Tuesday, February 28, 2017

Dari Warung Kita ke Ikea


Lama kami tak makan di Warung Kita, Sg. Buloh. Entah kenapa tiba-tiba enZaf ajak makan kat situ pula. Orang dah ajak makan, kita pun on saja lah :)



Makanan wajib makan setiap kali ke Warung Kita ini, Nasi Manggey & Coconut Shake. Seronok tengok semua kusyuk mengadap makanan masing-masing. Sekarang ini bila semua dah besar, kena order makan sorang satu. Konsep "sharing is caring" dah tak boleh guna pakai lagi hihihi.. Tandanya anak-anak dah besar gitu.



Selepas makan kami singgah ke Ikea. Ai terkejut pada mulanya bila enZaf ajak ke Ikea. Bukan apa selalunya kami ke Ikea pada waktu hari biasa, weekend ini memang tak nak pergi. Almaklumlah ramai sangat orang. Dia kata tak ada plan nak buat apa, itu yang ajak ke Ikea. Nak beli barang untuk toilet katanya. Toilet ke dua kami tu jarang pakai, dah semuanya mandi dalam toilet master bedroom. Kali ini enZaf nak anak-anak pakai bilik air kat luar pula memandangkan semua dah besar.



Anak-anak ini kalau dalam Ikea laju je ambil kertas dan pensil. Dorang bertiga ini semangat nak tulis segala nama dan nombor pada tag barang. Nak nak si Ariq tu, dia paling gigih berhenti dan catit semua atas kertas. Orang baru sekolah ini, kemaruk nak menulis hehe.. teruskan usahamu anak. :)



Sementara menunggu enZaf beratur nak membayar, ai bawa anak-anak pergi beli aiskrim. Rasanya semua orang kalau ke Ikea ni mesti beli aiskrimkan. Dah la murah, sedap pula tu. Dan bila semua dah dapat aiskrim kena tunggu mereka pula habiskan. Daddy dorang memang takkan bagi bawa aiskrim masuk dalam kereta.



Sekarang ini aksesori bilik mandi dah beli. Lama dah terperap dalam bag dan sampai sekarang tak buat apa lagi hahaha.. Beli memang laju, nak menunggu siap tu bertabah la menanti. Ye ye je la Daddy korang tu nak suruh mandi luar bagai. Kita tunggu saja lah bila mood rajin dia tu datang. Kadang-kadang Mummy perlu membebel setiap hari barulah orang tu bergerak :p

p/s: Kejap je dah habis bulan Februari.

No comments: