Sunday, April 29, 2018

Lunch at Absolute Thai


Cerita semalam.
Lunch yang tak dirancang.
Hari Jumaat tu saja ai whatsapp
kat bffs..
ajak lunch sesapa yg free.

Hari Sabtu, Zahra ada tuisyen,
dan enZaf pun takde..
dia outstation kat Johor.
Tu yang laju ajak kawan :p

Memula nak makan kat Mohd Chan,
fikir2 byk kali tukar ke Giza plak la.
Decided makan kat Absolute Thai.
Lama ai tak makan kat sini.



Order Ikan Siakap masak stim.
Original menunya pedas sket,
tp ai mintak tak pedas.
Nak bagi budak2 makan
dan ai pun tak makan pedas buat masa skang.



Order sayur campur.



Ai order 2 lauk je,
selebihnya tunggu Nani.
Masa order tu ai & elin je.
Elin plak dia order ala-carte,
makan mee je, diet la tu :p
Lupa plak amik gambar makanan dia hihi

Nani sampai dia order ayam pandan
dan tomyam..
tp ai tak amik plak gambar tomyam.



Lupa plak nak order pulut mangga.
Patut la rasa mcm kurang je.

Ni Nowwa baru sampai,
suh mintak Haiqal (anak elin)
amikkan gambar kami.



Nowwa tak puas hati dia kat depan,
suh amik gambar lagi satu plak,
dia kat belakang.
Katanya dia gemuk kat depan2 pffttt



Habis makan,
ai gi amik Zahra kat tuisyen.
Dekat je ngan Giza, jalan kaki.
Pergi ngan Nowwa skali.
Sbb kami nak beli kek.



Esoknya Ahad 29/4 birthday Elin.
Dah alang2 jumpa tu kami
celebrate in advanced la sehari.

Ahad ai tak free sbb anak2 ada sukan sekolah.

Ala lilin dah cabut dari kek :)
Ha buat entry ni birthday dia la.



Happy Birthday Sahabatku Nurul Ezlin.
Semoga dirahmati dan diberkati oleh Allah S.W.T



Video masa nyanyi lagu birthday :)


Takde gambar proper dia dgn kek.
Dah masa ni huru hara ngan anak2.
Nak nak ada 2 baby.
Tak menang tangan dan duduk.
Dalam restoran tu pun tak rasa ekon
cuaca panas,
basah ketiak semua cukup ai ni.
Menyusu anak berpeluh2.

Bergambar lagi sekali sblm keluar.
Ada akak Zahra :)



Sebelum balik,
singgah kedai Times.
Yang kononnya Ariq nak beli buku,
last2 dia nak hot wheels.
Akak Zahra yg beli buku...
Aliah beli art & craft.

Time nak balik tu
Qaireen dah mengaruk.
Laju2 jalan bayar tiket,
masuk kereta menyusukan dia kejap.

Seronok sgt rasa bila jumpa kekawan.
Walaupun huru hara penat semua cukup.
Tp berbaloi...

No comments: