Thursday, November 1, 2018

Beli Gula2 dan Tealive


Weekend lepas akak Zahra last tuition tuk tahun ni.
Dua hari sebelum tu dah bgtau
Zahra yg ai nak beli gula2 tuk kawan2 tuisyen dia.
Saja suka2 bagi sbb dah last day.

Ai dah plan Jumaat nak pergi beli
lepas akak Zahra habis sekolah.
Sekali enZaf plak free dan nak join
maka kami pergi lepas solat Jumaat.
Pergi beli kat NSK aje.



Masuk dalam ni rambang dah mata
nak pilih mana.
Tp ai bg Zahra je la yg pilih.
Ariq pun kemain sibuk memilih tuk
diri sendiri hehe



Takde beli byk pun.
Memula nak beli satu jenis je,
pastu enZaf kata bagi 2 jenis so kita ikutkan je la.

Lepas beli tu ingatkan nak balik rumah,
rupa2nya hujan lebat kat luar.
Sangat lebat dengan angin kuat.
Jadi enZaf ajak minum kat Tealive
sementara tunggu hujan reda.

Sempat la amik gambar anak2 kat sini.
Tealive ni pun baru bukak kat NSK.



Akak Zahra yg selalu ai marah dia.
Kesian anak sulong jd mangsa huhu
Marah2 mummy ni tetap sayang jugakan.



Kalau sebelum ni asal ke Tealive je
ai mesti order strawberry pudding.
Tp kalini order teh panas je..
teh tarik gitu :)



Si dobot Mummy ni.



Egg surprise tu abang Ariq punya.
Tetiba dia mintak tu,
setelah sekian lama tak beli telur2 ni.
Tak lama lagi bila Qaireen dah besar,
dia plak pandai mintak egg bagai.
Nasib sorang je hehe



Aliah je takde,
dia sorang sekolah petang.



Thank you akak Zahra amikkan gambar.



Kemain sengih kalau bergambar.



Lepas Maghrib baru anak2 ni packing gula2.
Pilihan Zahra mentos dan sugus.



Untuk kawan tuisyen dia tak ramai pun.
Ai suruh je habiskan semua.
Lebih tu bagi kat kawan2 sekolah plak.



Aliah & Ariq pun tumpang sekaki sama
dapat gula2 tu.
Dah masuk bulan November,
kejap je dah hujung tahun.
Tp bulan ni lain sket sbb bulan ni
bulan harijadi tuk diriku hihi

No comments: