Jika hujung minggu akak Zahra boleh PB (Pulang Bermalam), enZaf memang freekan diri satu hari dari pergi meeting atau berjumpa dengan mana-mana customer. Bila dia free ini, dapatlah kami breakfast bersama selepas hantar Qaireen sekolah. Kali ini kami makan pagi di Kedai Kopi Surat Cinta. Lama dah bukanya dan baru sekarang dapat singgah.
Cantik deko kedainya. Rasa tenang saja, yang paling penting tempatnya bersih.
Nama kedai pun kopi, haruslah minum kopi juga hihi... Siap ada kata-kata cinta dilekatkan pada bekas air itu. Rasa macam sesuai sangat untuk orang berdating.ðĐ·ðĐ❤️ðĻ
Sedap juga makanan dalam kedai ini. Rupa-rupanya banyak juga cawangan kedai makan ini. Kalau nak tahu apa menu yang disajikan, search saja di Instagram.
Lebih kurang jam 12.30 tengahari enZaf akan sampai ke sekolah akak Zahra, lepas itu dia akan terus ke masjid untuk solat Jumaat. Lepas solat Jumaat, enZaf ambil ai dan anak-anak keluar makan. Kami makan di KGB Diner, Tropicana Gardens Mall. First time juga makan di sini. Akak Zahra request makan fast food. Muak agaknya makan nasi selalu hehehe..
Suka lah tu dia dapat makan burger. Salad depan tu Mummy dia lah habiskan. Mengikut perangai Daddynya habis segala warna hijau dikeluarkan dari burger ðĪĢ.
Anak bujang ini pun sama, suka burger. Asalkan namanya Cheese Burger dia memang okay saja.
Berhampiran dengan KGB Diner, ada Mixue. Lajulah si bongsu itu minta kat Daddynya nak aiskrim.
Tak boleh jadi anak-anak makan aiskrim, Mummy dia pun nak juga. Tapi nak air kopi. Mencuba air baru iaitu Mocha Royal Ice Blended. Pagi tadi dah kopi, ini kopi lagi. Dagu pun dah berlapis masih tak sedar diri lagi.
Entah bilalah nak diet ini. Dalam hati tu dah banyak kali nak kurangkan minum manis tapi masih tak mampu menahan diri huhuhuhu... satu hari kena buat jugakan. Kena ajak enZaf ni kurangkan minum manis, selalu gagal sebab dia hahaha.. salahkan orang lain lebih mudah dari mengaku salah diri sendiri kan ðĪĢðĪŠ Sorry enZaf petik nama u ðĪ Oh ya! sebelum balik singgah Gula Cakery beli slice kek untuk Aliah. Birthday dia ni, nak surprisekan dia balik sekolah nanti ðĨģ.
enZaf ajak lunch di SS15 Subang Jaya, wah bukan main jauh ke sana. Pertama kali mencuba makan nasi ayam di Restoran Chicken Rice Guys. Terasa nama kedainya macam Khairul Aming "Whatsapp Guys" pula, seperti kita cakap dengan kawan-kawan gitu ðĪ. "Weh! makan mana?" "Makan kat Chicken Rice Guys" hahaha.. kan. Bila tengok nama kedai tu, teringat satu kedai di TTDI. Macam lebih kurang juga ayat tu, tak silap ai "daun pisang guys". Tak sure betul ke tak tapi ada perkataan "guys" itu juga hahahaha...
Sedap jugalah makanan di sini. Siapa yang suka makan Nasi Ayam Hainan or Chinese Style sila lah mencuba. Di sini juga ada masakan Mee selain dari Nasi Ayam. Oh! ada lauk Itik juga ya, siapa minat sila order. Kami belum terbuka tekak lagi nak makan Itik ni ðŽ hahaha.. Dari SS15 kami ke Sunway Pyramid pula. Abang Ariq yang ajak ke mall situ, tahu dah kenapa dia suka ke sana. Di situ ada boots yang dia nak.
Ada satu sudut dalam mall ini ditempatkan info dan gambar mengenai Malaysia sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Jadi ai biarkan anak-anak membaca di situ sekejap sambil menzahirkan ekspresi diri di situ ð
Jalan-jalan dalam mall dan ternampak kedai jam, memang dah niat nak beli jam tangan Aliah masa birthday dia. Dua bulan sebelum ini kami singgah satu kedai jam, ada satu jam dia berkenan tapi kami tak belikan sebab terlalu awal pula nak beli untuk hadiah harijadi. Lepas dari itu, setiap kali kami masuk kedai jam, jam yang dia berkenan tak ada warna yang dia nak. Adalah dalam tiga buah kedai yang dah masuk. Tapi kali ini, ada pula warna dia. Terus enZaf kata beli, takut nanti tak jumpa lagi dah warnanya.
Ini dikira early birthday gift juga lah buat Aliah. Suka dia akhirnya dapat juga warna kegemarannya iaitu pink. Rezeki tak salah alamat. Happy Birthday Aliah!!! hihihi... Lepas itu kami berhenti sekejap makan aiskrim di Inside Scoop ðĻ. Penat juga berjalan dalam Sunway Pyramid ni, faktor umur agaknya hahaha.. Panas pun iya sebab tu rasa nak makan aiskrim tiba-tiba.
enZaf kata aiskrim ini special untuk ai sebab ada Zus Coffee dalamnya. Lepas tu dia nak ambil gambar, punyalah dekat penuh muka dalam gambar ni hahaha.. Nampak dah penuaan tu kan, jelas garis-garis cinta dimuka. Thank you lah enZaf.ð
Sebelum balik singgah lah masuk kedai yang abang Ariq nak sangat. Tapi bukan Ariq sajalah yang nak, ada sorang lagi pun suka juga. Dalam gambar nampak orangnya sebelah kanan yang tengah capai satu boots di situ. Anak dan Daddy dia pun sama juga hihi...
Untuk Ariq tidak lah nak beli boots lagi, baru saja belikan masa birthdaynya bulan enam [link]. Daddynya belikan dia jersey pula.
Pejam celik dah nak habis pertandingan bola abang Ariq dalam LaLiga. Bermula pada bulan Julai dan habis awal bulan September. Game terakhir ini kali ini pada waktu petang. Kebetulan hujung minggu ini pun akak Zahra balik rumah. Jadinya kami terpaksa hantar dia awal sedikit ke asrama. Lengang saja kawasan asrama bila hantar awal ini. Daddy dia pun entah apa nasihat kat anak daranya hehehe.. selalunya Mummy dia yang macam tu ð
Dari sekolah akak Zahra kami terus ke Ampang. Hari terakhir juga kami semua berada di sini. Orang lain semua sibuk tengok bola tapi ada sorang budak ini bukan kisah pun. Ada handphone tak peduli dah yang lain. Siap baring lagi, bukan main santai sangat ni ðĪ Kalau ai cakap dengan dia sambil tunjuk abangnya kat padang, dia jerit lah sekali dua kat abang Ariqnya sekuat hati, lepas tu sambung tengok handphone semula ðĪĢ Jadilah nak oi, tunjuk tanda support hahaha...
Gambar di bawah semua dari kamera enZaf. Ai tak ambil banyak sangat gambar, cuma video sahaja.
Tahniah abang Ariq dan team! Semoga mereka dapat banyak belajar dalam liga ini. Untuk kategori U-12 sebanyak 20 pasukan yang terlibat dalam liga kali ini, pasukan yang datang dari pelbagai negeri. Hebat-hebat semuanya. Team Ariq dapat tempat ke-6. Adat sebuah pertandingan, ada yang kalah dan ada yang menang, yang penting pelajaran yang mereka dapat dalam setiap pertandingan tersebut. Semua ini pun untuk terapkan semangat setiakawan, semangat pasukan dan jati diri dalam pembentukkan seorang pemain. Takkan mengalah gitu hehehe..
Hari Merdeka tahun ini jatuh pada hari Sabtu. Kelab bola Ariq ada buat tournament paginya. Jadi awal pagi kami dah berada di padang bola. Hanya ai dan enZaf sahaja yang ke padang, yang lain semua tak nak ikut.
Cuaca pagi tu agak panas jua, enZaf belanja makan aiskrim ðĶ. Ai ambil gambar aiskrim dan baru perasan aiskrimnya blur hehehe.. malas nak snap lagi sekali. Biarkan blur disitu ð
Besar sungguh jersey Ariq pakai hahaha.. gelebeh bahu semua. Katanya tak ada saiz kecil, pakai sajalah nak oi.
Sampai tenghari kami di sana, tak tunggu pun sampai majlis penyampaian hadiah. Coach tolong simpankan medal, thank you coach hehe.. Petang kami keluar ke kedai cermin mata. Akak Zahra mengadu matanya tak berapa nampak. Dalam kelas, tempat duduknya belakang sekali jadi dia tak nampak sangat tulisan cikgu di papan putih. Nasib baiklah dikedai itu ada stok untuk cerminnya, sempatlah siap terus tanpa perlu tunggu hari lain untuk ambil. Sambil-sambil menunggu tu, ai suruh enZaf ambil mana-mana sunglasses dan ajak bergambar depan cermin besar hahaha.. ð
Alang-alang dah di kedai cermin mata, semua orang test mata kecuali enZaf dan Qaireen. Rabun ai ni maintain saja sejak dari zaman universiti, tak naik dan tak turun. Alhamdulillah. Orang kedai tu pelik kenapa ai boleh keluar tak pakai cermin mata, ialah rabun bukannya sikit. Tak suka nak pakai, rimas hihihi.. Aliah, dia ada silau dan Ariq tak ada masalah apa pun, perfecto! ð Sama macam Daddynya, mata elok tak ada rabun.
Siap cermin mata akak Zahra, kami pergi ke The Curve pula. Window shopping gitu. Ambil gambar akak Zahra dengan cermin mata barunya. Dia sendiri yang pilih bentuk bingkainya. Yang lama masih simpan, dia guna untuk main hoki sebab cermin mata lama tu plastik, boleh lah buat lasak.
Aliah penggemar air Green Tea, dapat juga dia pujuk Daddynya belikan satu. Yang lain semua tak layan, ai pun tak berapa sangat minum yang sejuk tapi kalau Green Tea panas ok.
Jalan dan jalan lagi, berhenti beli Sticky Candy. Pertama kali kenal dengan Sticky Candy ni masa di One Utama Mall (OU). Lama dah zaman Aliah kecil lagi. Masa tu kita boleh nampak bagaimana staf di situ buat candy, sangat menarik dan ralit juga ai tengok. Tapi sekarang kedai tu dah tutup kat OU. Yang ai nampak hanya vending machines macam kat IPC ni je.
Sebelum balik, singgah di JCo Donut. Qaireen peminat donut, budak kecil ni memang pandai minta makan kat Daddynya. Dia tahu kalau minta kat Daddy pasti dapat, dengan Mummynya jangan haraplah hahaha.. Sorry la abang Ariq dan enZaf, ai malas nak snap gambar lagi sekali. Biarkan dua-dua mata mereka tertutup hehehe..