Sunday, December 28, 2025

Sudah 29 Tahun

Akhirnya dapat juga berjumpa dengan besties sebelum tahun 2025 melabuhkan tirainya. Punyalah susah nak gather cukup lima orang. Bila sorang ni free, sorang/ dua lagi tak free, begitulah. Nak nak si Anis tu. Susah betul nak dapatkan date. Terpaksalah kami semua ini kena available kan diri untuk tarikh dia hahaha... Geram betul.

Kami jumpa ini pun dekat-dekat saja. Semua sepakat nak pergi The Curve. Nani ajak karaoke di Red Box 🎤🎶. Lama kami semua tak menyanyi bersama. Plan awalnya semua jumpa terus di Red Box tapi Nani tiba-tiba mesej beritahu kereta suaminya rosak di KL. Kena rescue suaminya sekejap hihih.. Sepatutnya kami semua plan jumpa tiada bawa anak-anak. Tetapi disebabkan suami Nani tidak dapat menjadi babysitter, nak settlekan kereta yang rosak itu terpaksalah. Sementara menunggu Nani, ai dan Elin pergi makan dulu sebab perut dah tarik kelaparan haha.. Nowwa dan Anis masih on the way nak ke The Curve.



Sebelum berangkat ke Red Box, ambil satu gambar di Secret Recipe. Makan kat situ saja, tempat lain dah ramai dan penuh huhuhu... Dan makan pun sekadar alas perut. Nanti dalam Red Box order makan lagi. Dalam bilik karaoke, ai tak ada ambil gambar pun. Yang ada rekod video itu pun satu dua saja hahaha.. Gambar yang ada sebelum kami semua nak balik. Balik ke pangkal jalan hahaha.. Thanks Aisha ambilkan gambar mak-mak ni.. eh kecuali Anis dan Nowwa, dorang dua tu single lagi 😆.





Masa dalam bilik karaoke, Nani ambil gambar ai bersama handphone Nowwa. Ada dua orang pakai kaler oren, Nowwa dan Elin. Terus Nani suruh buat proposal kat enZaf. Mana lah tahu dapatkan hahaha.. Apa pun kita Aamiin siap-siap.



Sebelum berjumpa ni, Nowwa ada buat cadangan untuk exchange gift. Jadinya masing-masing kena tukar hadiah mengikut tema warna. Elin warna hijau 💚, Anis warna biru 💙, Nowwa warna putih 🤍, ai warna pink 🩷 dan Nani warna kuning 💛.






Terima kasih besties, sayang korang dunia dan akhirat. Seronok sangat bila dapat berkumpul. Bukan senang nak jumpa semuakan. Walau pun berjauhan uols tetap dihati 🥰. Semoga persahabatan kita yang sudah menjangkau 29 tahun ini berkekalan hingga ke Syurga 🤲. Oh ya! thank you juga untuk enZaf kerana menjaga anak-anak dan menghantar mengambil ai di The Curve ni. Dia tahu wife dia ni malas nak drive 🤭.

Tuesday, December 23, 2025

Aliah Buat Soft Cookies

Aliah ada beritahu ai yang dia nak buat cookies. Sebelum ini memang dia ada buat Chocolate Chip Cookies cuma kali ini berbeza sikit, dia nak buat soft cookies 🍪 pula. Kebetulan malamnya kami nak ke Giant untuk topup barang dapur, alang-alang dah ke sana Aliah pun beli bahan cookies sama. Kali ini ai langsung tak tengok bahan yang dia nak beli. Katanya dia ikut resepi dari TikTok 😁 Sehari lepas membeli barang, barulah dia buat cookiesnya itu. Yang ini pun ai langsung tak tengok dia buat, jengah dapur pun tidak hahaha... Ariq pun join Aliah sama dalam pembuatan biskut ini. Qaireen dia keluar masuk dapur, tengok tanya dah siap ke belum 🤣 Pertama kali dia bakar cookiesnya tak jadi. Dia cuba lagi banyak kali pun sama tak jadi. Dia minta ai tengokkan kenapa tak jadi. Masa mula-mula cuba makan cookiesnya masin ya amat. Dah tanya dia bahan apa yang pakai, baru dia perasan yang dia pakai salted butter 😵‍💫. Cookiesnya pun lembik, tak naik sangat. Sudahlah dia buat doh tu banyak. Sedih dia kena buang, nak adjust pun tak boleh dah sebab masin ya amat.



Disebabkan kegagalan ini, ai bagi kata semangat untuk cuba lagi pada hari lain. Sebelum itu beli bahan baru. Dan kali ini ai pastikan dia tak ambil salted butter hihihi... lepastu dia ada pakai baking soda, ai suruh dia tukar dengan bikarbonat soda. Cara dan sukatan itu ikut sama macam resepi kat TikTok dia tengok, hanya tukar sedikit bahan saja. Tup tup akhirnya, berjaya juga soft cookiesnya. Suka dia. Banyak keping juga lah dapat sebab dia buat doh banyak. Dan yang paling banyak makan ialah Qaireen. Nanti raya kita buat soft cookies lagi 🍪😍.





Gambar di bawah ini teman akak Zahra sahur. Saja letak dalam blog buat kenangan. Lauk sahur dia senang, satu menu saja pun dia dah okay tapi ai tambah dengan telur dadar.



Surprise from KFC

Tak sangka pula dapat surprise dari KFC 🥰. Serius tak ingat langsung pasal ni. Sebelum ini, dapat emel dari KFC nak bagi free Kuromi Plushie. Syaratnya senang saja, hanya isi details dan kalau bertuah dapatlah plushie tu. Emel tu pun lama dah dalam awal bulan November.



Tup tup hujung bulan Disember dapat parcel. Masa tu, Ariq yang terima parcelnya. Beritahu parcel itu untuk ai. Fikir juga tak ada beli barang apa pun. Tengok pada parcel notes tu nampak sender dari KFC. Terus teringat Kuromi hahaha... Dapat-dapat parcel tu pun ai tak terus buka. Tunggu Qaireen yang buka sebabnya dia big fan of Kuromi. Dah niat awal pun kalau dapat ni memang nak bagi pada Qaireen. Tak sangka rezeki untuk dia.



Terima kasih KFC beri Kuromi Plushie 🎀🎁. Qaireen suka sangat 😘👍. Ai saja mengusik dia cakap Kuromi tu ai punya, terus dia buat muka sedih 🥹😅. Laju saja dia ambil Kuromi tu dan hias kat meja studynya hihihi..