Saturday, August 6, 2022

Lunch dan Singgah Semashur


Kalau Aliah dan Ariq ada koko, selalunya enZaf akan ajak makan tengahari di luar. Bila dia ajak keluar tu laju lah kita jawab okay kan. Ajak pergi The Curve tapi tak tahu nak makan apa hihihi.. sampai sana baru pilih tempat. Pusing punya pusing kami memilih makan di Dolly Dim Sum.



Qaireen lah peneman kami berdua. enZaf kata dialah teman kita ke mana saja. Bila abang Ariq dia sekolah menengah barulah dia masuk Tahun 1. Sibuk layan dia sorang saja lah kan. Yang lain dah besar panjang :)



Macam-macam enZaf order, itu pun ai dah cakap cukuplah. Kalau tak tu macam-macam lagi dia tulis order huhu.. Tak cukup makan kat situ, siap bungkus lagi kata makan kat rumah pula.



Lusanya pula kami ke sekolah akak Zahra. Sebelum ini ai ada mentioned yang Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 diwajibkan pulang bermalam sebab sekolahnya menjadi tuan rumah untuk Hari Bahas, ingatkan nak bawa dia balik. Tapi tidak rupanya, dia merupakan salah seorang peserta bahas dalam pertandingan itu. Lepas ai melawat dia tempoh hari [link], keesokkannya dia call beritahu dia terlibat dalam pertandingan tu. Punya lah ai terkejut bila dia beritahu, sampai dua tiga kali ai tanya semula betul ke tak hahaha.. Mana taknya Mummy macam tak percaya anak sendiri masuk bahas. Bila dah masuk bahas maka dia tak dapat lah balik.



Jadi disebabkan dia tak balik, maka kami datang bawalah sedikit bekalan makanan dan duit belanja. Oh sebelum tu sempatlah kami bungkus Nasi Goreng Ayam makan beramai-ramai. Alang-alang kami datang tu, akak Zahra pun bagilah baju-baju kotornya minta ai tolong cuci dan gosokkan. Bertuah sungguh anakkan. Katanya tak sempat nak buat semua tu sebab sibuk dengan praktis dan cari maklumat mengenai bahas :) Kami pun datang hantar handphone sekali untuk kegunaan sementara dia.



Seronoklah tu dapat handphone dia. Lama tak pegang phone hahaha.. Kawan sebelah akak Zahra itu pun sama-sama masuk bahas juga, Amal Syifa namanya. Sama kelas dorang berdua. Mereka berdua saja junior Tingkatan 2 peserta bahas, yang lain semua Upper Form. Sebelum ini akak Zahra pernah beritahu dia nak masuk debate, masa tu dia tanya pendapat ai. Ai beritahu cubalah masuk, kalau tak cuba tak tahu okay ke tak. Lepas dari dia tanya tu senyap je tak ada cerita apa pun, ai ingat tak jadi.. tup tup dia masuk rupanya. Katanya senior panggil dia hehehe.. Dalam pada masa yang sama dia nak balik rumah juga tapi nak masuk debate.. hish.. pening :)



Ambil gambar sebelum balik. All the best buat akak Zahra dan team. Semoga berjaya dalam pertandingan bahas itu nanti.

No comments: