Monday, January 16, 2017

Hari Terakhir 2016


Hari terakhir 2016 31hb Disember
kami pegi ke Ipoh tanpa dirancang.
Tetiba pagi tu Zaf cakap
jom la gi jejalan kat Ipoh.
Kita ape lagi okay je la.
Tapi idak le bertolak pagi tu jugak.
Lepas Zuhur baru keluar.

Sepanjang highway tu cuaca redup je,
kejap kejap hujan
tapi hujan rintik2 yg manja gitu.

Nak sampai Ipoh berkabus je kat gunung bukit semua.
Memang cuaca sejuk dan nyaman.



Dalam pukul 4 lebih kot sampai Ipoh,
Zaf terus bawak gi Restoran Nasi Vanggey.
Katanya yg ni cawangan.
Asal dia kat town tp situ sblm kul 4 dah habis.



Tak kisah la mana,
janji dapat jua la merasa yg org
dok kata nasi vanggey vanggey ni.
Padaku okay la sedap.



Kemain sengeh.



Zara Aliah tak makan,
dorang dah kenyang makan dalam kereta.
Macam2 Daddy dia beli tuk dorang ngunyah.

Aliah amikkan gambar ni.
Tq Adik!!



Habis makan kami terus ke rumah adikku Hana.
bersih2kan diri dan solat.
Lepas Maghrib Zaf ajak keluar.

Nak bergambar ngan Akid
tp tak dilayan huhuhuh.



Husband Hana takde sbb kena bertugas.
Malam New Year harusla polis sibuk.
Kami pegi Ipoh Parade.



Sempat kami berkaraoke.
First time anak2 ni nyanyi ngan Aira.



Kat karaoke ni giler sejuk okay biliknya.
Menggigil betul.
Ekonnya centralised..pastu takleh adjust.
Dorang bagi blanket pun tak cukup panas.
Bila makanan sampai ape lagi,
serbu la makan bagi badan tu panas sket.



Habis nyanyi kami terus keluar dari mall.



Masa tu dah kul 11 malam.
Depan Ipoh Parade ada dataran Majlis,
mmg situ jua la tempat sambut tahun baru.
Keluar2 dari situ harusla jem merata.

Jam nak dekat kul 12pagi pun kami masih sangkut kat jalan.
Nak dijadikan rezeki,
mmg tempat jem tu la,
ngam kami berdekatan ngan bunga api.
Rezeki anak2 tengok.



Aliah dah tido,
Daddy dia kejutkan..
dia bangun dengan mamai2.
Pastu sambung tido hahaha.
Nasib baik la Mummy ada amik video.
Esoknya dia tengok balik video tu.

Habis bunga api,
hantar adik ai balik umah.
Kami tak tido Ipoh,
balik hari je.

Sblm masuk highway
sempat tu kami makan dulu.
Time ni pukul 2pagi okay.
Makan nasi ngan tomyam ikan bagai.
hahaha



Anak2 semua tak makan,
dorang dah keletihan.
Hanya ai n zaf je gigih makan.
So azam nak kurus tuk 2017 tu abaikan je la.
Carry forward tuk next year :p


Friday, January 13, 2017

Ber"Dotty's" Lagi


Anis yg ajak makan kat sini.
Sbb dia tak pernah try lagi,
Ai ikutkan aje.
Kami berhi-tea kat sini.



Adraa yg sangat comel.



Awal2 sampai dia taknak kat ai.
Sbb takut bunyi guruh.
Masa kami sampai Dotty's ni hujan sgt lebat.
Agak lama jugak la menunggu nak masuk.
Setakat ni dtg sini ada je org Q
tak pernah takde orang huhuhu

Dalam hati kegembiraan ada makanan depan mata.
Tapi cover tak bg over sangat ahahaha



Pavlova.. sedapp terutama
berrynya.. takde rasa masam ke apa.
Just nice.



Apple crumble as complimentary.
Pun sedap okay.



Ai makan mushroom soup je.
Perut masih kenyang lagi dgn lunch.



Sandwich ape tak tau namanya.
Ni makanan Elin.



Makanan orang lain ai tak amik gambar hehe
Gi Dotty ni suka ngan pastry.
Tp sayang habis dah.
Tinggal kek2 je ngan ada la 1-2 jenis roti.

Lama jugak la dok dalam ni,
sampai kul 6 lebih.
Sebelum balik sempat la amik gambar depan pintu.
Tq pada enApanamataktau,
staff kat Dotty's ni amikkan.



Masih tak cukup 5.
Nowwa tak dapat join sbb sakit mata.

Dari Dotty's ai mintak Anis
tolong hantarkan kat OU.
Sbb Zaf n anak2 ada kat sana.

Jumpa dorang semua kat Jusco.
Cari kasut sekolah Aliah.



Sebenarnya dah beli kasut dia
masa beli baju sekolah kat Hari-hari tu [link]
Tp bab kasut Daddy dia uruskan.
Tak tau la camne tengok ke tak ke.
Kasut yg dibeli tu kecik.

Perasan pun dah lepas 2 minggu ai check.
Kebiasaan ai la kalau beli barang,
mmg letak je tepi dulu.
seminggu lebih baru belek ape yg dibeli.
Itu yg tau kasut dia kecik huhuh

Sabar je la..
nak tukar tak bole sbb dah lebih 7 hari.
Jadi kena la beli baru.



Superstar aka Diva kesayangan :)

Thursday, January 12, 2017

Breakfast with Friend


Minggu-minggu akhir 2016
banyak gak la jumpa ngan kawan2.
Gi makan borak2 gelak tawa
dan share ape2 story hal masing2.
Hal orang lain ada gak hihi

Kalini breakfast plak.
Makan kat Restoran Subaidah je,
since 2-2 dekat ngan umah masing2.



Ni la partner breakfastku.
Fid yg baik hati dan lemah lembut je cakap.
Tak macam ai :p



Lama jugak la borak sampai ke tenghari.
Lupa jap kat laki dan anak2 haha

Sebelum balik tu
ape lagi bergambar la.
Gambar2 kat bawah ni semua dari camera phone Fid.
Orang tu baru beli Huawei P9.
Harusla mintak dia tunjuk
kecanggihan phone tu.
Nak nak yg ada dual camera kan.



Menarik sangat.
Tak cantik pun nampak cantik gitu hahah



Ha yang ni gambar cantik dah,
orangnya tak cukup cantik.
Penuaan sangat ketara dah.



Nasib baikla handphone ku
yg rosak sebelum ni dapat dibaiki,
kalau tak mau daku mintak
P9 ni jugak kat enZaf.

TQ Fid..temani dan layaniku breakfast.
Petang tu plak nak jumpa bff hi-tea.
Sambung next entry :)

Wednesday, January 11, 2017

Restoran Senandung Malam, Pantai Bagan Lalang


Pertama kali pegi Bagan Lalang hihi
Kalau tak kerana Anna ajak,
mmg tak pegi sini
dan tak tau la Zaf nak bawak ke idak.

Anna ajak makan seafood kat situ.
Area tu kan dekat ngan airport.
Harusla banyak nampak kapal terbang landing.
Teruja anak2 ni sbb nampak besar dan dekat.



Sampai2 situ
budak2 ni dah nampak pantai.
Ariq plak sibuk suh ke sana,
Dia ingat dtg nak mandi la.
Takde maknanya la kan.
Tengok dari jauh je.
Masa tu kat pantai penuh dgn khemah.
Ramai jugak orang camping rupanya.
Time cuti sekolah kan.

Eh jangan kata situ.
Masa kami dari rumah nak ke Bagan Lalang ni pun,
ya ampunnnn jem, banyak kereta dan hujan.
Satu jam lebih okay nak sampai.
Cakap ngan Zaf moga berbaloi kita makan
nak sampai punya jauh hahahahaha

Turun kereta terus call Anna,
cari dia kat mana.
Peje dah Q order makan.
Kami borak tepi sambil tu
amik la gambar dgn anak2.



Makan seafood kat Restoran Senandung Malam.
Konsep kat sini kena order dulu,
baru org kedai bagi kita meja.
Kiranya kalau sampai jgn terus duduk
kat meja yg kosong.
Sbb semuatu dah direserved tuk orang yg dah order.
Jadinya yg lain better duk dlm kereta dulu ke,
or jalan2 la area situ.
Hanya yg sape yg nak order tu la masuk kedai,
sbb nak Q tu bole tahan panjang dan lama.
Tak putus2 okay tgk orang masuk restoran ni.



Ni la table kami.
Lama tunggu makan.
Kebulur sudah.



Lauk dah start hidang atas meja.



Tengok la mrPeje order.
Mmg melantak la sepuas2nya haha..
Ikan, ketam, sotong, macam2 ada.



Zaf siap cakap lupa nak amik gambar ramai2 kat meja makan.
Ewahh dia plak yg ingat.
Ai dah nampak makan tak ingat bergambar dah.
Kelaparan gitu,
semua kusyuk dapat makan.
Anak2 pun kemain behave je.

Lama sket dah makan semua,
baru la enjin dorang dah panas.
Ariq siap lari bagai,
sian Afrina dia kejar Ariq.
Jatuh sampai 4x... takut lutut dan tangan dia sagat atas jalan.
Kali ke-4 jatuh tu la baru dia nangis..
Sori yer Anna anak aku ajak main lari2 huhu

Aqil plak kemain bercerita macam2.
Zara Aliah jadi pendengar yg setia.
Dia pun mcm2 cerita beli ape siang tu,
siap nganharga bagai.
Bagus anak ko penuh dgn details haha

Nasib baik kita amik gambar sblm makan tu kan.
Kalau tak takde kot gambar langsung.
Cuma gambar berdua je tak amik.
Next time kita repeat makan2 lagi k.
Makan ikan lagi hihihi

Na thanks tau bagiku tudung pucci.
Cantik sangat.
Next dating tema Pucci ok :)

Tuesday, January 10, 2017

#jomnaikMRT


Akhirnya dah naik MRT.
Nak nak si Ariq tu,
asik tanya bila bila bila.
dari MRT tu tak siap lagi.
Bila Daddy dia cakap okay jom naik train.
Ape lagi sorak kegembiraan la semua.

Parking kereta kat Stesen KD.
Kena jalan sket.



Dah sampai harusla amik gambar.



Orang tak ramai lagi bole la bergambarkan.



Naik masa tengah free.
Lepas bayar ni kena belila
tiket kat mesin atau kaunter,
macam komuter, lrt semua tu.
Tak pun leh pakai TouchnGo or myKad.



Sempat lagi amik gambar
sementara tunggu train.



Masuk2 penuh okay.
Takde la penuh sesak,
penuh takde tempat dah nak duduk.



Dari KD kami ke Bandar Utama.
Zaf ajak gi OU.



Suka la dia,
dapat gak naik train.



Dari stesen Bandar Utama
nak ke OU tu agak jauh la nak berjalan.
Tp situ dah sediakan shuttle.
Senang naik je pastu ikut la
nak turun kat old wing or new wing.



Naik bas ni pun menda
yg Ariq selalu sebut nak naik.
Dia kata mcm MakTeh naik bas.
Ada sblom ni dia ikut Tok Abah
hantar MakTeh kat stesesn bas.
Nangis2 mamat ni nak ikut sama haha
sabar je la.



Kami turun kat old wing,
lunch kat Johnny's.



Bole plak terserempak
dgn kawan sekolah kat dalam tu.
2 kali dah jumpa dia kt Johnny.
Mmg jodoh kami agaknya hihihi



Lepas makan tawaf OU.
Dari old ke new wing.
Habis dah jejalan.
Zaf ajak balik.
Bole ek kalini balik nak jalan kaki.
Taknak naik bas huhuhuhuhu

Mak ai patah kakiku,
giler jauh okay.
Dari OU tu nak lalu One World Hotel,
lalu TV3 lagi.
Pastu Stesen Bandar Utama ni bukan
naik2 eskalator sampai terus kat train.
Jauh jugak la nak berjalan lagi.
Sabar je la ai ngan enZaf ni.
Muka jgn kata dah masam mencuka haha

Diva ni pun kepenatan :p



Balik tu ramai gak orang.
Okla not bad MRT ni.
Sapa yg keje dekat ngan stesen MRT
mmg untung la.
Tak yah la nak bawak kete jem bagai.
Kat Kota ni pun teruk gak jem huhu

Sblm nak turun tu,
sempat la mintak tolong
kat sorang brader ni amikkan gambar.
Tq yer.



Cantik gambar dia amikkan.
Siap kata suh tunggu next train
baru cantik gambar ada train dekat2.
Takpe la dik,
ini pun dah ok :)