Monday, July 12, 2021

English Project: Make a Season Collage Year 3


Dalam tahun 2021, ini merupakan projek pertama buat Ariq bagi subjek English. Tajuk kali ini berkenaan dengan season. Murid-murid perlu memilih satu daripada empat musim yang ada di dunia. Musim dan nama negara Ariq sendiri yang pilih, dan dia memilih Winter dan Australia. Bukan main eksaited dia pilih musim Winter tu. Almaklumlah negara kita mana ada saljikan, kami sendiri pun tak pernah pergi negara yang ada salji. Setakat merasa salji buatan manusia tu ada lah, tapi itu mana sama ye tak hehe.. Terus ai ajak Ariq berdoa supaya kita dapat merasa main salji satu hari nanti :)



Memandangkan nak buat kolaj ini memerlukan kad manila, Ariq buat menggunakan kertas lukisan sahaja. Stok kad manila yang ada dirumah sudah digunapakai dan tinggal baki saiz kecil sahaja. Kena pesan kat enZaf beli kad manila nanti untuk simpanan. Gambar-gambar yang diperlukan hendaklah dicari di dalam majalah atau pun di Internet. Majalah kat rumah memang tiada maka Internet sahajalah tempat Ariq mencari gambar. Selesai print masa untuk Ariq gunting kesemua gambar-gambar tersebut.



Habis gunting, masa untuk susun gambar-gambar itu pula. Ai ada tolong Ariq bahagian menyusun. Gambarnya banyak pula jadi sempit ruang nak susun tu. Dia nak letak juga semua gambar atas kertas tu, itu pun ada satu gambar pakaian terpaksa dikeluarkan.



Dah susun, Ariq tampal kesemua gambar-gambarnya. Kalau perhati pada bahagian kiri atas kertas, kesan koyakan Ariq buat masa nak tarik keluarkan kertas lukisan itu dari buku lukisan hahaha.. Ai cakap dengan dia guna pakai je lah kertas ni walaupun koyak sedikit, macam rugi nak buang :p



Semua gambar itu Ariq sendiri yang pilih, elok pula bila tengok dah siap. Dan seperti biasalah esok due date baru terhegeh-hegeh nak buat huhuhu... Oh! belakang kertas lukisan itu ada sedikit teks yang perlu murid-murid tulis berkenaan season yang dipilih.



Harap-harap cikgu Englishnya terima lah hasil tugasan Ariq ini :) Waktu siap projek ini pukul 3.28 pagi, masa ini tengah tengok Final Euro England vs Italy. Tapi Ariq tengok half time saja, lepas tu dia masuk tidur sudah.

No comments: