Friday, December 20, 2024

Hari Anugerah Kecemerlangan 2024/2025

Alhamdulillah rezeki Ariq menerima anugerah akademik buat tahun terakhir dia di sekolah rendah. Tahun ini sekolahnya bertemakan black and gold. Kesemua parents yang terlibat digalakkan memakai pakaian mengikut warna tema. Ai pakai warna tudung rose gold, ada bunyi gold tu bolehlah kan hehe.. Sebelum majlis bermula sempatlah ambil beberapa gambar Ariq dengan kawan-kawannya. Gambar dalam ini ada yang dari handphone enZaf, campur-campur dengan handphone ai juga.







Lama betul nak menunggu giliran Ariq. Penyampaian anugerah untuk Tahun 6 akhir sekali, kebas montot menunggu 😂. Tahun lepas pun dah rasa lama masa Ariq Tahun 5, ini tahun 6 memang Daddy dia nyenyak tidur dalam dewan hahaha... sabar je lah. Aliah ada ambil gambar Daddy dia tidur tapi simpan untuk sendiri sajalah. Tak senonoh pula letak dalam ni sebab lena sangat 😴.













Tahniah abang Ariq!!👏👏 Semoga abang Ariq sentiasa cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi 🤲. Dah nak melangkah ke sekolah menengah pula lepas ini. Tiba-tiba rasa berdebar pula dengan anak bujang ni hihihi...

Wednesday, December 18, 2024

Last Day in GA

Diikutkan pada 14hb ada Report Card Pick-Up Day (RCPD) di sekolah Qaireen. Hari itu juga merupakan hari terakhir Qaireen bersama Genius Aulad (GA). Sesi pembelajarannya tidak sama dengan takwim persekolahan KPM. Di GA ini masih mengekalkan pembukaan sesi pada bulan Januari dan berakhir pada bulan Disember. Pada hari RCPD, kami tak dapat datang ke sekolah sebab bertembung dengan tournament ragbi Aliah [link]. Disebabkan itu class teacher telah membuat temujanji pada hari lain. Sehari sebelum nak ke sekolah, ai suruh Qaireen buat kad untuk cikgu-cikgunya.





Kali ini ai tak rajin nak beli barang-barang untuk Qaireen diy. Hadiah kali ini, beli dan balut terus [link]. Bila dah banyak umur ini, rasa sakit pinggang dan tak larat nak hadap sesuatu benda lama-lama huhu.. Masa zaman Zahra, Aliah dan Ariq, memang suka nak buat sendiri untuk cikgu. Sekarang dah tak rajin, Sorry Qaireen 😩 Wajiblah ambil gambar dengan cikgu-cikgunya kan.





Terima kasih pada semua cikgu di Genius Aulad Kota Damansara. Semoga Allah memberi ganjaran segala keringat dan bakti buat mereka. Ke empat-empat anak semua di sana. Alhamdulillah, anak-anak tamat di GA dengan cemerlang. Teachernya yang berkaliber, insfrastruktur yang kondusif, silibus yang bagus. Eh! semua elok lah bagi ai. Memang serasi buat mereka. Oh ya! Sebelum balik sempatlah ambil gambar Qaireen bersama dengan kawan-kawannya yang lain. Di GA ini, ada tawarkan khidmat transit atau day care bagi students bila sesi cuti sekolah. Jadinya pada parents yang berkerja tidak risau musim cuti sekolah. Tetap boleh hantar pada hari waktu biasa.



Kawan-kawan dia ini semuanya sekolah yang berlainan Tahun 1 nanti. Kira dah tak jumpa dah la kan. Tahun 1 nanti masuk bulan Februari 2025, seronoklah Qaireen cuti lama sungguh. Sementara menunggu masuk sekolah, tetap kena buka buku. Masuk sekolah rendah sekarang ni dah memang kena pandai 3M 😬.

Monday, December 16, 2024

Cobrats Girls Touch Tournament

Rezeki Aliah dapat join kali ke dua dalam pertandingan ragbi touch Cobrats tahun ini. (Tahun 2023 [link]). Kali ini dengan teammates baru, tahun lepas kebanyakkannya dah masuk ragbi tackle. Aliah masih berbelah bahagi nak cuba tackle ke tidak hihhi... bagi ai dia nak stay dengan touch pun tak ada masalah 😉. Almaklumlah tackle ni lagi ganas, seram sejuk pula nak tengok dia mainkan. Lagi pun rasa macam belum layak je nak ke arah tu 🫣. Okay berbalik pada Cobrats tournament. Tempat pertandingan masih sama di Padang Astaka. Cuma tahun ini berbeza sedikit, diasingkan antara lelaki dan perempuan. Ai suka sebabnya kurang sesak, tahun lepas penuh semua padang. Tapi meriah lah sebab ramaikan.



