Wednesday, June 13, 2018

Tudung Bawal Budak


Suka tak terkata bila dapat tudung raya untuk Zahra dan Aliah. Lagi best tudung ini siap dengan nama dorang sekali.



Sebenarnya, kawan ai Farah yang buatkan tudung ini untuk anak-anak. Lama dah dia berniaga tudung, orang Kelantan memang banyak la tudung bawal kat sana. Ini pun last minutes order kat dia, thank you Farah sudi menerima tempahanku hehe... Macamana terjadi tempahan ini gara-gara dia bertanyakan ai salah satu shawl yang ai pakai, dia berkenan sangat. Bila kami bercerita bab tudung, itu yang ai teringat tudung anak-anak. Ai bertanyakan dia tudung bawal, dia hanya ada bawal bidang 45" ke atas. Ai saja request kat dia buatkan tudung bawal bidang 35", tak sangka dia cakap okay. Ai memang plan nak bagi akak Zahra pakai tudung masa raya nanti. Masa nak order tu, Farah suggestkan letak nama kat tudung tu. Ai pun tak fikir banyak, terus setuju sahaja. Dan dah alang-alang buat tudung untuk Zahra, ai tambah lagi untuk Aliah juga. Bagi sama-sama matching gitu. Mana lah tahu Aliah pun nak juga, nanti merajuk susah pulakan. Gambar di bawah ini adalah hasil tudung bawal yang bernama itu.



Cantik sangat, berkilat-kilat kalau orang tengok. Ai order tudung bawal manik tabur, memang banyak manik-manik pada tudung itu bila dibentangkan. Puas hati sangat. Ini merupakan kali pertama tempah tudung untuk anak-anak, Mummy sendiri pun tak ada tudung nama macam ini heheheh... Dekat luar banyak je orang jual tudung budak ini, tapi kebanyakkan banyak yang jenis instant. Ada tu siap dengan bow bagai, comel sahaja. Tapi ai yang kurang berkenan jenis instant ni untuk pakai raya. Anak-anak ni ai bagi pakai tudung instant masa nak pergi mengaji sahaja. Senang sarung dan keluar terus :)



Oh ya, Farah siap bagi extra manik lagi. Thanks a lot Farah. Ai memang tersangat puas hati. Nanti nak order lagi untuk warna lain pula. Tudung bawal ini merupakan tudung sepanjang zaman, tak lapuk gitu. Oh! ada yang bertanya harga tudung ni, murah sahaja iaitu RM25 sehelai tapi tidak termasuk pos ya. Ini pun kawan-kawan ai message cakap kenapa ai lambat beritahu pasal tudung budak ni bila ai post kat Facebook. Masalahnya ai sendiri pun baru dapat tudung ini semalam hihi... Terima kasih Pos Laju sempat hantar sebelum raya :)

No comments: