Memenuhi jemputan dari Encik Yus dan Kak Ramizah ke majlis perkahwinan anaknya pada hari Sabtu yang lepas. Lama betul kami tak berjumpa dengan mereka, rasanya dua tahun lebih sudah. Kenal mereka ketika Ariq masuk kelab bola sepak di Subang Bestari. Pada waktu itu, kami semua seronok sangat sebab parents dalam kelab itu sangatlah sporting dan best. Setiap kali perlawanan anak-anak, masing-masing membawa makanan dan minuman. Bergelak ketawa tak kira perlawanan itu kalah atau menang, kami sentiasa meraikan anak-anak. Memang santai habis. Rindu pula pada zaman itu 🤗🥰. Sekarang anak-anak semua dah besar dan membawa haluan masing-masing.
Bila dapat jemputan dari Kak Ramizah ini, ai sangat teruja untuk datang. Kami datang pun dah lewat sebab menunggu Ariq habis training. Sempatlah jumpa dengan Kak Rin dan suaminya. Ada yang dah balik huhuhu... Itu pun masa kami sampai Kak Rin dah habis makan. Kami paksa dia makan lagi sambil berborak hahaha.. Mana taknya, sudah la lama tak jumpakan. Dua orang anaknya di universiti, sorang latihan bola dan sorang lagi swimming. Anak-anak dia lagi hebat semua aktif 💪.
Tengah berborak, Kak Ramizah datang ke meja. Terus laju ambil gambar dengan dia. Mak pengantin sibuk melayan tetamu, kita pun tak nak kacau sangat hehehe.. Gambar-gambar ini pun pakai handphone Kak Rin 📸. Tak sempat nak keluar phone sendiri, borak tak henti hahaha...
Sebelum balik, wajiblah bergambar lagi dengan kedua ibubapa pengantin. Pengantinnya nampak jauh dipelamin itu, jadilah hahaha.. Tahniah Encik Yus dan Kak Ramizah dapat menantu. Bertambah sudah ahli keluarga, semoga perkahwinan anakanda Anis dan suaminya kekal bahagia hingga ke Jannah 🤲💕.
Satu trend sudah cermin ini, mana-mana wedding kebanyakkanya mesti ada satu.
Cantik tempat wedding ini. Pertama kali kami pergi sini. Dekat saja rupanya tempat ini, dalam kawasan Merbau Sempak. Makanan kenduri pun sedap juga. Licin ai makan, nak pula ada acar buah hehehe..
Alang-alang dah keluar ke kawasan ini, kami ke Elmina Lakeside Mall. Saja jalan-jalan petang di kawasan itu. Singgah minum di The Coffee Bean, tengah enZaf order dia ternampak Tiramisu yang viral itu. Terus beli satu. Punya dah lama Tiramisu ini kan, kami baru nak mencuba dan orang kata sedap sangat haha..
Komen ai tentang Tiramisu ini, sedap juga. Tapi ai pula tak boleh makan sekali banyak, sejenis cepat muak. Setakat ini pernah makan Tiramisu yang sedap dengan tekak ai di Restoran Ketiga. Cuma itulah Tiramisunya jarang-jarang ada. Dah berapa kali datang asyik tak ada saja huhuhuh..

No comments:
Post a Comment