani jalan2 dlm Curve,
kat centre court tu,
ada Hamley's jual toys.
Seronok la budak2 ni nak kat sana.



Sblm makan tadi pun dah lalu situ,
Aliah Ariq dah cakap byk kali,
nak ke sini balik lepas makan.
So tunaikan la hajat dorang tu.

Dah pesan awal2,
main je bole,
beli toy tak bole.



Lama Ariq main kat hotwheels track ni.
Dia kalau keluar rumah
mmg bawak car dia.
So senang la main kereta sendiri.



Baik je Adraa ni,
behave.
Susah nak dgr suara dia.
InsyaAllah raya ni dia dah leh jalan,
seronok la nanti keluar.
Dah dapat kaki :)



Thank Nani,
makan KR tadi dia bayar lebih.
Moga murah rezeki.