Sunday, December 28, 2025

Sudah 29 Tahun

Akhirnya dapat juga berjumpa dengan besties sebelum tahun 2025 melabuhkan tirainya. Punyalah susah nak gather cukup lima orang. Bila sorang ni free, sorang/ dua lagi tak free, begitulah. Nak nak si Anis tu. Susah betul nak dapatkan date. Terpaksalah kami semua ini kena available kan diri untuk tarikh dia hahaha... Geram betul.

Kami jumpa ini pun dekat-dekat saja. Semua sepakat nak pergi The Curve. Nani ajak karaoke di Red Box 🎤🎶. Lama kami semua tak menyanyi bersama. Plan awalnya semua jumpa terus di Red Box tapi Nani tiba-tiba mesej beritahu kereta suaminya rosak di KL. Kena rescue suaminya sekejap hihih.. Sepatutnya kami semua plan jumpa tiada bawa anak-anak. Tetapi disebabkan suami Nani tidak dapat menjadi babysitter, nak settlekan kereta yang rosak itu terpaksalah. Sementara menunggu Nani, ai dan Elin pergi makan dulu sebab perut dah tarik kelaparan haha.. Nowwa dan Anis masih on the way nak ke The Curve.



Sebelum berangkat ke Red Box, ambil satu gambar di Secret Recipe. Makan kat situ saja, tempat lain dah ramai dan penuh huhuhu... Dan makan pun sekadar alas perut. Nanti dalam Red Box order makan lagi. Dalam bilik karaoke, ai tak ada ambil gambar pun. Yang ada rekod video itu pun satu dua saja hahaha.. Gambar yang ada sebelum kami semua nak balik. Balik ke pangkal jalan hahaha.. Thanks Aisha ambilkan gambar mak-mak ni.. eh kecuali Anis dan Nowwa, dorang dua tu single lagi 😆.





Masa dalam bilik karaoke, Nani ambil gambar ai bersama handphone Nowwa. Ada dua orang pakai kaler oren, Nowwa dan Elin. Terus Nani suruh buat proposal kat enZaf. Mana lah tahu dapatkan hahaha.. Apa pun kita Aamiin siap-siap.



Sebelum berjumpa ni, Nowwa ada buat cadangan untuk exchange gift. Jadinya masing-masing kena tukar hadiah mengikut tema warna. Elin warna hijau 💚, Anis warna biru 💙, Nowwa warna putih 🤍, ai warna pink 🩷 dan Nani warna kuning 💛.



Terima kasih besties, sayang korang dunia dan akhirat. Seronok sangat bila dapat berkumpul. Bukan senang nak jumpa semuakan. Walau pun berjauhan uols tetap dihati 🥰. Semoga persahabatan kita yang sudah menjangkau 29 tahun ini berkekalan hingga ke Syurga 🤲. Oh ya! thank you juga untuk enZaf kerana menjaga anak-anak dan menghantar mengambil ai di The Curve ni. Dia tahu wife dia ni malas nak drive 🤭.

No comments: