Saturday, October 10, 2020

Duit Raya PKP


Tahun ni lambat kira duit raya anak-anak. Dari sehari ke sehari dok teringat lepas tu ai lupa balik. Kelmarin nekad bawa keluar semua sampul duit raya anak-anak ni dan ajak dorang kira hehehe Ariq sorang tak join kira sama, dia sibuk main xBox. Datang sekejap-sekejap je itu pun sebab nak tanya berapa duit raya dia haha



Kita semua sedia maklum hari raya tahun ni sambut pada masa PKP. Tiada rentasan negeri dibenarkan dan ini merupakan pertama kali dalam sejarah bagi semua rakyat Malaysia. Masa hari raya pertama sahaja kita dibenarkan pulang beraya dengan keluarga itu pun bersyarat. Hanya dalam negeri sahaja dan tidak lebih dari 20 orang. Alhamdulillah rezeki ai dan enZaf baik sebab kedua-dua orang tua kami tinggal berdekatan. Jadi kami dapat pulang dan beraya dengan mereka. Bila raya hanya dibenarkan satu hari jadi duit raya anak-anak tahun ni pun berkurangan dari kebiasaan :) Gambar bawah ni anak-anak dah bawa keluar semua duit dalam sampul raya.



Alhamdulillah ada juga duit raya dorang, rezeki anak-anak. Dapat Mummy beli set pinggan Corelle.. eh?! hahaha Bila senang kita pergi SSPN ye nak, masukkan duit raya ni. Qaireen pun ai belum buka akaun SSPN dia lagi. Nanti nak masukkan duit raya ni boleh buat sekali untuk Qaireen.

No comments: