Wednesday, August 14, 2019

Raya Haji di Rumah


Masa raya haji baru ni,
beraya kat rumah je dari pagi sampai Asar,
lepas Asar baru ke rumah mak mertua.
Mak2 saudara ai ramai jemput
suruh datang beraya.
Tp tak sempat la nak ke rumah mereka,
wakilkan adik2 je pergi.

Pagi tu bersiap2 dan ambil gambar.
Lepas setel bergambar
terus ai masuk dapur nak masak
sblm adik2 ai sampai.
Masak lontong dan sambal ikan bilis petai aje.

Dah makan separuh baru ingat
nak ambil gambar.
Snap pun laju2
asal nampak makanan je la :p



Adikku Hana tak balik,
beraya kat Ipoh je.
Adikku sorang lagi Yusreena
beraya dgn bakal keluarga mertua hehe



Jadi yg datang hanya Nani & Azie je.
Lepak sampai Zuhur.
Lepas tu dorang berdua pergi
beraya umah mak2 saudara.
Wakilkan lah Along sekali :)

Sebelum balik harusla bergambarkan.
enZaf mmg suka snap
gambar orang tak ready ni.
Ape la yg diriku mengomel tu kan.



Baru ada yg senonoh sket gambarnya.



Thank you adik2ku dtg beraya.
Along pun masak simple je,
since badan tak berapa sihat sgt.
Sakit pinggang dan tengkuk sbb lama
sgt Qaireen menyusu mlm tu.

Lepas Asar ke rumah mertua plak.
Sampai pukul 11 lebih.
Malam tu dapat jumpa dengan anak2 abang.
Lama okay tak jumpa,
since Zahra baby lagi.
Anak abang pun yg sulong Shima kawin sudah.
Besar tinggi2 mereka bertiga.
Tp sayang boleh lupa ambil gambar.
Dah la susah jumpa huhu


Oh ni gambar takde kena mengena ngan raya,
esoknya kami ingat nak makan
nasi ayam hailam kat Uptown,
tp ramainya manusia dgn
parking pun penuh.
Terus makan dlm Starling je.

Masa dah habis makan nampak
la Tiger Sugar ni.
First time nak cuba.



Brown sugar milk tea.
Tp takde boba.
Diriku tak minat sgt pearl ni.

Airya sedap bagi diriku.
Sebab guna fresh milk.
Dan fresh milk tu pun jenis yg sedap kot kan.
Tp tak bole minum selalu la
menda2 manis ni.
Terasa nak cuba boleh la.


No comments: