Monday, January 23, 2017

Hari Ke-dua Persekolahan


Seperti tahun2 sebelumnya,
ai akan teman anak gi sekolah
sampai hari ke-2.
Lepas tu pandai2 la bawak diri.

Alhamdulillah Aliah takde masalah.
Suka dia pegi sekolah.
Dah seminggu sekolah pun
lupa nama kawan.
Nasib baik skang ni dah ingat hihihi
Selalu rehat ngan kawannya nama Farah.



Gi tengok dia beratur kejap.
Ariq & Zaf tunggu kat kereta je.



Lepas tu ape lagi,
kami berjimba la heheheh

Jalan2 kat The Curve.
Sempat pegi Tesco kejap,
kat situ ada booth jual al-Quran,
dan buku Islamik.
Ai beli rehal dan al-Quran baru
tuk kelas mengaji Zara Aliah.



Ni kat Uniqlo.
Ada orang shopping.
Kami berdua layan wefie aje.



Habis tu kami ke sekolah balik.
Tengok anak2 rehat.
Baru teringat masa hari pertama,
ai tak de bergambar ngan dorang.
Hari ke-2 ni la baru ada masa
nak bergambar.



Daddy pun sama.
Baru leh bernafas dan bole
berfikir tuk amik gambar dengan anak2 hihihi



Friday, January 20, 2017

Satay Warisan


Cerita tahun lepas.
Tak sempat nak update sblm masuk 2017 ni hihi

First time makan kat kedai Satay Warisan
dekat ngan Damansara Perdana.



Masuk2 kedai bukan jual satay je.
Ada nasi lemak jua.
Ada 2 jenis,
nak nasi lemak berlauk pun ada..
nasi lemak bungkus kecik pun ada jua.



Harusla cuba nasi lemaknya itukan.
Nak bgtau sambal kerang tu terbaik.



Yang pasti Zara suka makan nasi lemak sini.
Dia tu fussy bab2 makan.
Kalau makan tu tandanya sedap.

Dah pegi kedai satay,
semestinya la nak makan satay.
Ai nak makan satay perut.
Tapi takde.



Satay pun sedap..
kuah kacang pun best.
Tapi tetap tak puas hati sbb takde satay perut.
Susahnya la nak cari yg ada perut ni huhu

Terasa ada cahaya keimanan plak atas kepala tu haha



Gambar anak2 dara ni.
Suka tau bawak toy bebanyak.
Pastu penuh atas meja.



Mestila ada hero ni sorang.
Gambar lama rambut pun panjang lagi.



Minggu lepas ada pegi lagi kedai ni,
terasa nak makan sambal kerang tu lagi.
Skali haritu takde masak plak
sambal kerang,
yg ada sambal paru huhuhuhu
Nasib sedap jua sambal parunya.

Thursday, January 19, 2017

First Day of School


Yey hantar Zara Aliah sekolah.
2 orang dah sekolah rendah.
cam tak percaya besar dah anak2.



Sebelum gi sekolah,
Daddy bawak dorang gi makan.
Pilihan Zara makan kat Chicken Rice Shop.



Anak2 je yang makan,
ai & Zaf tak lalu plak nak makan nasi.
Lepas makan terus ke sekolah.

Walaupun dekat je sekolahnya,
tapi nak sampai tu dah sangkut jem.
Maklumlah semua parents hantar anak2
tuk hari pertama.
Meriah sungguh luar kawasan sekolah.

Masuk2 je tempat perhimpunan,
Zara terus ke beratur kat kelas dia.
Tinggal la ai temankan Aliah.
Ariq & Zaf cari parking sbb penuh.

Tahun 2 & 3 dah masuk kelas,
tinggal Tahun 1 je masih beratur.
Cikgu ada bagi sikit penerangan.



Alhamdulillah takde masalah Aliah ke sekolah.
Nampak dia rileks je.



Dan ada geng lebih kurang saiznya.
Tp dia tetap paling kecik la hahaha



Ikutkan parents tak bole dah ikut ke kelas,
tp ai kan mmg degil.
Tetap nak naik gak.
Intai dia kat kelas.



Tu tempat sementara,
katanya dia dah tukar tak duduk situ.
Cikgu bagi dia kat depan.
Kecik mmg selalu kat depan :p
Kelas sama ngan Zara masa dia Tahun 1.

Dah puas hati tgk dia,
laju2 plak ai gi tgk Zara.
Ikutkan taknak..
tapi Zaf plak ajak gi tgk.
Aik dia plak beria.
Selalu benda gini mmg dia tak amik port sgt.

Sama bangunan ngan Aliah,
Tahun 3 tingkat atas skali.
Semput jua la ai memanjat tangga hehe



Ngintai dia cepat2 snap terus pergi.
Itu pun Zara cakap dia dah pindah tempat.
Tak kisah la nak
janji ko fokus time belajar :)

Setel dah semua masuk kelas,
terus Zaf ajak makan kat A&W.
Ai try menu baru,
ada tuna croisant.



Sikenit ni walaupun dah makan byk
nasi ayam tadi,
tetap nak makan lagi.



Gigih Zaf suh amik gambar.
Tertonggeng2 dia kat belakang,
angkat Ariq hahaha



Lepas makan ikut Zaf wat keje sikit,
pastu patah balik ke sekolah.
Tengok anak dara tu rehat.

Tanya Aliah camne
dia kata okay je.
Semua okay.



Lepak la ngan dorang sampai habis waktu rehat.



Habis tu kami pun balik rumah.
Rehat solat nanti kul 6 lebih
nak amik dorang balik.
Alhamdulillah..
hari pertama selesai dengan jayanya.

Wednesday, January 18, 2017

Induction Day


3hb lepas first day anak2 masuk sekolah.
Hari tu jugak,
Genius Aulad KD ada wat Induction Day.
Bole datang bila2 masa antara pukul 9pagi hingga tengahari.
Jadi ai tunggu sampai Ariq bangun je la,
malas nak kejutkan dia awal2 hehe

Ikutkan tak payah dtg pakai uniform lagi,
tp mamat ni dah excited sangat
nak pakai baju sekolah.
Bagi je la jugak dia pakai.
Asal tak melalak sudah.



Ini la teacher dia tuk tahun ni.
Teacher Salwa, cantikkan..
comel pun iye.
Ariq malu2 nak bergambar hihihi



hari Induction tu teacher bg penerangan sikit,
dan pass message book, nametag
dan segala pass bagai.

Sblom balik harusla amik gambar ngan
the one and only hero.
Tq kakak Zara amikkan gambar,
walaupun jauh hehehehe



Hari Khamis baru start Ariq
sekolah kat Genius Aulad.
Sepanjang 4 tahun ngan GA ni,
mmg sekolahnya akan start lepas 2 hari
persekolahan.
Bagi parents uruskan anak2 lain
yg mana sekolah rendah or menengahkan.
Senang takde la kita pun kelam kabut.

Bergambar ngan akak2 dia.



Kejap lagi tgharinya plak uruskan
2 anak dara ni masuk sekolah :)

Tuesday, January 17, 2017

Makan kat Muara Ikan Bakar


Ni cerita 1/1/2017 :)
Bawak mak dan bapak gi makan
ikan bakar kat Medan Muara Ikan Bakar
Tanjung Harapan Klang.

Sampai dalam pukul 6.30 petang.
Ni kira dah lambat jugakla.
Semua meja dah penuh
nak nak kat bahagian luar dekat ngan pantai.
Tinggal dalam je.

Aliah awal2 lagi dah ajak nak gi tgk laut.
Terus ai bawak anak2 tepi pantai.
Kemain suka dorang,
sbb kami dah lama tak gi pantai.
Nak nak tuk dorang main pasir mandi bagai.
Tp kat sini hanya bole tengok je hihi



Kedai ikan bakar dekat je
dgn pelabuhan klang tu.
Ariq nampak kapal besar tu
kemain cakap wow wow wow
so big!! hahaha



Wefie satu kali.



Hari dah lewat petang,
tengah sunset.



Anak2 tu kalau ai cakap
okay leh turun main air,
laju la terjun tu :p

Tak amik gambar makanan.
Punya lama tunggu...
masing2 dah lapar.
Pegi time cuti sekolah paham2 je la.



Masa tengah makan tu,
Pukul 8 lebih hujan lebat.
Kesian orang yg duduk dekat luar.
Bertempiaran lari.
Ada yg tak sempat nak amik makanan.
Kesian.

Ada hikmah rupanya kami tak dpt meja luar.
Alhamdulillah..