Tuesday, July 28, 2020

Bathroom Renovation


Sejak pindah masuk rumah ni, kami takde buat apa-apa renovation selain daripada ruang tamu dan dapur. Dua bahagian ni kami buat sebelum pindah masuk lagi sejak 14 tahun yang lepas.. fuh lama dah rupanya hehehe. Itu pun bukan ada pecah apa, hanya pasang lantai kayu dan buat kitchen cabinet. Kalini berbeza sikit sebab buat fully renovation untuk bilik mandi. Walaupun hanya bilik mandi yang kecil ai tetap nak simpan dalam blog sebagai kenangan hihihi

Diam tak diam dah 2 minggu rupanya renovate bilik mandi ni. Punya la lama ai tunggu pecah tiles dan buka semua bawa keluar. Semua ni gara-gara menunggu enZaf free. Kalau buat hari-hari dalam seminggu je dah boleh siap hehehe.. takpe la diriku sabar menanti demi sebuah bilik mandi yang cantik :p



Bila pecah tiles ni, berhabuk tu jangan kata. Setiap kali orang tu balik, ai terus lap dan bersihkan habuk dalam bilik. Walaupun tak habis lagi pecah tiles tu tetap bersihkan sebabnya tak tahu lagi bila orang tu nak sambung buat kerja lagi. 4-5 kali bersihkan pun ai sanggup, takkan nak biarkan habuk tu berterbangan satu rumah huhuhu

Gambar bawah ni gambar masa kami nak beli tiles. Sebelum ni datang tengok-tengok dulu, kalini datang terus confirm nak beli. Gembira sebab enZaf approved untuk beli tiles yang bercorak bunga untuk lantai hihihi Beli dekat Super Ceramic Tiles Kota Damansara, dekat dengan rumah senang sikit.



Gambar bawah ni pula baru siang tadi kami pergi beli basin, toilet bowl dan accessories pula. Yang ni jauh sikit membelinya, kami pilih Paramax Kitchen & Bathroom dekat Puchong.



Nampak tak muka happy disitu hehehe.. Terima kasih enZaf! Sekarang ni tunggu je la bila lagi nak sambung buat renovation tu. Nampak gaya macam lepas raya haji la kan :p



Sejak bulan puasa diriku dah tak exercise sampai sekarang menyebabkan berat naik 3 kilo dengan jayanya. Makan pun tak ingat dunia semua bedal. Lepas Maghrib tadi gigih joging balik setelah sekian lama.



2 comments:

Siti Yang Menaip said...

ehehe nanti update gambar dah siap =)

Nurhayati said...

insyaAllah.. tak sabar juga nak tunggu siap. Dah dekat 3 minggu ni.. baru pasang tiles sikit je. bertabahla