Friday, September 21, 2018

Cerita Hari Selasa


Gambar lama tp nak masukkan dlm blog.
Takde menarik apa sangat pun hihi
Tak silap gambar ni masa nak
cari barang tuk projek Sejarah Zahra tu.
Bulan lepas sebelum raya haji.
Kami ke Ikano,
masuk kedai buku Popular.

Lepas tu masuk Baby Room,
Qaireen berak.
Dia suka tau membuang masa masuk mall huhu
Dan first time jugak la ai
masuk Baby Room Ikano.

Besar tempatnya,
siap ada tempat budak2 main.
Masa ni tengah menyusukan Qaireen,
sempat ai amik gambar dorang.



Ada je Nursing room tp ai tak masuk.
Sbb takde orang dlm ni..

Masa dlm Popular, Aliah beli buku cerita.
Sibuk nak beli sbb nak sama cam kawan dia gak,
tp beli ni tajuk lain la.



Sebenarnya dia ngan kawan2nya dok
tukar2 buku pinjam baca kat rumah.
Bagus jugak mcmtukan.
Cuma pesan ngan dia kena pandai jaga buku.
Jangan koyak or conteng buku pinjam.
Lepas ni bole beli lagi dan
mudah2an berterusanla minat membaca.
Bukan mcm Mummynya malas baca buku hihi

Dah setel cari barang,
kami ke Curve.
Oooiii rasanya Curve dah jadi rumah no-2.
OU sudah turun kedudukan jd rumah no-3 haha

Kat Center tgk ada mainan & display Thomas & Friends.



Masa Ariq kecik minat betul ngan Thomas ni,
skang dah 6 tahun nampak dah kurang minat tu.
Cuma kekadang ada la nampak dia
main train2 dia tu dlm bilik.



Siap ada bilik tayangan gitu.
Seronok betul tgk katun
sambil duduk atas bean bag.





Minggu depan Zahra Aliah
cuti sempena UPSR.
Cuti sampai Selasa dorang,
kebetulan tahun ni dorang cuti sama.
Takde la cuti straight seminggu,
bergilir dgn tahun lain.

Ingatkan bole la gi bercuti ke,
skali enZaf ada meeting kat Johor,
2 hari Ahad dan Isnin.
Ingatkan nak ikut tp takkde makna la.
Dia taknak bawak huhuhu

Oleh itu marilah memikirkan apa
aktiviti nak buat ngan anak2.

No comments: