Friday, July 19, 2024

Tukar MyKid ke Mykad

Punyalah lama bertangguh nak tukarkan MyKid Ariq ke MyKad. Bukan sengaja lambat tapi menunggu masa Ariq yang sentiasa sibuk. Ceh! macam orang kerja pula nak sibukkan. Sekarang ini musim sekolah sibuk dengan pelbagai aktiviti antaranya sukan, unit beruniform dan macam-macam lagi. Boleh dikatakan Ariq sentiasa ada latihan tambahan disekolahnya, itu yang asyik bertangguh. Semalam, Daddynya tiba-tiba cakap "Jom ke JPN". Teruslah ai suruh Ariq bersiap dan bergegas kami ke sana.



Giliran menunggu dalam empat belas orang lagi. Mujur ke empat-empat kaunter buka, maka lajulah nombor itu bergerak. Dan haruslah ai ambil gambar Ariq sementara menunggu itu hihihi.. Tiba-tiba teringat masa buat MyKad dengan Aliah [link]. Rasa macam baru saja lagi, tup tup giliran Ariq pula.







Masa enZaf ambil gambar wefie, tiada gambar Qaireen. Merajuklah anak bongsu itu dengan Daddynya. Terus enZaf ajak wefie bersama. Bukan main lebar senyuman dia dan ai pun menyelit di antara mereka berdua 😂







Alhamdulillah, segala urusan selesai dengan begitu cepat. Tunggu selepas lima hari bekerja untuk ambil MyKad Ariq pula. Selesai sudah semuanya kami terus ke Restoran Nasi Ahmad untuk makan tengahari. Sudah kenyang perut, kami ke One Utama pula. Ai nak beli hadiah kahwin untuk anak jiran. Dah beli terus ke Customer Service Parkson untuk balut hadiah 🎁. Sempat ambil gambar anak sementara menunggu siap ☺️



Malam enZaf beli Durian IOI di Rizky Durian. Dia mencari Durian Tekka tapi tak ada. Dia beli durian yang dalam bekas saja, senang tak perlu nak angkut berat-berat bawa balik dan nak mengopek bagai.



Monday, July 1, 2024

First League 2024

Tahun 2024 ini, enZaf tukarkan Ariq dengan kelab bola lain. Tukar tu sebenarnya kelab bola ini lebih dekat dengan rumah. Mujurlah Ariq okay saja nak tukar, kami risau saja dia tak nak sebab dah seronok dengan kelab sebelum ini. Almaklumlah, bila bertukar angin ini pastilah kena cari kawan baru pula kan. Ai pun sedih juga sebab dah tak jumpa mommies bola. Kami pun dah rapat sangat. Jadinya terpaksalah Mummy cari kawan baru juga 😅 Eh! melencong ke lain pula cerita yang sepatutnya hehe.. Kami tak sangka pula Ariq terpilih untuk menyertai LaLiga Youth League untuk kelabnya.



Tak banyak gambar dan video yang diambil. Mana yang ada sajalah letak dalam blog ini sebagai kenangan.









Gambar di atas ini dari phone ai dan gambar di bawah dari Whatsapp Group.



Masam muka anak bujang ini bila Daddynya ambil gambar. Muka kepenatan dengan cuaca panas lagi.



Alhamdulillah, permulaan liga dengan langkah kanan. Teamnya menang tiga mata dalam perlawanan pertama. Ada banyak lagi perlawanan seterusnya, tak silap ai ada sembilan kali mereka perlu main. Senarai kelab bola yang sertai LaLiga ini pun hebat-hebat juga. Adat bertanding mestilah ada kalah dan menang. Yang penting Ariq dapat menimba pengalaman dalam liga ini. Masih banyak yang dia perlu belajar terutamanya dalam keserasian bersama pemain. Ariq kira freshie lagi dalam kelab ini, harap-harap dapat lah dia adapt dengan suasana dan kawan barunya 😇 Maka dengan ini, bermulalah episod Mummy dan Daddy berada di padang setiap hujung minggu hehehe..

Oh ya! lepas keluar dari padang bola, kami singgah satu restoran untuk minum petang. Pekena Pasembur memandangkan nama kedainya ada tulis pasembur juga. Firasat kami mungkin itu makanan signaturenya kan, pastilah sedap. Kesimpulan untuk tekak ai, rasanya biasa saja.