Dalam pertandingan itu, Aliah jumpa beberapa kawannya juga. Tapi mereka main dengan team lain. Seronok bila bersukan ni kan, secara tak langsung boleh dapat ramai kawan. Seperti biasa ai akan ambil beberapa keping gambar dan video. Ada yang panjang videonya tapi tak lepas masuk dalam blog ini. Jadi masuk apa yang ada sajalah.











Alhamdulillah cuaca sangat baik. Ada ketika hujan turun rintik-rintik. Perjalanan pertandingan pun laju dan smooth. Kami pun main sampai habis nak dibandingkan tahun lepas. Hujan selebat-lebatnya dan Coach suruh balik dengan waktu pun dah lewat sangat hehehe.. Tahun ini mereka bawa balik medal. Tahniah Aliah dan teammatesnya, dapat Plate Champions dalam kategori U14.





Wajiblah ada gambar dengan Mummy dan Daddykan. Ariq dan Qaireen duduk dalam kereta, Qaireen dah tak tahan dengan panas. Cuaca panas automatik gambar pun cantik ya amat.









Mujur sempat ambil gambar Aliah dengan banner besar ni. Kebetulan masa nak snap tu, dorang nak turunkan banner dah. Tak tahulah kenapa cepat sangat keluarkan.

Thursday, December 12, 2024

Lunch at Padi House

enZaf ada meeting dengan clients di The Gardens Mall pada hujung minggu, dan dia ajak semua ikut sekali. Apa lagi laju lah kami bersiap, pantang dengar shopping mall kan. Lagi pun lama tak ke sana, memang laju lah kan hihihi... Sampai sana berpecah lah kami dengan enZaf, takkanlah nak ikut dia meeting pula kan. enZaf suruh ai dan anak-anak lunch di Padi House. Tak pernah lagi makan sini, walaupun kat The Curve ada Padi House tapi tak pernah pula rasa nak mencuba.

Bila pertama kali makan di sini, wajiblah ambil gambar masing-masing. Semua makanannya sedap-sedap belaka, harga pun boleh tahan juga 🤭. Kalau ada rezeki lebih boleh makan sini lagi ajak akak Zahra pula.











Lepas makan ai ajak anak-anak berjalan window shopping pula. enZaf masih lama lagi meetingnya. Alang-alang tu ambil gambar dengan deko krismas.







Tahu-tahu saja kami berjalan sampai ke MidValley hehehe.. Lenguh juga lah kaki ni, sampai lah kami berhenti minum di Paris Baguette. Merata tempat ramai orang berjalan dalam mall ni, mana-mana pun penuh. Order Mushroom Soup dan air saja, semua masih kenyang lagi.





Tengah melepak kat sini, enZaf call tanya kami kat mana. Baru habis meeting dia. Dia ajak berjalan dalam MidValley, ikutkan ai dah penat tapi layan lah juga. Untung-untung dapat beli barangkan. Eh! memang dapat satu tudung kat Naelofar 😆. Konon nak tengok-tengok saja, tapi ada diskaun macam rugi pula tak belikan 🤣.

Tuesday, December 10, 2024

Cari Hadiah Cikgu

Tahun ini entah kenapa tak rajin nak diy hadiah cikgu. Tahun lepas adalah juga bungkus/ balut semua letak bunga bagai, tahun ini ai nak beli siap saja. Mungkin faktor usia agaknyakan. Disebabkan malas itu, ai ajak enZaf keluar ke OU nak mencari hadiah. Suruh anak-anak bersiap, tengoklah warna pakaian Ariq pakai.



Ya Ampun, anak bujang ini. Baju biru, seluar merah dan kasut hijau. Fesyen apa pun tak tahu ni. Malas nak suruh dia tukar lain, hentam sajalah heheh.. Sampai di OU, kami masuk Parkson. Nak tengok bahagian pinggan mangkuk. Semua benda ai tengok semua nak bagi, akhirnya ai pilih Pyrex. Ada design Silver Crown terus ambil corak tu, sebab itu corak baru dan ai suka 😍. Dah bayar terus ke wrapping counter, bungkus terus. Senang kerja hehe..



Ai beli hadiah untuk teacher Qaireen dulu, kemudian belikan untuk Aliah dan Ariq. Ingatkan beli sama sajalah untuk cikgu perempuan. Cikgu lelaki nanti fikir nak beli apa. Lepas beli hadiah, jalan-jalan sekejap dalam OU ni. Nampak deko Krismas, terus ajak anak-anak bergambar di sana.









Sebelum balik, singgah di Gindaco minum petang. enZaf terasa nak makan Takoyaki katanya.



Dalam rasa nak makan Takoyaki tu, tiba-tiba dia bawa Cendol dan ABC hahaha.. macam-macam pula makannya.



Balik rumah ikat buku teks sekolah Ariq. Awal sekolahnya minta pulangkan sebab exam UASA pun dah habis. Seronoklah dorang ni sebulan lebih main saja kat sekolah nanti.



Esoknya kami hanya keluar untuk makan malam saja. Ariq tiba-tiba nak makan Roti Tisu. Macam-macamlah dorang ni, semalam Daddynya nak makan Takoyaki, hari ini Ariq pula nak makan Roti Tisu. Macam orang mengidam pula ya hahaha..



Monday, November 25, 2024

KLS Junior Rugby Challenge 2024

Tahun 2024 KLS buat tournament sendiri 🏉. Seronok sebab semua player kelab dapat main. Selalunya KLS akan hantar satu kategori je kalau masuk mana-mana tournament. Bila dah ramai rasa kemeriahannya. Dan ini juga kali pertama diriku join jadi ajk. Sebenarnya tak pandai sangat tapi saja nak rasa pengalaman. Salah satu pengalaman yang ai dapat, berkenalan dengan parents ragbi dari kelab lain. Sambil buat kerja tu dapatlah berborak sekejap dengan mereka. Okay berbalik pada Aliah, buat entry ini untuk dia sebenarnya hahaha.. Pagi-pagi lagi kami dah sampai ke padang, kena awal sebab ai ajk hihi.. Coach memberi sedikit briefing sebelum bermula perlawanan.



Sarapan pagi untuk ajk. Sedap Nasi Lemaknya 😋.



Tak banyak gambar ai ambil, almaklumlah sibukkan 🤭. Tengok dia kat padang pun dari jauh je. Nasib-nasib lah kalau ada parents atau sesiapa yang ambil gambar dan video.





KLS U14 dapat Runner Up Plate. Tahniah Aliah dan kawan-kawan!🎉







Wajib ambil gambar dengan Aliah. Masa ni hujan tengah rintik-rintik. Elok pula nak dekat habis cuaca pun mula mendung.









Balik rumah ai dah mula sakit pinggang dan kaki. Banyak sangat berdiri dan berjalan sana sini. Tugasku kena pastikan toilet dalam keadaan bersih. Cleaner memang disediakan, hanya pantau saja tapi ada je ai buat sendiri sebab tak cukup tangan. Jamban semua tu okay je cuma lantai yang banyak berselut dengan tanah, almaklumlah budak-budak ni masuk dengan pakai boots. Jadi tak selesa tengok dengan tanah sana sini. Sebelum majlis habis Ariq dan Aliah join ai bersihkan kawasan padang. Lepas habis tournament ini ada orang nak pakai padang pula. Begitulah kisahnya, anak main ragbi ok je, mummy dia yang sakit badan sana sini hehehe.. Baru sedar diri ini dah tak sekuat dulu.

Oh! gambar di bawah ini dari dalam whatsapp group ajk. Bergambar dengan orang kuat KLS. Mommies ni semuanya hebat-hebat belaka. Ada yang anak-anak wakil Sukma. Terbaik 💪



Monday, October 7, 2024

Happy Happy Happy Birthday enZaf!!

Tahun ini birthday enZaf jatuh pada hari Ahad. Sehari sebelum akak Zahra dah call Daddynya wish happy birthday 😍, hari minggu itu dia tiada PB dan lawatan. Lepas solat Zohor ai ajak enZaf keluar. Nak belanja birthday boy eh?! boy ke hahahaha.. belanja dia karaoke 🎤. Kami pergi dekat sahaja di Redbox, The Curve.



Dah menyanyi mesti la nak order makanan dan minuman. Ingatkan untuk makan petang je tapi anak-anak nak makan nasi macam makan tengahari ni. Ya ampun tak kenyang-kenyang lagi rupanya hehehe..





Masa nak transfer gambar dalam pc, ada juga terselit gambar ai tengah menyanyi 🎶. Kerja Aliah lah ni, tak ada orang lain. Mujur dari belakang. Kalau depan memang taklah letak dalam blog ni 🤣.



Gambar di bawah ini pun kerja Aliah juga. Banyak pula tu gambar dorang berdua tapi ai letak satu saja. Berwefie dengan adik dia yang tengah menyanyi. Qaireen pun pandai juga nak karaoke, kebanyakkan lagu yang dia menyanyi adalah dari lagu kesukaan Daddynya hahaha.. Lupa pula nak ambil video.



Keluar dari Redbox, anak-anak baru bagi Daddynya kad birthday.



Hanya Aliah dan Ariq saja yang buat kad, Qaireen dia tak buat. Ai dah suruh dia buat tapi dia taknak hahaha.. aduhai anak bongsu sorang ni dia kalau nak buat satu benda ikut moodnya. Bila dia tengok Aliah dan Ariq bergambar dengan Daddy dia, terus merajuk sebab dia tak ada. Ai pun minta Aliah bagi kad dia untuk buat bergambar Qaireen dengan Daddy. Gitulah ceritanya 🫣.







Ai bagi hadiah juga untuk enZaf. Tapi belum sampai lagi, mampu pre order dan brand Coach saja. Nak bagi LV tabung tak penuh-penuh 😬😮‍💨 Sebab itu kita belanja karaoke sementara menunggu hadiah sampai. enZaf suka kalau ada corak Camo.



Malam pula kami makan di Rare, Uptown Kota Dame. Happy Birthday enZaf!!! 🍰🎉💕