Friday, April 16, 2021

Thosai Cafe at The Curve


Akhirnya makan juga kami kat Thosai Cafe ini. Banyak kali pergi The Curve, hanya lalu je depan Thosai ini tapi tak cuba makan lagi. Satu hari tu enZaf ajak makan petang. Cantiknya awan kat atas tu.. cuaca waktu tu pun cerah dan panas hihi.. sekarang ni hujan saja waktu petangkan.



Eh ini cerita sebelum puasa hihi.. Masa ini kami mencari seluar track untuk akak Zahra. Banyak tempat kami pergi dah kehabisan saiz. Nak pula bila bukan musim menjual baju sekolah lagi la susah nak mencari huhu.. Sempat ajak anak-anak bergambar sementara tunggu Zahra dan Daddynya dalam kedai beli seluar.





Itu pun dapat satu helai je. Nak beli lebih dah habis stok. Nak keluar mencari kat tempat lain kami dah penat sebab sebelum tu berjalan dalam Ikea. Sempat lagi kan :p Itu yang singgah makan Thosai hihi.. Okay berbalik pada cerita Thosai ini. Kafenya berada di luar The Curve, tengah-tengah antara Tesco. Bersebelahan sahaja dengan 7 Eleven dan Starbucks. Anak-anak tak nak makan Thosai sebab dah beli macam-macam dalam 7 Eleven.



Disebabkan pertama kali makan kat Kafe Thosai ini, jadi ai tak tahu nak pilih mana satu. Tengok menu-menunya semua nampak sedap haha.. Ini pun enZaf pilihkan. Tak ingat dah ai nama menu, yang pasti dalamnya ada Cheese dan Vege. Serius sedap.



Besar Thosai ni, makan satu je ai dah kenyang. Boleh share untuk dua orang makan. Gambar bawah ini yang plain, Ghee Thosai. Yang ini pun sama sedap juga okay. Ariq pun cuba makan katanya sedap. Hero sorang ni jenis susah nak kata makanan sedap.



Air pula order Mango Lassi dan Teh Masala. enZaf cakap dalam banyak kedai dia dah cuba air Teh Masala ni, yang Kafe Thosai ini the best. Just nice je katanya :)



Disebabkan dia suka makan Thosai, jadi kita up satu gambar dia hehehe..



Aish rindu dengan akak Zahra. Apa khabar dia agaknya. Masih dia tak call Mummy ni sejak dari puasa. Sibuk sangat lah tu. Gambar ni dia pakai spek mata baru.



Sebelum masuk asrama, kami buatkan lagi satu spek mata untuk simpananan dia. Kalau hilang atau patah at least dah ada backup gitu. Dia sendiri yang pilih nak frame warna putih pula. Bila dapat spek baru ini dia terus nak pakai. Yang lama tu simpan katanya. Pagi tadi Pengarah Kecemerlangan Tingkatan 1 ada share gambar dalam Whatsapp Group, tapi tiada gambar kelas dia pula. Sebelum tu ada share satu video, nampak akak Zahra dalam tu, Ya Allah terubat rindu. Tunggu minggu depan pula harap-harap ada la gambar akak Zahra sekeping dua :)

No comments: