Tuesday, October 9, 2018

Muzium Negara pada Hari Malaysia


Pada 16hb September kami pergi ke Muzium Negara sempena Hari Malaysia. Sebenarnya kami tak merancang pun nak ke sana, lepas kami lunch enZaf terus ajak pergi muzium. Orang pertama yang paling suka tentulah akak Zahra sebab dia dah lama ajak Daddy pergi muzium ini. Akhirnya sampai juga kami hihi.. Cuaca pada hari itu agak mendung, bila sampai di tempat parking hujan mulai turun. Berpayung la kami menuju ke pintu masuk muzium. On the way nak ke pintu depan, Aliah nak bergambar dengan kapal terbang. Mummy layankan sahaja.



Ai ingatkan tiada orang nak ke muzium bila cuaca hujan-hujan begini. Sangkaanku meleset rupanya. Lagi pun cuti am mestilah ada orang nak ke sini. Harga tiket untuk dewasa RM2 manakala untuk kanak-kanak dibawah 12 tahun hanya percuma. Murah sangat!



Bila masuk di bahagian lobi, pengunjung disediakan bendera Jalur Gemilang secara percuma. Ada booklet juga untuk anak-anak ini, di dalamya terdapat gambar untuk mewarna ditambahkan dengan beberapa soalan mengenai Malaysia. Booklet itu dinamakan Passport. Seronok pula dorang :)



Lepak kat lobi jap sebab penat berjalan dari parking haha... Sambil itu bagi anak-anak membaca tentang perayaan dan sambutan hari kemerdekaan.



Tenaga dah recharged, bermulalah ke seksyen A dahulu. Di sini terletak info tentang zaman prasejarah.



Mempelajari bagaimana manusia menjalani kehidupan pada zaman purba.



Akak Zahra teruja sebab subjek Sejarah tahun 4 ada belajar mengenai zaman-zaman ini. Secara tak langsung dia dapat mengenal dan mendalami dengan lebih dekat lagi dan juga sebagai info tambahan yang tiada di dalam buku teks Sejarah.



Kalau baca buku saja susah kita nak gambarkan atau bayangkan, jadi yang ini merupakan satu advantage untuk dia dapat melihat sendiri alat-alat dan kehidupan orang zaman dulu pakai dan guna.



Habis kat Seksyen A kami ke Seksyen B pula. Di situ menceritakan tentang Kesultanan Tanah Melayu. Terdapat bermacam=macam jenis keris tetapi ai snap gambar keris kita saja lah hihi...



Pakaian dan peralatan orang-orang istana, ai paling suka yang ini macam bekas perfume. Kalau tengok depan mata, cantik sangat berkilat-kilat diamond tu. Bila ambil gambar, tak nampak pun kilat-kilat tu hihi..



Singgahsana di raja yg serba kuning emas.



Candi Borobudur.



Model Bahtera Majapahit.



Lama juga kami kat bahagian ini tapi ya ampun panas ya amat. Aircond tak rasa, perlahan sangat angin tu sampai berpeluh-peluh ai kat dalam ini. Ai banyak rekod video masa ini nanti kemudian upload kat blog :p Keluar dari bahagian ini terus kami break sekejap sebelum ke seksyen seterusnya, iaitu Seksyen C & D. Di mana ia berada di tingkat 1. Di ground floor terdapat surau & toilet, jadi mudah lah untuk kita berehat dan solat sebelum menyambung semula perjalan.. banyak tenaga diperlukan lagi hehe...



Masuk di seksyen C pula mengenai penjajahan. Kenali siapa yang menjajah Tanah Melayu. Jadi enZaf pun bercerita la kat anak-anak, semua sangat kusyuk mendengar.



Model Kapal Portuges.



Sempat juga wefie dalam muzium ini.



Senibina.



Bunga emas.. kachingg!!! kalau ada bling bling ai like :)



Rehat lagi, masa ini masing-masing dah kepenatan tapi yang kecil tu macam tak penat pun siap sengih besar lagi haha..



Di seksyen D ini menceritakan Malaysia selepas Merdeka. Di situ anak-anak ini baru kenal bagaimana rupa dan cara orang menoreh getah hihi..



Ada info mengenai melombong, bercucuk tanam bagai. Ha ni tempat area enZaf minat. Lama dia membaca dan berdiri di situ.



Comel je anak-anak ni ikut gaya kat poster itu haha..



Tengkolok Diraja yang pelbagai bentuk, rupa dan saiz. Ingatkan tengkolok diraja ini warna kuning je, rupanya ada juga warna lain juga.



Peta Malaysia. Seronok anak-anak bermain dan belajar nama negeri di Malaysia dan mengenali bendera negeri masing-masing.



Terdapat beberapa perayaan di Malaysia dengan pelbagai kaum dan etnik yang ada. Anak-anak pun boleh tengok pakaian tradisional setiap kaum.



Ariq suka di bahagian perayaan ini sebabnya dia baru sahaja belajar mengenai kaum dan perayaan masing-masing di sekolah. Secara tak langsung dia kana lebih faham apa yang dia dah belajar itu kan. Nak pula sekarang ini dia dah pandai membaca, lagi lah buat dia teruja. Ini pun kira lambat juga dia pandai baca, dekat hujung tahun dah. Apa pun Alhamdulillah, tiadalah Mummy dia risau bila masuk sekolah nanti. Habis dah satu muzium kami pusing, terus keluar. Hujan pun dah berhenti. Sempat kami wefie.



Ambil gambar anak-anak dengan keretapi di luar perkarangan muzium. Laju-laju bergambar sebelum hujan turun lagi. Cuaca kat luar masih mendung dan nampak gaya macam nak hujan lagi.



Gegar pula gambar kat bawah masa ini. Waktu ambil gambar dorang ni ai tengah dukung Qaireen, mengigil tangan hehe



Tamatlah lawatan sambil belajar kami ke Muzium Negara ini :) Tercapai sudah hasrat dan impian akak Zahra nak masuk sini. Ai pun enjoy juga, kali terakhir jejak kaki ke dalam Muzium Negara ini pada tahun 2001, waktu itu tengah praktikal tak silap ai. Sempat lah berjalan ke muzium ini, datang sini pun sebab masa itu muzium buat pameran mengenai hantu-hantu di Malaysia dan negara luar hahahaha.. ada pocong, ada kuntilanak dan macam-macam lagi, bukan main semangat nak tengok hantu lepas tu sendiri takut :p

No comments: