Monday, January 16, 2023

Pemilihan untuk Ragbi Touch


Terkejut ai bila Aliah beritahu dia nak main ragbi pada hari Jumaat lepas. Dua tiga kali juga ai tanya semula dan dia jawab ya. Dia nak cuba katanya. Di sekolahnya ragbi memang ada tapi hanya untuk murid lelaki. Kali ini cikgu Azwan nak buat team perempuan pula. Memandangkan Aliah nampak sangat berminat ai pun izinkan je lah. Lagi pun dia dah tahun akhir di sekolah, apa salah nak mencuba. Cikgu Azwan beritahu siapa yang berminat boleh datang ke sekolah hari Sabtu pagi untuk selection, kelas Aliah hanya dia dan sorang kawan lagi yang berminat. Oh dia main ni ragbi sentuh (touch rugby), kalau ragbi biasa tu ai tak bagi main, mahu patah riuk kang huhuhu..

Balik dari selection dia beritahu Aliah dan kawannya terpilih. Wah wah.. Mummy macam tak percaya pula dia terpilih hahaha.. Sejak dari hari itu, hari-hari dia ada training di sekolah selama seminggu lebih. Cikgu Azwan beritahu tak lama lagi akan diadakan perlawanan persahabatan. Semua pemain kena beli kasut katanya. Hari Isninnya, enZaf ajak beli kasut lepas ambil anak-anak di sekolah. Sekarang ni apa-apa berkaitan barang sukan, kami ke Decathlon saja. Senang sana macam-macam ada, one stop center gitu kan. Walaupun ianya bukanlah jenama yang mahal tapi ada je yang berkualiti dan paling penting harganya kita mampu milik :)



Daddy dia saja nak bagi Ariq cuba barang-barang ragbi. Tanya Ariq minat tak ragbi, dia jawab biasa je hahaha..



My boy yang hitam legam ni, dah main bola susah dah nak kulit cerah. Kalau Ariq minat ragbi ai pun suka tapi itu lah badannya comel sangat.



Tak sabar nak tengok Aliah main ragbi ni. Anak dara sorang ni kurang sikit bab sukan, dia lebih suka art. Di sekolah pun dia hanya main Bola Baling tapi itu pun dia main suka-suka saja. Tak ada la serius sangat. Tapi yang ragbi ni lain macam pula dia tiba-tiba minat. Jadi Mummy dan Daddy bagi sokongan penuh apa sahaja yang anak-anak minat, kami pula yang teruja ni :)



No comments: