Wednesday, January 4, 2017

Orientasi Tahun 1 2017


Aliah darjah 1 dahhhh..
30hb Disember lepas hari orientasi kt sekolah dia.
Kemain excited okay nak gi sekolah.
Kejut sekali je dah bangun.

Kemain lagi tolong pakaikan stokin tuk Ariq.
Pakai kasut semua..
besar sangat dah.



Bergambar sblom masuk dalam.



Tahun ni Guru Besar cakap
seramai 190 orang murid daftar sini.
Paling ramai pecah rekod hihihi
Time Zara dulu 136 nak ke 140 gitu.
Ni bertambah lagi..
nampak gaya kena la tambah kelas jua kan.



Nampak rilek je la Aliah ni.
Moga dia okay takde drama bagai.



Lepas berkumpul semua murid
masuk dalam kelas,
dan buat sikit ujian.

Yang parents plak duk dalam dewan
dgr taklimat dari GB.
Ni antara dokumen yg perlu dihantar.
Banyak jugak la borang nak kena di isi.



Zara amik gambar ni,
nampak sangat Mummy dia ngantuk haha



Habis taklimat terus submit segala dokumen.
Alhamdulillah semua complete.
Ada jugak tgk parents yg tak complete itu ini.
Yang baru nak membeli buku pun ada jua.
Moga urusan dorang semua dipermudahkan.



Nak tunggu Aliah lambat lagi,
2 orang kanak2 ni...
berlari ke sana sini.
Zara jadi tour guide.
Kemain bawak Ariq tu tawaf sekolah hehe



Yang ai plak tetiba ada sorang mak
dtg tanya ai.."Puan, anak dalam kelas lagi ke.
Bole tak nak amik anak awal,
sbb ada hal."
katanya.
Ai pun cakap cuba la ke kelas anak.

Tetiba teringat zaman kerja
bila orang panggil kita puan.
Rasa formal sangat.



Habis ujian,
murid2 di bawa sekeliling sekolah.
Cikgu nak tunjuk mana kantin, tandas bagai.



Seperti biasa la..
sama cam akak dia.
Paling kecik :)



Dah selesai semuanya bole dah balik.
Sebelum keluar sekolah,
amik la gambar dia dulu.



Adik beradik.



Ofkos la ada dengan Mummy.



Dengan Daddy jua.
Orang tu tak cukup tido.
Smlm balik kul bape tak pasti
sbb ai dah tido hehe



Dari sekolah terus kami gi mamak.
Masih pagi lagi kita breakfast.



Tanya Aliah camne test dia.
Dia kata easy je Mummy.
amboiii kemain easy ko ek.
Itu lain citer,
yang penting ko suka dan
seronok nak pergi sekolah
Mummy dah happy.

Oh Selamat Tahun Baru 2017.
Moga apa yg diimpikan menjadi kenyataan.
pssttt impian nak kurus tu..
sentiasa ada tiap tahun.
Tak pernah capai hahaha

Friday, December 30, 2016

Beli Buku Sekolah


Pihak sekolah dh bgtau yg
kedai buku kat sekolah start operasi
5hb Disember tuk beli buku tahun depan.
Mcm 2 tahun sebelum ni
mmg minggu pertama ai dah pegi beli.
Tapi kalini lambat sket.
Minggu ke-2 beli.. tp tuk org lain
kira awal jugak hehe
Tak kisah la kan,
ikut suka la masing2 nak beli bila.
Janji part kita setel sudah.

Yang baju kuning tu
paling eksaited skali nak beli buku.
Macam la dia sekolah kat sini.



Alhamdulillah takde orang hehe



Kalini 2 plastik beg bawak balik.
Dah 2 orang sekolah kebangsaan sudah.



Buku teks Zara sblm cuti lagi dah dapat.
Ada 2 buku dia yg tak bape elok.
Tak sampai hati nak bagi dia pakai,
sbb dah terkeluar2 muka surat tu dr kulit.
Walaupun beli buku baru,
buku yg rosak ni pun ai tak biarkan.
Baiki sikit mana yg bole.
Yg tertanggal dan koyak semua tu
kita tapekan elok.
Siap balutkan semua cukup.
Atleast nanti bila nak pulangkan tu,
elok la sikit rupa buku.

Ajak Zaf gi kedai buku kat Shah Alam.
Tahun lepas pernah pegi sini.
Mmg best kedainya.
Kat Seksyen 19.
Nak ke sana waze aje :)
MRKB Agency.



Buku teks semua ada.
Buku aktiviti pun banyak.
Bukan sahaja buku yg ada,
segala jenis stationary bagai.
Kira mcm one stop centre cari keperluan sekolah.


Thursday, December 29, 2016

Lunch ngan Nani & Elin


Makan2 yg tak di plan.
Gara2 tak puas jumpa masa kat Subang haritu.
Kalini takde ensuami.
So bole borak byk dan macam2 lagi hahahaha

Makan kat Pizza Hut,
dekat dgn umah Nani.
Senang sbb ai nak amik dia n Adraa dulu.

Dan mujur jugakla senang dpt parking.
Rezeki kami.
Area Piza tu dekat dgn Maybank.
Pepaham la bila ada bank,
mmg parking susah ya amat.

Oh yer gambar dlm ni semua dari Nani.
Sbb handphone ai rosak huhuhu
nanti cerita bila rajin :p

Tq Nani bg gambar,
pinjam ek buh dlm blog.
Tau ko baca ni hehe



Tak nampak Abid rupanya.
Lindung dibelakangku.
Zara amik pic ni.



Lepas tu Aliah plak.
Nasib Ariq tak mintak nak amik gambar.
Kalau tak dia pun sibuk jugak tu.



Staff Pizza amikkan.



Elin belanja makan,
Tq Lin... moga murah rezeki.

Dan masa makan ni,
time Selangor takde air hehehe
Balik pun mmg nak ada kat umah lepas 4.30ptg.
Katanya air masuk time tu sampai esok pagi,
pastu takde balikkan.

Dan Alhamdulillah jugakla,
kat umah ai tak putus air.
Mungkin tangki rumah besar.

Esok Aliah ada orientasi Tahun 1.
Yeayyyy ada budak nak masuk sekolah dah.
Pastu masuk dah kita 2017.
Kejap je kan.

Wednesday, December 28, 2016

Dinner at King Western Food


Minggu ni byk entry makan dgn kawan2.
Kalini makan dgn Nani & Elin.
Lama giler tak jumpa ngan mama lin ni sorang.
Busy betul dia ke sana sini kerja.
Byk outstation.
Moga dipermudahkan segala urusanmu.

Kalini tempat makan di pilih oleh Elin.
First time makan kat King Western Food.
Dekat Subang Perdana.



Kata elin kat sini
kena cuba chicken grill.
Memang sedap.



Dan itu la satu2 nya gambar
makanan yg diambil hahahhaa.
Tak dan nak snap lain sbb dah kelaparan.
Zaf makan fish & chips.
Chan makan lamb chop kalau tak silap.

2 kawan dunia akhirat.
Kemain gumbira sangat.



Tau tau ada gambar ni dlm phone.
Ntah bila masa diambil.
Dan ape yg ai cakap ngan Aliah pun tak ingat haha



Thank you Lin & Nani.
Next time kita jumpa lagi ek.



Masih tak complete lagi makan2 kita ni.
Tak cukup 5 orang.
Busy benor 2 anak dara lagi tu.

Tuesday, December 27, 2016

Kek di Petang Hari


Lama tak makan kek kat SR.
Makan ni pun kebetulan.
Mmg selalunya gitu la ngan Tee B.
Kalau dia whatsapp time tu
dan ai pun free mmg on je la.

Jumpa kat Giant,
sbb dia baru setel cari barang kt situ.
Decide lepak SR je
tak yah la dia nak keluar ke tempat lain.

Order ikut tekak anak je semua.
Nanti tak habis
sape lagi kalau bukan diri ini yg perabiskan.



Aliah amik gambar ni.
Tq dik!



Wefie plak.



Geng selipar hehehehe



Thank you Tee
belikan anak2 toys.
Ko mmg anak2 dah cop muka toys ok.
Asal bgtau nak jumpa ko,
anak2 dah happy keriangan gitu.