Tuesday, March 5, 2024

Hari Terakhir di KL Tigers

Hari ke dua iaitu hari terakhir game Aliah di Bukit Kiara ini. Hari ke dua ini juga tiada banyak gambar dan video 😬 Alhamdulillah teamnya mendapat tempat pertama iaitu Cup Champion U15. Oh ya! masa kami on the way nak ke stage untuk ambil hadiah, boleh enZaf terserempak lagi kawannya di padang tackle.



Sempat lagi tu dorang berdua selfie. Kata enZaf ada lagi kawan-kawannya yang lain tapi tak sempat nak berjumpa. Padang untuk touch dengan tackle tak sama. Kalau satu padang tu, mahunya enZaf buat gathering terus hihihi... Gambar di bawah masa Aliah ambil medal.











Tahniah Aliah!! dapat lah satu kenangan dia bersama kelab ragbinya. Terima kasih coach bagi peluang kat dia. Masih banyak lagi dia kena belajar dan timba pengalaman dalam setiap pertandingan. Selesai semuanya kami bergegas pula ke Gombak. Mengejarkan game akak Zahra pula. Tapi penatnyalah kaki berjalan menuju ke kereta. Jauh betul enZaf parking huhuhu... Sampai sempat rekod video semata untuk distractkan diri penat berjalan 😮‍💨





Gambar dan video di bawah ai ambil dari Whatsapp group ragbi.





No comments: