Thursday, April 30, 2015

Minggu 4: Kecilkan Peha


Wah pejam celik dah 4 minggu.
Kekadang rasa lamanya.
kekadang cepat plak.
Lamanya sbb lambat betul nak kempis hahaha

Tak sangka Minggu ke-Empat ni,
ada membuahkan hasil sedikit.
Ya sedikit tp takpe,
sedikit lagi baik dari
takde langsungkan.
Ayat sedapkan hati gitu hehehe



So total kalori yg dibuang pada
ke-empat2 minggu ni
adalah sebanyak 4,599
Kagum kat diri sendiri ok.

Untuk umur 35 tahun ni,
ko gigih joging. :p
Kalau la dapat bakar kalori
7,700 konpem turun dah 1 kg.
Iyer nak 1kg = 7,700kalori.
Terbeliak biji mata tgk nombor tu.
Giler byk okay.
Patutla seksa nak turunkan berat.
Tapi nak naik berat.
Ko tak yah paksa rela.
Memang dia naik dgn gembira hihih

Okay bila dah ada peningkatan.
Lagila semangat nak teruskan usaha.
Skang pun bila makan.
Lebih berhati2.
Takde mcm sblom ni,
Sumbat je semua.
Makan tu tetap makan semua.
Takde la terus tahan eh tu takleh makan.
Tapi dlm kuantiti yg sedikit.

Yey esok start cuti panjang.
Pada sesapa yg gi holiday,
have fun!
Yang tak ke mana2 pun tak pe,
yg penting bersama ngan family pun
dah cukup seronokkan.

Cuti2 Luar Malaysia


Yey esok cuti panjang.
Start hari Jumaat sampai Isnin.
Ikutkan kami takde la plan
nak ke mana2 pun.
Memandangkan enZaf byk giler keje.
Lepas cuti hari Selasa,
dia ada 2 tender nak kena submit.

Tapi tetiba kawan Zaf ajak gi jalan.
Part paling best,
bercuti ada org belanja.
Free gitu.
Ape lagi rezeki jgn ditolakkan.

InsyaAllah flight kami Jumaat petang.
Ini la destinasi kami nanti.
Ticket pun baru beli.
Nama pun last minutes :)


pic cantik ni credit to murjantours.com

Untuk Zaf dia tak heran
sbb dah byk kali pegi.
Tapi tuk ai adalah first time.
Harusla teruja.
Gi negara jiran je.

Ni satu apa tak packing lagi.

Tuesday, April 28, 2015

Rutin Hari Selasa


Selain daripada rutin biasa
hantar amik Zara Aliah kat sekolah.
Hari Selasa keje lebih masa.
hehehe keje gitu.
Selalu keje habis kul 7malam.
Tapi Hari Selasa,
Habis kul 9.30malam.

Zara ada kelas kat Eye Level.
Penat okey,
kalau tinggalkan Aliah Ariq
kurang la sketkan.
Tapi kena bawak dorang dua ni
hahah paham je la.

Melainkan hantar Zaf ada skali.
Ha tang tu rileks sket.
Dan makan pun takde la huru hara sgt.
Ni gambar minggu lepas.
Makan kat Kluang Station je.



Pas makan hantar Zara,
pastu pusing2 OU ni.
Kekadang sampai taktau nak buat apa,
takkan nak shopping je manjang.
Nak balik umah memang tak berbaloi.
Tunggu je la sampai Zara habis kelas.

Aliah ni kalau gi mana,
ada je nak itu ini.
Nasib ada Zaf mmg bole la
tak layan ngan perangai dia.
Tapi kalau ai sorang ngan budak2 ni,
layan je apa nak,
sbb malas nak pening.
Kang pening diri sendiri yg stress :)



Pusing2 satu jam,
amik Zara.
Alhamdulillah ada peningkatan.
Baru2 ni dia ada test
semua betul.
Lupa plak nak amik gambar paper dia tu.



Moga rajin2 la belajar ye nak.

Monday, April 27, 2015

Dating with Avengers


Sepatutnya Sabtu baru ni,
ai dating berdua je ngan Zaf.
Tapi kalini bawak Ariq.
Dia tak berapa sihat selesema & batuk.
Tinggal kat Sg Buloh kang,
Aira kena jangkit plak nanti.

Sblom show kami makan kat Subway.
Lama okey tak makan sini.



Ainya Chicken Slice.
Suka Subway sbb byk sayur.



Ariq semua makan.
Mummy punya paling byk dia makan.



Ahli baru Avengers,
1 Malaysia :)
Itu je la dia tau,
suh wat 2 jari peace tak reti2 lg.



Feveret karakter dia,
tentulah ironman.
Pastu Hulk & Captain America.
Sian Thor dia tak layan hahaha



Friday, April 24, 2015

NY Steak Shack


Lama tak pegi MidValley.
Tgk ada kedai baru dan
terus masuk dlm tuk lunch.



Ada Burgers.
Tgk gambar semua nampak sedap.
Aliah awal2 dah tunjuk nak apa.



Ada Steaks jugak.



Dapat free ice cream sorang satu.



Ai pilih burger Cheesy Yanky.
Memang sedap.



Zaf amik Southwest Grill.
Sedap jugak.
Nak nak corn tu,
manis moist nyum nyum nyum



Leh tgk websitenya.
Jgn terliur sudah [link]

Nak ootd tp kacau betul Zara ni.
Dia dok cangkung tu
tanda merajuk sbb tak dpt
beli kasut.



Bukan tak nak beli,
tp kasut yg dia nak tu
takde size.
Pastu plak skang kemain anak dara tu,
taknak flat,
nak ada heels okay.
Mummy pun tak pakai heels huhuhuhu
Demanddd

Aliah pun merajuk gak
tak beli kasut.
Bukan taknak beli,
tak best la dia beli kakak dia takde.
Nak beli biar 2-2 pun beli gak.

So belikan dia hair clips baru
dan earing baru.



Dari gi Mid Valley,
kami ke Sierramas,
Zaf ada bola.

Ariq pun sibuk sepak bola kat bawah tu.



Kakak2 dia dok sibuk berlari kat track.
Bila semua dah penat main,
berpeluh cukup bagai.
Dok rehat paling atas skali.
Ariq siap jerit
Daddy Go!! Daddy Go! hihihi



Habis bola,
balik Sg Buloh.
Dinner ngan mak abah dan adik2. :)