Wednesday, September 7, 2022

Tengok Wayang Lewat Malam


Tengah ralit tengok tv, tiba-tiba enZaf ajak tengok wayang. Masa tu ai terus tengok jam dah pukul 9 malam. Tanya enZaf nak tengok cerita apa, dia cakap kita tengok Air Force The Movie. Dia buka TGV apps ada show dalam pukul 11 malam dan terus menerus dia beli tiket. Nak cakap tak nak tengok, enZaf dah beria jadinya ikutkan sajalah. Bukan tak nak tengok cerita tu tapi tak nak sebab dah lewat malam, terasa malas pula nak bersiap dan keluar huhu.. Jadi nak tak nak gagah layankan saja lah kehendak enZaf tengok wayang. Lama juga kami tak tengok wayang lewat malam gini ;)



*gambar diambil dari Google.

Kami pergi tengok di Strand Mall sahaja sebab itu paling dekat dengan rumah. Sementara nak menunggu masuk dalam panggung wayang, ai pun gigih mengambil gambar kami dan wefie setiap sorang. Punyalah bosan nak menunggu tu kan :p



















Menarik juga jalan cerita Air Force The Movie ini. Ingatkan ai akan tertidur, almaklumlah tengok dah lewat malam. Tahu-tahu sampai habis tengoknya, anak-anak pun tak ada yang tertidur. Yang pasti sampai dua kali tengok Adi Putra dalam filem, pertama dalam cerita Mat Kilau dan ke dua dalam cerita Air Force ini. Cuma satu je ai frust kenapa Scha cepat sangat mati dalam filem ni, sekejap saja kemunculan dia hehehe... Sebelum tengok filem Air Force ini ai baru tengok filem Top Gun lakonan Tom Cruise. Lebih kurang je ceritanya sebab ada jet pejuang. Tetapi ke dua-dua filem ini tak boleh lah nak dibandingkan dari segi kualiti. Masih perlu dibaiki tapi untuk permulaan filem Malaysia bagi ai boleh dibanggakan. Semoga ada lagi pengarah atau penerbit filem yang ingin menghasilkan karya seperti ini juga. Rasa semangat cintakan negara membara gitu :)

No comments: