Monday, September 29, 2025

Hari Koko Sekolah

Kami sampai lambat ke sekolah Aliah dan Ariq. Sekolah mereka ada buat Karnival Hari Kokurikulum. Ikutkan malas nak pergi sebab cuaca panas terik ☀️ tapi gagahkan diri juga lah. Kami terus ke tapak gerai tengok jualan anak-anak. Banyak dah habis hehehe... itulah siapa suruh datang lambatkan 🤣.



Serabainya lah rambut anak bongsu ini. Dia tak nak pakai cekak rambut pula keluar ni. Gasak!! Masa tengah jalan-jalan kawasan gerai ini, terserempak dengan beberapa kawan Aliah. Masing-masing tanya kami baru sampai ke, nampak sangat tak ada pagi-pagi 🤭 Tapi Aliahnya tak ada pula dengan dorang, entah ke mana la anak dara sorang ini. Lama juga barulah terjumpa dengan dia. Rupanya habis semua tempat dia buat aktiviti. Ada rumah hantu, mini petting zoo, archerry dan banyak lagi aktiviti permainan traditional.





Ariq pun kami jumpa dia lambat. Merata juga la dia ke sana sini. Tup tup dia beritahu dan tunjuk dia beli kereta Hot Wheels hehehe.. kereta Proton Saga katanya. Teringat kereta Tok Abah dia. Dalam kenangan dah kereta tu 🤗🚗.



Sempat juga lah ai beli handmade hair clip 🌸 anak-anak yang buat jualan sebagai tanda support. Masa nak bayar tu, nampak muka mereka gembira sebab habis hasil jualannya hehehe.. Makan malam ai masak saja, habiskan stok barang basah. Daddy dorang pula keluar main bola.



Masa budak dulu suka makan biskut gula ni. Sekarang dorang pula yang makan. Ai makan sikit je buat rasa-rasa.



Friday, September 26, 2025

Cerita Ube Bae

Bukan main nak cerita pasal Ube Bae hehehe.. ceritanya melibatkan enam hari tetapi tidak lah melibatkan hari yang berturut-turut hahaha...🤣 Pertama kali nak mencuba minum air Zus Ube Bae. Hari pertama beli masa itu kami di Paradigm Mall. enZaf ajak minum petang sebelum kami balik rumah.



Ai order Iced Ube Chocolate. Tak berapa suka sebab ada rasa pahitnya kuat sangat untuk ai. Tak faham kenapa coklat pahit. Tak habis pun minum tapi satu suka sebab dapat stiker hihi... Bab stiker ni, Aliah memang laju kalau ada menampal sana sini. Serahkan saja pada dia.





Dua hari lepas itu, ai order lagi air Ube Bae ini tapi Iced Ube Bae semata tiada coklat atau latte. Kali ini delivery kat rumah saja sebab enZaf main bola. Dia tiada di rumah laju kita order 🤫🤭. Bukanlah beli air semata, beli juga Nasi Lemak dan Bihun Goreng. Alang-alang kat rumah, ai ambil gambar bersama Zus Buddy, Ube Bae. Comel sangat 💜.



Qaireen tengah seronok baca buku. Buku tu dia minta nak beli masa ada buat jualan di sekolah. Nama buku Cik Hantu Makan sebab dia suka makan katanya hehehe..



Dan hari ke tiga pula, masa itu ikut enZaf jumpa orang di The Curve. Sementara menunggu dia settlekan kerja, makan di Happy Potato 🍟. Ai dan Aliah pertama kali mencuba. Tak ingat dah pilih flavour apa. Untukku biasa-biasa saja dan harga tak berapa rahmah sangat. At least merasa sekali lah kan, nak beli lagi tu tak tahu la bila.



Sebelum balik, enZaf tapau air Zus. Beli lagi Iced Ube Bae dan kali ini beli dengan aksesori iaitu pin badge dan straw cap. Tak ada keje betulkan hahaha.. beli sebab comel. Padahal bukannya pakai pun. Thank you enZaf suka melayan wife dia benda merepek ni 🥰🤪.





Masa ni waktu malam ambil Aliah habis dari tuisyen. Sempat singgah Family Mart beli jajan masing-masing. Saja ambil gambar Ariq dan Aliah. Tunggu setahun dua ambil gambar sekali lagi, nak tengok perbezaan hehehe..



Monday, September 22, 2025

Pankek di Souffle

Makan petang di Souffle. Lama tak makan Souffle Pancake ini. Kali terakhir kami makan tahun 2023 [link], fuhh.. lama dah rupanya. Kedainya pun dah tak ada hihihi... Kafe Souffle ni di Damansara Uptown. Nak pergi kawasan ini pun satu hal juga. Susah betul nak dapat parking. Memanjang penuh dan sibuk.





Rezeki kami dapat parking dekat dengan kedai. Memandangkan pertama kali kami makan di sini, banyak juga lah enZaf order. Aliah pilih Matcha Red Bean Pancake..



Aliah dan Ariq pilih Tiramisu Pancake.



enZaf order lagi satu Signature Soufle Pancake. Semua pancake tu makan share ramai-ramai. Itu pun jenuh nak habiskan 🥞. Semuanya sedap. Boleh datang repeat lagi. Nak bawa akak Zahra pula.