Monday, January 9, 2017

Christmas Gift


Haha cerita tahun lepas pun tak habis2 lagi.
Kisahnya nak jumpa kawanku Maria.
Punya la susah nak jumpa mummy ni sorang.
Bila ai free dia tak free.
Time dia free ai plak tak.
Padahal umah bukan jauh pun.



Akhirnya jumpa bila tak plan.
Dia whatsapp tanya kat mana,
kebetulan baru sampai Giant.
Jadi dia suh ai tunggu kat entrance Giant hihi

Zara takde sbb dia ngan Daddy dlm kedai makan.
Dapat borak kejap je ngan Maria.
Dia pun rush nak ke tempat lain.
Next time kena mengopi.

Lupa plak kedai makan ni nama apa.
Zaf order mee kari tuk diriku.
Sedap tp pedas.
Tak bole nak habiskan.



Tujuan jumpa Maria sbb dia nak bg barang.
Tadaaaa....



Pengganti Pandora.
Tp Pandora tetap dihati.



Aliah ingat bracelet ni tuk dia okay.
Dia masuk2 kedai terus bukak.
Dan nak pakai.
Rebut ngan dia hahaha
Katanya nanti Mummy belikan yg lain tuk Aliah ke?

Silalah gi tgk kat IG kawan ai ni.
marialonguet.
Macam2 ada..kalau ada berkenan
paham2 sendiri la kan hihi

Pas makan masuk Hypermarket jap.
Nakbeli hanger.
Baju enZaf tu makin bertambah okay.
Kalah ai huhuhu



Saturday, January 7, 2017

Uniform Genius Aulad [SOLD]


Sesapa yg nak uniform GA ni bgtau ek.
Ai nak bagi je.
Sbb dah takde sapa pakai dah hihi

Uniform ni tuk girl k.
Size S.
Ada 3 pasang.
Oh tudung ada jugak nak bagi skali.

**taken**



Kalau nak macam biasa la email.



Friday, January 6, 2017

Rindu....


Gambar lepas register Ariq kat Genius Aulad.
Tp bukan nak citer pasal sekolah dia.
Sbb sekolahnya sama je
cam akak2 dia sebelum hehe
Citer tahun lepas tak habis2 lagi hihi



Lepas setel register
terus ke OU.
Makan petang kat Chili's

Tp sebenarnya lebih kepada
rindu ngan rambut lamanya huhuhuhu



Masih tak bole terima hakikat
rambut dia yg panjang ikal2 tu takde dah.



Gambar gedik dari kami
Power Puff Girl ehh..??!! hahaha
Kiri tu girl la sangat.



Ni plak gambar malamnya.
Zaf keje dia ada meeting.
Tetiba perut ai rasa lapar.
Ajak anak2 gi mamak.



Dorang ni pantang ajak keluar
laju je..
macam sape la tu :p
Ohhh rindu rambut lama Ariq..

Thursday, January 5, 2017

Berwajah Baru


Habis dari Aliah orientasi,
kami gi breakfast pastu terus balik rumah.
Zaf nak gi solat Jumaat.
Lepas solat kami keluar balik.

Tujuan utama mencari kelas tuisyen Zara.
Byk jugak pusat tuisyen
yg ada kat Kota ni.
Tp masih lagi berfikir sbb
ada yg schedulenya tak kena dgn dia.
Salah satunya clash ngan mengaji.
Ada jugak yg weekend tp daddy dia taknak.
Katanya nanti nak gi holiday susah ahahahah
Sabar je la akak..

Habis dah survey sana sini.
Zaf ajak gi The Strand.
Masa masuk dlm nampak kedai gunting rambut.
Terus Zaf ajak masuk dlm
potong rambut Ariq katanya.

Oh No!!!! Mummy mcm tak percaya.
Kenapa skang.. sbb macam tak bole terima.
Sayang kat rambut dia yg panjang itu.

Harusla laju je ai amik gambar dia
sblm dia masuk dlm kedai tu.



Benci betul perasaan bila
tak suka rambut Ariq dipotong.
Tapi dalam benci tu happy jugak.
Mana taknya ni pertama kali okay
dia gi kedai potong rambut.
Selalunya mummy dia je potong sikit2
tuk trim bg elok.



Dan tak sangka jugak la
yg Ariq ni okay je.
Takde pun nangis ke ape.
Malu lagi ada..pastu katanya dia geli
sbb uncle tu pegang belakang2 kepala
dan leher dia hahaha



Masa rambut dia tgh potong,
Zaf bgtau dia nak pegi Starbuck.
Nak buat keje sket.
So tinggal la ai n akak2 dia je.

Ai tak tau Zaf suh potong rambut Ariq camne.
Agaknya suh trim bagi sama rata n kemas je.
Bila mamat potong rambut tu tanya
nak wat camne,
ai cakap je la buat bg kemas hahaha
Tak pernah ada adik lelaki,
kita pun tak tau nak buat ape.
Takde pengalaman.

So ni la hasilnya.



Sampai2 Starbuck,
Daddy dia tak puas hati potong rambut camtu.
Katanya mcm perempuan hahaha
Dah kalau tanya ai
mesti la ai nak dia rambut panjang.
Dah tu trademark Ariq hihi



Serious benor muka enZafaris ni wat keje.
Anak2 tadi sblm sampai Starbuck
sempat la masuk kedai myNEWS.com
bgla chance nak makan ape.

Setel dah keje Daddy dorang.
Kami pegi balik kedai gunting rambut tu.
Zaf kata potong pendek habis.
Ha part ni Ariq muka cam cuak sket.
Sbb pakai menda alah tu kan
ape nama tak tau.
Cam shaver tu.



Huarghh Mummy nak nangis time ni,
masuk kejap je amik gambar,
pastu terus keluar.
Sayangnya rambut panjang dia tu huhuhuhuh
Potong kat kwik&ez



Tidakkkkkkkkkkkkk
takde dah rambut panjang dia
yg curly2 bawah tu.



Sebenarnya dia malu nak amik gambar.
Taknak tegakkan badan dia.
Suka hati la nak oi.



Solat Asar jap kat surau,
pastu terus kami ke TGV.
Zaf ajak tgk wayang.



Kami tgk citer The Great Wall.



Suka Matt Damon berlakon.
Best ceritanya.
Zara Aliah pun suka tengok sampai habis ok.
Ariq tgk kejap je,
dia tido sepanjang movie.
Penat bangun pagi pegi sekolah haha

2 hari sebelum tu
kami tgk citer Assassin's Creed.
Boringnya la citer,
sbb slow.
Zara Aliah plak yg tido sepanjang movie haha

Habis movie kami gi Gulam Mee.
Dinner terus.



Kat belakang Ariq tu
ada pertandingan karaoke.
Sedap2 suara peserta.

Time makan ni
Aliah dah tumbang.



Gitula cerita dari pagi sampai ke malam.
Mmg kepenatan semuanya.

Wednesday, January 4, 2017

Orientasi Tahun 1 2017


Aliah darjah 1 dahhhh..
30hb Disember lepas hari orientasi kt sekolah dia.
Kemain excited okay nak gi sekolah.
Kejut sekali je dah bangun.

Kemain lagi tolong pakaikan stokin tuk Ariq.
Pakai kasut semua..
besar sangat dah.



Bergambar sblom masuk dalam.



Tahun ni Guru Besar cakap
seramai 190 orang murid daftar sini.
Paling ramai pecah rekod hihihi
Time Zara dulu 136 nak ke 140 gitu.
Ni bertambah lagi..
nampak gaya kena la tambah kelas jua kan.



Nampak rilek je la Aliah ni.
Moga dia okay takde drama bagai.



Lepas berkumpul semua murid
masuk dalam kelas,
dan buat sikit ujian.

Yang parents plak duk dalam dewan
dgr taklimat dari GB.
Ni antara dokumen yg perlu dihantar.
Banyak jugak la borang nak kena di isi.



Zara amik gambar ni,
nampak sangat Mummy dia ngantuk haha



Habis taklimat terus submit segala dokumen.
Alhamdulillah semua complete.
Ada jugak tgk parents yg tak complete itu ini.
Yang baru nak membeli buku pun ada jua.
Moga urusan dorang semua dipermudahkan.



Nak tunggu Aliah lambat lagi,
2 orang kanak2 ni...
berlari ke sana sini.
Zara jadi tour guide.
Kemain bawak Ariq tu tawaf sekolah hehe



Yang ai plak tetiba ada sorang mak
dtg tanya ai.."Puan, anak dalam kelas lagi ke.
Bole tak nak amik anak awal,
sbb ada hal."
katanya.
Ai pun cakap cuba la ke kelas anak.

Tetiba teringat zaman kerja
bila orang panggil kita puan.
Rasa formal sangat.



Habis ujian,
murid2 di bawa sekeliling sekolah.
Cikgu nak tunjuk mana kantin, tandas bagai.



Seperti biasa la..
sama cam akak dia.
Paling kecik :)



Dah selesai semuanya bole dah balik.
Sebelum keluar sekolah,
amik la gambar dia dulu.



Adik beradik.



Ofkos la ada dengan Mummy.



Dengan Daddy jua.
Orang tu tak cukup tido.
Smlm balik kul bape tak pasti
sbb ai dah tido hehe



Dari sekolah terus kami gi mamak.
Masih pagi lagi kita breakfast.



Tanya Aliah camne test dia.
Dia kata easy je Mummy.
amboiii kemain easy ko ek.
Itu lain citer,
yang penting ko suka dan
seronok nak pergi sekolah
Mummy dah happy.

Oh Selamat Tahun Baru 2017.
Moga apa yg diimpikan menjadi kenyataan.
pssttt impian nak kurus tu..
sentiasa ada tiap tahun.
Tak pernah capai hahaha